GP JORAN DI SEDELI 2-3 MEI 2009 Siri 1

Pada 2-3 Mei 2009 aku menyahut cabaran GP Joran di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor.
Semasa dalam perjalanan aku singgah rumah Cikgu Rahman Karim yang akan mengadakan majlis perkahwinan anak bungsunya di Api-Api Pontian.

Kawan aku bersembang dengan Cikgu Rahman

Aku posting dengan Cikgu Rahman


Isteri Cikgu Rahman buatkan air jus buah kedondong


Petang Jumaat aku sampai ke Tanjung Sedeli kira-kira jam 6.45 petang. Malam tu ada pasar malam. Ni lah suasana pasar malam kat situ. Kalau Fatimah baca blog ni mesti mengamit kerinduan kampung!

Aku order ni kat satu kedai yang ada di Tanjung Sedeli. Dia jual sop aje.

Pas tu jadi cam ni pulak! Gear box kambing! Susah nak dapat kat tempat aku. Aku jadi kemaruk la! Fati, bila kau nak balik kampung? Kalau Sukimin nak cuba datang lah ke Tanjung Sedeli. dekat kampung Sukimin juga tu!
Pagi Sabtu kesibukannya macam ni lah di Jeti LKIM Tg Sedeli ketika menunggu pelepasan.



Peserta-peserta yang menyertai GP Joran. Sedang memunggah barang. Bukan calang-calang. Ada yang datang guna Estima, disebelah kiri tu Range Rover dan ada yang naik Merz.


Dalam pada memandang-mandang sekeliling di jeti tup..tup pak Kyai ni pun ada! Kat leher dia tu ada serban tu! Tu yang aku panggil Kyai! Alhamdulillah.. 5 waktu jangan sekali-kali kita tinggalkan. Malam tu aku telefon dia dan rezeki dia lumayan. Alu-alu 3 ekor dan tengiri 1 ekor ( 5-6kg).

Aku dgn group aku menunggu pelepasan. Rezeki kami tak berapa banyak. Ikan-ikan yang diperolehi tak layak dipertandingkan.

Masing-masing keletihan. Aku bertahan tu sebab aku amik foto ni.

Termenung kerana mengenang ikan tak mengena. Mungkin sedang terfikir akan umpan yang di potong tenggiri atau umpan yang 'rabut' (rabut= lucut dimakan ikan) Ala.. yang sudah tu sudah la...
Aku kontrol manco..walau penat tapi tetap bershukur atas rezeki yang dikurniakan. Semua 700 orang berdoa nak menang no satu. Jadi yang mendapat no 1 tu dah ditetapkan olehNya.

GP Joran akan datang dijadualkan pada 6-7 Jun Kuala Pahang. Tempat tu juga ada kena mengena dengan Ustazah Fatimah! Insyallah akan aku entrikan bulan depan sekembalinya dari GP Joran Kuala Pahang.

Ulasan

kembara kelana berkata…
SYABAS
untuk contributors kelas 5M1..minggu ni mimbar, mat khir, sukimin dan aku dah masukkan entri...untuk tatapan umum.
MIMBAR
dari gambar kau aku nampak betapa gembiranya kau menunaikan hajat dan minat kau...dapat ikan no.2 tu bonus jer..yang no.1 kau telah cuba sedaya upaya...dan cikgu rahman karim tetap nampak samseng lagi walupun dah tua..tu aku respect kat dia tu..gerun aku nengok dia tu duk ada lagi..kau tak perlah kau dah songlap dia..jadi dia kamcenglah dengan kau. yang paling aku geram ialah sop gear box kau tu...yang tu kau upload buat apa bar..ni aku rasa nak ke sedili ni. Bar. tanjung Pahang Pekan ke tanjung Pahang rompin? yang ni aku akan turun jumpa kau...nak beri kulit rusa.

fatie
kau bila lah nak balik kampung...mimbar dah teroka macam macam kat kampung kau...
Sukimin berkata…
Fuhhhh!!! Bestnyer kau. Siap jumpa si Zainudin lagi. Walaupun hasil tak seberapa, namun apa yang lebih penting ialah kau orang semua selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Pastu seronok mengenang pengalaman tu..... Apa2pun kau tetap kontrol macho ya...hehe
fati berkata…
Bar...kau ni buat aku rindu kat kampung aku.Bila lah cik abang aku tu free nak balik Sedili.... ( nak kena belajar ngurut dgn azida nih!)
Eh, kalau kau pergi kuala Pahang nanti kau cari adik aku yg kat sana pulak, dia memang bawak orang gi mancing, Kalau kau nak no tel dia boleh aku sms kan.
pakroslan berkata…
Mimbar,
Tukang ambil Photo yang selalu buat berita dan gambar kat Berita Harian Joran( En Zul)tu, CC aku. Datang estate aku, nanti aku introduce. Dia tau byk lubok ikan. Estate aku ada jg boat kalau nak pakai.
hafizah berkata…
Salam, member. Seronok nampaknye!!!
Soalannya FISHING ke FISH FEEDING? Kenyang ikan kat laut ari tu!
Jgn mare, gurau aje.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI