Terima Kasih

Salam kpd kawan2 semua,

Terimakasih kepada Said dan kwn2 utk ucapan takziah diatas kepulangan arwah ayahanda mertua saya ke rahmatullah pada hari Selasa lepas.

Ayahanda mertua saya sebenarnya memang dah sakit lama. Sebelum itu beliau dah kena mild stroke yg menyebabkan beliau hilang ingatan. Pada tahun lps pula semasa anak saya hendak bernikah dan melangsungkan majlis di pihak perempuan, beliau kena serangan skali lagi dan terus tidak bole bergerak dan hanya baring saja sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi Selasa 19hb. Mei lps. Pada pagi tu isteri ada terbangun dlm pukul 4.30am, tetapi pergi tido semula. Pada pukul 5.30am dia terjaga apabila mendapat panggilan dari kakak sulongnya yg tinggal di KK memberitahu tentang kepulangan ayahanda mereka.

Kami pun bergegas siap2 dan pergi ke lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan alhamdulillah dpt tiket utk penerbangan AirAsia pada pukul 10.15am hari tu. Tapi kami tak sempat utk melihat ayahanda utk kali terakhir kerana pengkembumian telah diuruskan oleh pihak masjid sebelum zohor. Apapun kami redha dan rasa bersyukur yg urusan jenazah telah selesai dgn segera seperti yg disarankan oleh agama. Lagipun isteri saya baru saja pulang ke KK akhir bulan lps dan dpt melihat ayahandanya semasa dia masih hidup.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau dan meletakkan beliau dikalangan orang2 yg dikasihinya. Ameen dan AlFatihah.

Ulasan

kembara kelana berkata…
adat hidup lawannya mati syam, hang yang hidup kena teruskan kehidupan..macam aku anak yatim piatu
salam
norlilasamad berkata…
Salam buat Noorsham dan isteri.
Kita, waris yang masih hidup ni, teruskan melakukan amal jariah @ sedekah agar dapat dijadikan bekalan allahyarham di akhirat kelak.
AlFatihah.
Noorsham berkata…
Salam Norlila...terimakasih. Insyaallah, memang begitulah apa yg kita perlu lakukan. Besok2 bila kita pulak dah pergi, apa yang kita lakukan tu menjadi contoh bg mereka yg masih hidup melakukan utk kita pulak, insyaallah...

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI