selamat hari guru kepada kawan guru

mengikut pengetahuan aku, kelas 5m2 paling ramai jadi cikgu...zainuddin, januri, aini, noraini, rodziah, alimah, azman, jamil, sharif dan fatimah serta fauzaiah manan...maaflah kalau ada lagi...kemudian kelas aku, aku, aruah zaid, ibnu, ghazali, rosnah sumikin..termasuklah arbakaria.. bagi kelas 5e1...ada juga..norlela, kew chee kim, norsyam dan shaari...yang lain kau tak tau ler pulak...kelas 5e2..seorangpun aku tak tau...ada tak kawan kita jadi cikgu...mungkin shamsul jabar kut..tahniah kerana menjadi cikgu....hidup tak mewah tapi bahgia...

kalau ada nama yang aku tak sebut...tapi dia jadi cikgu atau pensyarah...aku minta maaf..sebab tidak dalam pengetahuan...boleh masukkan dalam komen..

bukannya apa...nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN SEGURU....

ingatlah pesanan orang tua

guru menjadi payung sekolah
jauh mula tampak
dekat mula bersua
rimbun tempat berteduh
hebat tempat berlindung
besar tempat bernaung
kukuh tempat bersandar
wajib dihormati
pantang dikhianati

damar batu damar keluluk
belah kundur tengok bijinya
guru disanjung budinya elok
tidak percaya selami hatinya

salam keguruan
YUSOF MOHAMAD
-kembara kelana-

Ulasan

hafizah berkata…
Selamat Hari Guru kepada semua kawan2 yg berkhidmat sebagai guru/pensyarah. Ini guru2 yg rasmi. Yg tak rasmi ni macam kami semualah. Guru juga. Hari2 pun bukak buku sekolah. Semua syllabus sekolah kat finger tips.

Anyway, bagi guru2 yg sangat berdedikasi, saya amat hargai jasa2mu.

2 teach is
2 make a difference
-------------------
4 ever
===================
sha'ri berkata…
aku cukup hormati cikgu sekolah terutamanya cikgu yang berjaya mendidik anak kecil dan mengawal mereka, memang satu kerja yang sangat susah. Kalau kat U macam aku ni, senang banyak pasal budak dah geti baca, tulis, kira, fikir, dan..dan... selamat hari guru... besok 160509
asri berkata…
'SELAMAT HARI GURU' KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERGELAR GURU. TERUSKAN PERJUANGAN DAN PERKIDMATAN KALIAN SEMOGA DIKENANG SEPANJANG ZAMAN.JANGANLAH SEPERTI " BERBURU DI PADANG DATAR, DAPAT RUSA BELANG KAKI, BERGURU KEPALANG AJAR, BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI"
fati berkata…
Tambah lagi Sop, Arbakyah Tukiman 5m2, dulu ngajar kat SMSJ kluang , lama jugak, rasanya lebih 10 tahun, baru-baru ni je dia pindah ke sekolah lain kat kaki Gunung Lambak tu ( aku pernah tanya dia, tak boring ke, dahlah belajar kat smsj sampai 7 tahun , bila posting balik ngajar kat smsj pulak sampai dia dah beranak pinak!)
5e2, Aliah Hussin ngajar kat Tmn Universiti, Skudai (tepi rumah aku masa kat JB), pernah ngajar anak aku lagi...
Eh ramai lagi batch kita yg jadi cikgu ek...Bahruddin Jalil pun kot?
Anyway...selamat Hari guru semua!!!
kembara kelana berkata…
kelas kau paling ramai fatie

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI