CIKGU RUBIAH
TERINGAT CIKGU RUBIAH
Dia mengajar Sains Rumah Tangga Tingkatan 1 di SMSJ pada tahun 1974 . Dia juga warden asrama puteri . Saya memasuki SMSJ Kluang pada bulan Jun 1974 bersama Aini , Iss , Noni , Jamaliah , Rohana , Bakyah , Jamaiah , Rozie (second intake)
Pertama kali memasuki kelasnya , saya rasa macam hendak demam sebab suara , perkataan , lirik mata dan gerak badan kelihatan garang . Memang saya takut terutama bila dia memeriksa apron . Di sekolah lama saya mengambil Perdagangan , bukan Sains Rumah Tangga . Bila di SMSJ , saya terpaksa mula mempelajarinya . Saya belajar membuat apron di asrama daripada Fati . Masa itu saya dapati Fatipun kelihatan takut juga masa di kelas bila bercakap dengan Cikgu Rubiah . Suara Fati antara dengar dengan tidak .
Oleh kerana takut , saya tidak berani bersembang dengan Cikgu Rubiah . Namun , jauh di sudut hati saya memujinya kerana dia seorang wanita yang ideal - pandai masak , menjahit , menyulam , berpakaian sopan yang sedap mata memandang dari segi warna , fesyen bersesuaian dengan masa dan tidak sosial . Semasa bercinta , dia tidak menunjuk-nunjuk kepada pelajar asrama . Dia buat temujanji di luar sekolah . Setelah itu diapun berkahwin .
Pada tahun 2006 , saya mengikuti Kursus PTK 3 di Hotel Dynasti , Kuala Lumpur selama seminggu . Ada seorang penceramah bertittle Dr memberi ceramah . Semasa berceramah , dia ada menyebut bahawa dia pernah mengajar subjek rojak - Sains Rumah Tangga , Bahasa Melayu dan lain-lainnya - Saya amati suaranya , macam pernah saya dengar suatu ketika dulu . Saya renungi wajahnya , ada tahi lalat , macam pernah saya jumpa dulu . Tubuhnya sahaja agak berbeza . Saya semak nama penuhnya , sah , dia Dr Rubiah , cikgu dan warden di SMSJ . Rupanya dia sudah jadi penceramah motivasi .
Semasa rihat , saya bertanya samada dia guru di SMSJ pada tahun 1974 . Saya memperkenalkan diri bahawa dia mengajar saya pada tahun 1974 . Tanpa berkata apa-apa dia terus memeluk saya lalu memberitahu peserta-peserta kursus bahawa saya adalah murid ketika dia mula-mula posting . Masa itu saya rasa gembira serta terharu sebab tidak pernah bersembang dulu kerana takut , hari itu dia memeluk saya pula . Pada hari itu saya makan tengahari semeja dengannya di hotel itu sebelum dia berangkat pulang .
Apa yang saya hendak jelaskan di sini ialah walaupun dulu kita rasa seperti tidak diendahkan kewujudan semasa di kelas tetapi bagi seorang guru seperti Dr Rubiah dia tidak bermaksud mengenepikan kita . Dia masih ingat lagi pada kita dengan cerita-cerita yang sewaktu dengannya . Itulah cerita dari saya dari kelas 5M2 .

Ulasan
Saya ni ketinggalan sikit. Tulah, org gi reunion, saya tak pegi. Padan muka saya.
Awak citer pasal cikgu Rubiah, agaknye awak pun seanggun dia. Masa kat sekolah dulu, awak tergulung pelajar yg sangat bersopan santun.
Assalamualaikum dan terima kasih kerana menjadi perespon pertama . Memang benar , saya adalah Alimah . Saya guna nama samaran untuk selesa menulis . Tentang Dr Rubiah , saya tidak seanggun dia . Dia ada banyak kemahiran tradisional dan professional . Dia patut dicontohi oleh wanita masa kini .
Murid dulu dan sekarang memang berbeza . Ada kalanya kita terpaksa mengalah untuk seminit supaya menang selama-lamanya .
Aku ada berjumpa dgn cikgu Rubiah baru2 ni di RTM. Aku belakang tabir buat Hello On Two.
Aku perkenalkan diri.
Dia kirim salam buat semua.
No Tel minta pada Usop.