Cebisan Kenangan semasa di SMSJ part 2

Sempena Hari Guru pada 16 Mei, aku cuba mengingati serba sedikit kenangan bersama guru-guru yang pernah terlibat mengajar aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Tingkatan 1, macam yang Alimah cerita tulah...cikgu Rubiah paling diingati dan cikgu Heng ( yang ajar BI, perkataan famousnya " is it clear?"...... dan cikgu Rahman Wahab ( ajar Sains Paduan) yang campak cacing kat aku, sebab aku tak mau urut cacing tu...eee geli!

Tingkatan 2, ni aku blur-blur sikit, cikgu silih berganti, kadang takde cikgu langsung, yang aku ingat cikgu Onn (ajar georgrafi), yang marah aku sebab tulis"peta kontor" sebagai peta konto*...(sebab aku bukan jawa, so aku tak tau itu perkataan mencarut!) Sampai sudah, bila dia ngajar aku tak angkat muka...malu giler!!!

Tingkatan 3, cikgu Md Lazim ( aku panggil Mr Binari), dia ajar Math Moden...aku faham giler lebih-lebih lagi tang tajuk Binari tu lah! Last aku terjumpa dia, masa aku beli hantaran nak kawin kat Singapura....cikgu Ghani ( ajar sejarah), terkenal dengan soalan mautnya tentang tarikh-tarikh dalam sejarah ...bila tak dapat jawab, dia tepuk duster yang penuh kapur tu kat kepala kita (putih rambut dengan kapur!), pas tu dia kata" dah tua ye...lupa semua..." Haa...cikgu Hamid yang ngajar BM, kalau dia masuk aje, mesti aku kena soal sebabnya, dia suka panggil 'timah' (sama nama dgn isterinya!)

Tingkatan 4, Mr Chia...ajar Math Tambahan, bila aku tak faham aku tanya dia, dia jawab 'itu bolehlah diabaikan'...so sampai sudah aku tak faham, bila exam, kandas...sakit jiwa!!! ( nasib baik Huei Wuan tolong ajar masa kat asrama..)
Masa ni cikgu Marmining baru datang (ngajar georgrafi), budak lelaki paling seronok! Kalau dengan cikgu lain, kekadang depa sembunyi dalam almari kat belakang kelas, tapi kalau cikgu Marmining datang, semua terbeliak biji mata...

Tingkatan 5, cikgu Hussin (ajar georgrafi), aku suka style dia ngajar, bawak buku rujukan sampai penuh meja, dia baca fakta-fakta, kami nyalin macam nak rak dan style dia ni aku tiru bila aku jadi cikgu.Bila Cikgu Chin ajar fizik baru aku faham dan seronok sangat ( masa form4 tak tau apa benda,,,cikgu lain yg ajar!).Aku terpesona dengan sifat keibuan Ustazah Salmiah ( selalu skor subj ni!) Bila cikgu Basar Bani masuk...Og paling seronok, sebab tu bahasa dia tinggi giler!

Tapi yang paling takkan lupa ialah Mr Paul, dahlah cikgu rumah Purnama ( rumah sukan aku), pernah ngajar BI ( tak ingat form berapa), cikgu tae kwan do (penasihat), cikgu yang incharge library ( kalau masuk mesti jumpa dia!)

Ini Mr Paul, jumpa lepas reunion 1312 dulu

Ulasan

kembara kelana berkata…
memang menarik...bagi budak lelaki, cikgu yang pakai mini skirt dan kebaya ketat...kami rasa teruja dan tak mengantuk..tak tau mengapa...sebab tu belajo tak masuk...kisah dgn cikgu memang tak habis kira bicara...ada saja peristiwa yang tersemat dijiwa...terima kasih fatie..entri kau tu..aku menunggu part 3
Said Ahmad berkata…
Mr. Paul dulu tak pernah berlari tapi suka dera anak murid lari setempat aje..
Abang Rosli dulu memang kuat lari tapi bila tengok gambar tu macam tak percaya yang Mr. Paul yang lebih mantain. Tak nampak pun apa2 yang ke depan.

Sorry Fati tapi itu tanda pandai jaga suami. Hahaha......

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI