KALAU KE KUALA KANGSAR........
Kalau kawan-kawan hendak berihat di bandar ini dari lebuhraya , bolehlah keluar mengikut exit Kuala Kangsar Bandar Diraja dari Lebuhraya Utara-Selatan . Masa perjalanan lebihkurang 10 minit dari Plaza Tolnya .
Kalau bercadang untuk solat bolehlah ke Masjid Ubudian berdekatan Istana Iskandariah Bukit Candan . Saya pernah bersolat zohor di situ dan rasa sejuk bila berada di dalamnya . Lepas itu bolehlah berihat di tepi Sungai Perak .

Di bandar ini anda boleh melawat Muzium Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan. Anda juga boleh melawat Kilang Kraftangan Malaysia di Enggor yang bertentangan dengan Kilang Kicap Tamin . Kalau anda hendak bermalam di sini , bolehlah menempah bilik di Rumah Rihat yang terletak di atas bukit dan menghadap Sungai Perak . Atau anda juga boleh menempah bilik di Safari Resort , juga terletak di tepi Sungai Perak berdekatan dengan Jambatan Sultan Abdul Jalil .
Terdapat tiga buah sekolah premier di bandar ini iaitu sekolah saya (Clifford School) , MCKK dan SMK Raja Perempuan Kelsom . Terdapat sebuah kolej negeri , KISDA (Kolej Islam Darul Ridzuan) . Kalau jemu kat sana tu , bolehlah ke sini , cuti-cuti Malaysia .
Selamat datang !....................

Ulasan
Kat mana bumi dipijak , kat situ langit dijunjung . Dah Tuan PPD dan Pegawai Daerah kat situ , kami tak boleh lari , terpaksa ikut apa depa buat , bimbang kena black list , nanti kena buang negeri , nak ke mana saya ... Orang Johor dah lama singkir kita ....