kawankawanku , juga guruku
aku dan shaari- sama sekolah, sama sama jadi pengajar...akhirnya
[ mengajar di U dan aku mengajar di sekolah rendah , dia pengawas, aku? ]
lama aku tak menulis dalam blog ni, adalah sibuk sikit sikit kemas sekolah, uruskan kewangan dan menyelia cikgu dan pekerja...emm, biasalah tu...aku tak mau cerita sangat bab kerja kerja ni, sebab boring...aku suka menulis kisah kita semasa smsj, sebab kita boleh flashback balik kisah kita 30 tahun lalu.
sebagaimana kita maklum dalam pendidikan ada 3 jenis pembelajaran...school learning, community learning dan home learning..di smsj, community learning dan home learning....gurunya ialah kawan kawan aku. perempuan ke lelaki, junior atau senior..aku banyak belajar dari pelbagai sudut, sudut negatif atau positif.
kau orang mungkin tau mungkin tak tau, geng perempuan lagilah tak tau..bahawa kami di asrama lelaki ni ada beberapa kumpulan. kumpulan yang agak dipandang tinggi ialah geng pengawas, bajunya lain, gaya penampilan lain, gaya macam budak baik memanjang...ada satu lagi geng...geng tak kisah...dia orang ni dengan dunia dia orang ..baca buku dan study...geng budak baik...
geng yang ketiga ni, kumpulan yang terdiri dari murid bijak jugak tetapi aktif dan kreatif...pakaiannya, gaya jalan, cara study, gaya bercakap.. mereka ni agak luar biasa, tetapi biasalah..cikgu cikgu masa tu bukan pandang geng no 3 ni.. mereka tak pandang sebelah matapun...ajak bertumbuk lagi... malah kumpulan ke 3 ni selalu menjadi mangsa dan dipandang serong. dengan topi baretta, seluar beso peha, kecik kat bawah, tali pinggang kecik, baju tangan pendek, lipat lagi, butang kat dada wajib di buka..supaya nampak samseng...merokok macam satu kemestian..tak merokok tak rugged, kuat mengutuk orang dan ketawakan orang, biasanya berjalan secara berkumpulan, sanggup buat apa saja untuk ahli kumpulannya...ada kod, ada spy dan ada balaci, ada informer dan saling menukar maklumat. malah ada bahasa tersendiri...sahaba terlabik....lakau kacap jalu jalu, gali gabus...[ bahasa terbalik, kalau cakap laju laju, lagi bagus]... kau orang agak aku masuk kumpulan mana?
aku adalah kumpulan ke3 tulah , aku sampai sekarang telefon kawan lama aku dengan menggunakan bahasa rasmi kita orang. musuh kami yang paling kami awasi ialah geng pengawas, macamana baik sekali pun , kami akan anggap dia duri dalam daging, tak boleh buat geng... kami bimbang kegiatan kami terbaongkar, buat tak tau, atau jauhkan diri...bila dia orang datang kami akan bubar..dan pindah tenpat...kami sentiasa mengawasi geng pengawas sekolah...pengawas tu pulak ada gelaran yang kami bagi...contohnya macam saadiah..kami bagi dia kojeb...azida pun ada, shaari, sudin md dom, [ malu nak sebut sebab ada yang tak sedap di dengar...]..gelaran ni hanya kami geng no 3 saja yang tau..meluas dan diperturunkan pulak kepada junior...mintak maaf kumpulan pengawas...kamu sentiasa di awasi....dan diberikan gelaran tertentu..[ ada juga pengawas yang baik dan bukan semua....jangan marah]
tadi aku baca blog shaari...aku terus teringat, betapa nakalnya aku dulu, malah semasa reunion dulu, semua kawan yang aku jumpa, mereka ingat aku kerana kenakalan aku..actually aku tak popular kat geng perempuan sebab aku antara orang yang anti perempuan....dayak kata, sedih betul hati dia sebab kena sorak bila nak bergambar di hadapan pintu masuk sekolah...dayak kata...abg usoplah yang jerit ramai ramai dari atas, tipip kata..sop, kaulah orang yang paling aku benci sekali...vijay kata..macamana i boleh lupa...u orang paling bising...suara u banyak kuat.. ragu...[ baru tipon aku ] mana boleh lupa budak nakal macam u, jika shaari pengawas ...pemimpin berautiriti formal..kami juga adalah pemimpin...cuma kami pemimpin yang tidak dilantik tapi cukup terlatih...pemimpin berautoriti tidak formal...kami banyak kuasa sumber yang kadang kala pengawas pun tak ada...dan pengawas tak terpikir..kami boleh buka tutup botol dgn hanya menggunakan gigi...kami ada geng kat luar, kami ada rumah tumpangan kalau sesak..tak boleh balik, mamak jual rokok kenal kami dengan bahasa isyarat..kami hulur duit, dia tau rokok apa....kami belasah tengok wayang...kami makan macam macam dan balik tak ikut masa.....sorii lah rii, zaman budak budak...kan.
masa telah berlalu, aku mohon maaf kepada semua yang menjadi mangsa kenakalan aku, sebaik saja habis sekolah aku telahpun menerima hukuman, aku menjadi guru disiplin sekolah menengah selama berbelas tahun...kerja aku menguruskan budak budak nakal..menjadikan dia orang baik..dan sedar diri..aku boleh baca minda dia orang..aku tau dia orang sorok rokok kat mana, keluar ikut pintu mana...sebab? aku ada pengalaman....kemudian aku terus menjadi gpk, penyelia HEM PPD dan sekarang GB...dan aku terus terbenam dalam dunia pendidikan...oleh kerana terlalu susah orang nak didik aku, aku rupanya dipilih menjadi pendidik agar aku kena memahami bagaimana perasaan dan hati seorang pendidik...
aku bersyukur kepada tuhan di atas didikanNya ini.
sempena hari guru ini, aku mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan satu batch, senior, junior...pengawas, skema dan geng budak nakal...kerana semua kawan kawan aku di smsj, lelaki dan perempuan adalah guru dalam kelas ' home learning dan community learning ' aku selama 5 tahun di sana...
Ulasan
Selamat hari guru.
allaaaa...tu dulu, kau baik kan, tak simpan dihati kan..maafkan aku azida..kalau mengguriskan hati kau tu..dan maafkan jugak kawan kawan aku