MG & XPDC - Grik, Hutan Simpan Belum & Tasik Banding

MG akan diadakan di Grik seterusnya ke hutan simpan Belum pada 17 - 19 Julai 09 akan datang. Semuanya adalah kerana untuk bertemu dengan seorang lagi sahabat lama kita iaitu Rostam Mohd yang sebelum ini bertugas dengan EMKAY dalam membangunkan resort Belum di tasik Banding tu. kaki2 pancing ayuhlah kita ke sana mencuba nasib pula di tasik yang penuh dengan ikan2 air tawar yang memang banyak terdapat di sana. Aturcara MG adalah saperti berikut:-

17/07/09
2.30 ptg - Berkumpul di KL dan bertolak ke Grik.
Dijangka sampai di Grik jam 7.30 ptg.
- Bermalam di Grik & makan malam bersama sahabat kita Rostam Mohd


18/07/09

9.00 pagi - Selepas sarapan bertolak masuk ke hutan simpan Belum
- Aktiviti luar - Memancing, menjelajah seluruh kawasan hutan simpan, lawatan ke kg. orang asli dll.
5.00 ptg - Bertolak ke tapak perkhemahan hutan simpan Belum.
Persiapan tempat perkhemahan dll.
8.00 mlm - Makan malam dan BBQ sambil sembang2 cerita2 lama & terbaru.


19/07/09
9.00 pagi - Selepas sarapan berkemas untuk bertolak keluar.
- Singgah di tempat2 yang masih boleh dilawati.
12.00 t/h - makan t/hari di Grik.
2.00 ptg - Bertolak pulang ke Kuala Lumpur/destinasi masing2

Kepada yang berminat untuk menyertai expedisi ini silalah maklumkan kepada saya melalui email / sms aje. Tentang khemah tak perlu khuatir akan diusahakan kepada mereka yang tak ada camping gear. Yang datang dari utara & timur tempat & waktu berkumpul untuk berkonvoi boleh diuruskan. Antara yang dah confirm nak join:-

1) Rostam Mohd (Grik) - Host
2) Mohd Said (J.Bharu) - Ketua XPDC
3) Vijayan Nair (KL)
4) CL Boo (B.Pahat)
5) Noorsham Yusof (S.Petani)
6)
7)
8)
9)
10)

Ulasan

Noorsham berkata…
Said, insyaallah kalau takder apa2 aral aku akan join (bukan joint! - joint tu sambungan, tp join ialah amik bahagian...)
Said Ahmad berkata…
Bar,
Kau kena join sebab kita orang perlukan sifu pancing nak naikkan ikan toman kat sana tau!
kembara kelana berkata…
menarik nampak tu..kau ni said memang pandai mencari sesuatu yang menarik...bagaimana dgn kos? ke boo belanja semua
Said Ahmad berkata…
Sop,
Kos memang jimat.
Kita masak sendiri dalam hutan nanti. ramuan2 masakan kita bawak siap2, mimbar tukang pancing ikan, noorsham tukang siang ikannya, vijay boleh masak menu karinya kita tukang makanlah.........
Kita carpool dari Kl/ mana2 destinasi bergantung kepada patisipasi (ada ke istilah ni???)

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI