Rokok

Nak cerita pasal form 5, tapi kena start dari form 4. Form 4 dah jadi prefect, tapi masih hisap rokok, kau orang bukan tahu pun. Apa nak buat sembunyi sembunyi lah. Bila naik form 5 jadi head prefect, so apa nak buat. Aku memang terpaksa berhenti merokok tahun itu. Tapi siapa hisap rokok especially junior siap kena tangkap. Jadi HB ( dah cerita sikit kat blog aku. sila baca) mesti tunjuk contoh. So, have to follow all the rules. Ada sekali tu aku dah tangkap si Abu Hashim ke (Landak Landing).. hisap rokok. Bila aku nak mula charge dia hisap rokok... dia pun start keluar statement dia kata "kau dulu masa form 4 pun hisap rokok" jadi terpaksalah aku lepaskan dia dengan memberi warning saje.. Tak adil kan. Tapi apa nak buat. Lesson learnt. If you want to commit wrong, just do it on your own, if not everyone will surely know about it. ada banyak lagi kes lain aku pun dah tak berapa ingat sangat.. Kalau sesiapa yang teringat tu, dan ada simpan geram kat aku, maafkan aku.. Itu dulu kanak-kanak punya cerita.
Lepas MCE ada a few students kena datang Pre-six. Kau ingat tak Syam. Bilik asrama kita kat tingkat atas sekali. Apa lagi. Hisap rokok tu tak ada orang boleh sound langsung. Macam raja. Bayangkan orang lain tak sekolah tunggu results SPM/MCE kita orang kena datang sekolah belajar form 6 punya subjects. Ada subject yang aku fail/gagal masa first test. Bukan belajar pun, main-main aje. Kalau datang hujung minggu je, mesti minta balik kampong/rumah dengan Cikgu Rahman. Tapi yang best, masih jadi prefect.. Masa tu Headboy aku ingat Hashim Zailani. So itu bab hisap rokok... Tapi aku dah berhenti rokok Usop, kau bila nak berhenti. Hentikanlah tak ada faedah nya rokok tu. Sorry bang. Aku ingat kalau budak perempuan baca cerita aku, macam tak percaya kot. Itu lah zaman 'budak-budak' yang memang penuh dengan 'kenakalan' .... Aku kat sini nak minta maaf jugalah pada semua prefects especially prefects perempuan dan head girl Saadiah masa aku jadi headboy... kau tanya lah diaorang Usop, ada yang kena marah sampai menangis.. So, ampun jari sepuluh kita start 0-0 (zero zero)..

Dulu lain sekarang lain. Manusia harus menjadi lebih 'bijaksana' dengan usia dia. We become wiser as we grow older. I have learnt great lessons from SMSJ which have made me what I am today. I say thanks to my friends (termasuk geng 3) and my teachers. Happy teacher's day to Mr Malik Khiew, Mrs Marmining , Mr Paul, Cikgu Hamzah Rashid. Cikgu Shariff Daim (ajar bolasepak), Mr Chin Kiau, MR R.J Bentote, and the rest sorry too long list.

Ulasan

kembara kelana berkata…
shaari...
minggu ni kelas kau bertanggung jawab menulis dalam blog, duty. khidmat sosial...aku harap, norsyam dll menulis sesuatu..tak kisah apa apa pun. actually seronok baca dari penulis yan berbeza beza..pandangan dari orang lain, dari pengawas lelaki dari pengawas perempuan...aku tertanya tanya...adakah di asrama puteri..tak ada budak perempuan yang nakal? tak kan semua baik...dia orang macam tak ada kes jer..mungkin kes dia orang tidor lambat [study] atau makan bersepah sepah kut [ sebab perempuan suka makan benda benda honyek honyek..]harap pengawas perempuan dapat share dgnkita lepas 30 tahun ni...apa citer belah sana..
anyway shaari..
thanks, maaf maaflah kita yer..semoga kau berbahgia
sha'ri berkata…
Ada juga terima ucapan dari ex-student dan kawan, cuma kadang-kadang aku terlupa nak jawab balik. Tapi dalam lubuk hati kecil aku memang aku rasa syukur bahawa jasa kita dihargai. Terima kasih. Sebenarnya, apabila kita dapat melihat anak murid kita berjaya menjadi seorang insan yang berguna, kita rasa gembira kerana kita ada sedikit 'saham ' dalam mendidik pelajar itu. Kadang-kadang terjumpa ex-student di airport, di kedai, kat KL, Penang, etc., dan ditegur oleh ex-student, bertanya khabar, dan cerita lain. Itulah Bar, susah nak cerita perasaan kita golongan pendidik ni, kau tanya lah Usop, Alimah, Zainudin, Rosli, dan semua lah. Ok, Bar, pendidik sentiasa menasihati diri dia agar sabar dalam perjuangan yang mulia ini.
pakroslan berkata…
Aku setuju dgn kau Shaari. Mana2 yg masih hisap rokok tu berhentilah. Aku dah lama berhenti cuma DENG aja.
sha'ri berkata…
MAna dia budak 5e1 yang lain. Noorsham mana? Penghulu Utara Am Mansor , mana kau tulis lah sikit entri blog. Hj Yahya selamat, lama betul tak dengar cerita. ESa Kahar dan semua e1.
Azida berkata…
Salam. Tak de ke prefects perempuan nak jawab...? Ha? Fati?
fati berkata…
Jida, aku rasa prefect pompuan okay je...aku lupa kot, biasalah kalau masalah kecik tu....kau ada ingat apa-apa ke....

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI