Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

RAMADHAN ALMUBARAK

Salam rakan-rakan semua. Walaupun sudah masuk hari kelapan kita berpuasa, saya ingin berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan sekelian. Saya memperolehinya dari seorang kenalan . Semoga kita semua dapat berusaha untuk menambah bekalan di akhirat kelak. Selamat Berpuasa . SEJARAH RAMADHAN Ramadhan: ertinya panas terik Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. Bulan di mana Nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala. Di dalamnya dipilih ada malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan. Dipilih untuk ibadat puasa. Dipilih untuk ibadat lain seperti Tadarus Al Quran. KELEBIHAN RAMADHAN Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksaan kubur. Bulan penuh keberkatan. Di malamnya adalah lebih baik drpd 1000 bulan. Amalan sunat sama dengan solat fardhu. Manakala solat fardhu mendpt...

Selsema Babi yang lebih serius

Salam alaik, Diharap rakan-rakan berwaspada mengenai jenis selsema babi yang lebih serius. Ia boleh dijangkiti oleh orang-orang yang muda dan sihat. Amaran ini telah dikeluarkan oleh WHO ( World Health Organization ) semalam. Ini sebahagian daripada berita mengenai selsema babi tersebut : WHO warns of severe form of swine flu ( By Maggie Fox, Health & Science Editor ) Friday, August 28, 2009. WASHINGTON (Reuters) - Doctors are reporting a severe form of swine flu that goes straight to the lungs, causing severe illness in otherwise healthy young people and requiring expensive hospital treatment, the World Health Organization said on Friday. Link Berita selanjutnya : The Star Sebahagian daripada amalan pelindung penyakit adalah seperti berikut: 1. Mengambil wudu sempurna sebelum bersolat 5 waktu. 2. Segera mengambil wudu' setelah tamat urusan di luar rumah atau pejabat 3. Akhiri air mandian dengan air yang dicampurkan limau nipis atau lemon 4. Minum air bercampur madu setiap hari...

Abu.....tahniah, kau dah tua...!!!!

Kami mengucapkan Selamat menyambut ulangtahun yang ke 48 kepada sahabat kita ABU HASHIM SI LANDAK (5M2) pada 28 Ogos dengan ucapan semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amin..... dari sahabat-sahabatmu batch SPM/MCE 1978

FOTO LAMA

Imej
Untuk tatapan kekawan.. Aku download foto ini dari facebook Dr Mohd Shah Mahmood. Maaf bang! aku tak minta kebenaran dulu. Berdiri dari kiri: Hood Abu, Samsuddin, Ghazali Husien, (lupa nama), Aku, Mohd Shah Mahmood. Depan: Syed Abd Jalil, Wan Ahmad Hirza, Syed Zakaria, Suhaimi, Ahmad Razali Berdiri dari kiri: Bong, Suhaimi, Hood & Syed Zakaria Depan dari kiri: Ghazali Hussien, aku & Syed Jalil Ni yang aku kenal: Mohd Shah, Suet, Saadiah, Cikgu Syed Hussin. Yang lain dah lupa nama dia la. Semuga kekawan-kekawan ni semuanya sejahtera walaupun kita tak dengar berita mereka..

Bulan Puasa

Semalam aku sekeluarga ngantar Dayat (anakku no 2) balik asrama d Seremban. Yang sulong Khalil UiTM Pulau Pinang tak balik. Minggu ni kurang meriah... Nak jadi cerita:- Jam tujuh petang. Kita org berhenti kat R&R Seremban. Nak berbuka puasa. Cari tempat... Dalam mencari tempat duduk ada meja d 'book' dgn meletak kunci kereta aje!. Suprise....! macam letak kunci atas meja kat rumah. Ini tempat 'public'!. Banyak duit diorang atau mak bapak bagi pakai kereta tu....Mana nampak nilai susah tu. Kalau orang ambil kunci dan bawa kereta lari! ...atau buang kunci nak pergi mana?. Aku.. kat umah pun kalau tengok kunci rumah tak duduk kat tempatnya pun dah bising. Ini kan kunci kereta. Selamat Berpuasa.

WUDUK ZAHIR & BATIN ASBAB SOLAT SEMPURNA

Ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf yang sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun dia selalu bimbang jika ibadahnya kurang khusyuk sehingga menyebabkan dia selalu bertanya kepada orang yang dianggap lebih baik ibadahnya untuk memperbaikinya. Satu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya "Wahai Aba Abdulrahman (gelaran Hatim) bagaimanakan caranya tuan sembahyang?" berkata Hatim "Apabila masuk waktu sembahyang aku berwuduk zahir dan batin" Lalu Isam bertanya lagi "Bagaimana wuduk batin itu?" Hatim menjawab "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air manakala wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa dilakukan, tidak tergila-gila dunia, tidak mencari dan mengharapkan pujian manusia, meninggalkan sifat bermegah, meninggalkan sifat khianat dan menipu serta meninggalkan sifat dengki." Seterusnya Hatim berkata "...

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Sebagai ketua keluarga Membimbing, mendidik dan mengajar Melindungi keluarga Menyediakan nafkah zahir dan batin Berlaku adil Memberi kasih sayang Melayan isteri dengan baik Menghormati isteri dan hak-haknya Menjag ibu dan keluarga Sempena ramadhan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA" semuga mendapat ganjaran seperti yang dijanjikan ALLAH dan tidak menjadi sia-sia

RAMADAN KAREEM !

SEMOGA RAKAN-RAKAN SEMUA MENDAPAT RAHMAT YANG BESAR, DIMAQBULKAN SEGALA DOA-DOA YANG BAIK, DIBERIKAN KESIHATAN SERTA LIMPAHAN REZEKI YANG BANYAK. RAMADAN KAREEM !

15 SEBAB KENAPA LELAKI SENTIASA HAPPY

Tak perlu mengandung Boleh kencing merata-rata Kerjayanya sama, tapi gaji lebih Kedut dan boroi lambang kejantanan Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka Berbual di telefon 30 saat aja Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama 5 hari Dipuji sebab berjaya keluarkan 1 idea ciput Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak (ada 3 helai) Boleh pakai baju yang berkedut Apa yang ada di muka semuanya ori Stail rambut sama saja selam bertahun-tahun, mungkin berdekad Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking, sampai koyak Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam ...!!! Misai beserabut? No hallah...

Madutiga - En Jamil Part 7

Rek ayo rek mlaku mlaku nang tunjungan Rek ayo rek rame rame bebarengan Mangan tahu jadhi campur nganggo timun Malam minggu gak apik dhigawa nglamun Ngalor ngidur liwat took numpak motor Masih untung nyenggal nyenggol ati lega Sapa ngerti nasib awak lagi mujur Kenal anak e sing dodol rujak cingur Ja dhipikir kon padha gak duwe sangu ja dhipikir angger padha gelem melu aku cah ayo cah sapa gelem melu aku cah ayo cah golek kenalan cah ayu Dulu hampir setiap acara ada Karaoke dan aku terpaksa juga berkaraoke bl yg hadir mau dengar suara merdu aku tp cuma lagu di ataslah yg aku tau walaupun maksudnya aku tak faham Aku terpaksa belajar utk memenuhi hajat orang walau aku tak pandai. Setelah berumur 48 thn,aku berfikir berapa byk lg hajat istri, anak, mertua atau hajat kawan2 aku yg belum lagi lakukan. Derma surau, entri, ajak anak2 makan angin dan banyak lg dan tak termasuk kewajipan aku pada yg Maha Esa. Terima kasih Aini Saleho dan Jamil Sien kerna derma kertas trial UPSR utk anak aku. Kit...

Ulang Tahun Kelahiran

Kami mengucapkan Selamat menyambut ulangtahun yang ke 48 kepada sahabat kita Norleha binti Md. Salleh (5E2) pada 15 Ogos dengan ucapan semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amin..... dari sahabat-sahabatmu batch SPM/MCE 1978

Ulang Tahun Kelahiran

Kami mengucapkan Selamat menyambut ulangtahun yang ke 48 kepada sahabat-sahabat kita Md Sam ( 5M2) Shaari bin Yusof (5E1) pada 14 Ogos dengan ucapan semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Amin..... dari sahabat-sahabatmu batch SPM/MCE 1978

MICCOS 2009 - Pameran & Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia

Imej
MICCOS 2009 diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari 13 - 16 Ogos 2009 dari 10 pagi - 6 petang. Salah satu syarikat yang mengambil bahagian di dalam pameran ini ialah Kayusaha Corporation yang mana pengusahanya adalah sahabat2 kita. Aku sempat melawat kilangnya di Sungei Petani, Kedah semasa menghantar isteri aku ke sana dan yang membanggakan ialah kesemua tenaga penggerak industri dan perusahaan ini adalah bekas2 pelajar SMSJ. Pengarah Urusan Kayusaha Corporation Pengarah Pemasaran Pengurus Teknikal & Pengeluaran Pengurus Pentadbiran Aku kat SP tiga hari so adalah sikit sebanyak ambil gambar pasal perusahaan si Noorsham nie. Dia memang seorang industrialis, tabah dan sabar dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya dan rakan yang lain yang membangunkan perusahaan ini. Semalam aku sempat singgah di pameran tersebut dan mengunjung kaunternya dan bertemu pula dengan Azman Rahman. Kepada rakan2 yang ada kelapangan masa jemputlah ke pam...

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Salam buat rakan2 semua. Agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk menyumbang apa-apa entri untuk blog kita ini. Sibuk sikit... Pertama, saya sepatutnya menghadiri Kursus Orientasi Guru Cemerlang di Pulau Pangkor sepanjang minggu ini anjuran Jemaah Nazir KPM. Namun, terpaksa saya tolak disebabkan keadaan saya yang tidak mengizinkan saya melakukan aktiviti2 fizikal yang agak lasak. Oleh itu, saya perlu berurusan dengan pihak sekolah, Jemaah Nazir JPN dan Jemaah Nazir KPM serta menguruskan surat tunjuk sebab. Kedua, anak yang sedang menghadapi peperiksaan pra-percubaan SPM yang memerlukan kita sebagai ibubapa memanjatkan doa dan solat hajat untuk ketenangan dan kejayaannya sepanjang 2 minggu dia berjuang. Termasuklah mendoakan kesihatannya agar tidak terganggu. Ketiga, kerenah pembantu rumah yang terpaksa pulang ke kampungnya di Tanjung Balai, Indonesia untuk urusan keluarga dan peribadinya selama sekurang2nya 1 minggu. Selalunya lebih... Keempat, berkaitan dengan perkara ketiga d...

lama tak tulis

Rasanya memang lama tak tulis dalam blog kita ini. Bukan tak sudi tapi agak penuh jadual harian kerja, keluarga dan sanak saudara. Hari Selasa 4 ogos yang lalu, aku ke PD untuk program dengan pelajar miskin SBP. Seronok, lebih-lebih lagi dapat memberi dorongan, nasihat, dan pandangan untuk berjaya pada anak-anak di SBP. Dapat juga jumpa Ragunath yang bersungguh-sungguh untuk kongsi tip mengharungi kehidupan hingga dapat capai peringkat tertinggi. Aku beritahu anak-anak di situ bukan senang dapat jumpa Presiden Majlis Peguam Malaysia. Anyway, satu pengalaman yang bermakna bagi aku. Hari Rabu dan Khamis (5/5 ogos) aku berada di UTM Skudai untuk bertemu pelajar Master dan Phd dan juga ada kuliah disana. Orang tanya tak penat ke ulang alik KL-JB, aku kata 'alah bisa tegal biasa'- mula susah lama lama biasa. Hujung minggu (jumaat dan sabtu 8/8) ada majlis nikah kahwin anak saudara (perempuan) yang buat kat rumah yang kami sedang tinggal ini (Bt 12 Jln Cheras, Kajang). Rumah ni rumah...

Menghadiri Konvo Anak

Salam semua, Aku sekarang ni kat KL, datang utk menghadiri konvo anak aku Raheel(yg ke4) yang telah menamatkan kursus ijazahnya dlm bidang horticulture di UPM. Sebenarnya konvo dia pagi tadi, dah selesai pun. Aku pegi bersama anak aku yg no 5, Abdul Haleem yg tengah bercuti musim panas dari kursus dia kat Dublin sbb isteri tercinta aku tak dpt hadir kerana hari ni sekolah kat Kedah dan dia pun dah kehabisan cutinya. Aku seronok tgk anak2 kita dpt ijazah setelah bertungkus lumus selama 3, 4 tahun belajar. Pagi ni adalah sesi ketiga, seramai 1000+ pelajar yg amik ijazah termasuk Phd, Masters, Bachelor dan Diploma. Ada sorang tu dpt Professor Emeritus...4 jam aku duduk dlm dewan dgn tak sempat nak sarapan pagi sebab pukul 7.30am anak aku nak kena ada sana tp tak kisah...lps habis aku balun makan tenghari cukup2...hehehe. Aku gembira tengok pelajar2 semua dengan riak wajah yang ceria dan gembira disamping keluarga yg tercinta menyambut kejayaan anak2 mereka. Tapi aku kemudian rasa sayu jug...

En.Jamil - Madutiga Part 6

Aku selalu fikir knp ada kawan2 kita yg nampak tua dan ada tak berubah walau dah berumur 48 tahun. Cuba tenguk lelaki spt Norsham, Said Ahmad, Sukimin , Mimbar atau pun jgn lupa jeling2lah kat Azhari... Mereka sentiasa muda. Ada ramai lg tp tak payah sebut.. Tentu ada yg mereka amalkan dan kita perlu korek rahsia dari mereka supaya kita pun akan kelihatan muda. Yg perempuan pulak... maaf.. aku rasa kebanyakannya dah ”lebar2” kecuali ......jd susah nak komen. Mgkn mereka menjadi lebar kerana terlalu lama jahit baju anak atau terlalu lama duduk kt depan computer. Tapi entahlah... hakikatnya ramai yg ”lebar lebar”.. Mgkn jg kerana aktiviti mereka di batasi oleh suami dan anak.. Aku rasa kita masih perlukan aktiviti selain dari beribadat agar kita tidak terpancing kearah keuzuran atau kemaksiatan. Ada yg minat Fishing ( Mimbar), Golf (Norsham), Scuba ( Said) etc. Semuanya memberi ketenangan kepada pencintanya dimana ketenangan ini diperlukan agar kita menjadi lebih sihat dan tenang dalam m...

Yang tulus Yang Kudus 5

Imej
Aku tengah studi masa tingkatan 4, sebab esok nak periksa. Kelas bawah pejabat, aku duduk kat kaki lima mengadap padang...ada lagi gambar ni rupanya tersorok dalam kotak lama...1977, aku berdua dengan ibnu hajar...sekarang jadi cikgu kat felda inas...orang lain studi masa prep..aku studi masa orang lain relaks kat bilik. Rupanya kedua dua jadi cikgu pulak selepas itu. last aku jumpa ibnu masa raya di rumah Latifah, lepas tu aku main call ajelah...

Kongsi Pandangan

Salam, Minta maaf lama juga tak dapat ikut serta blogging. Usop, minta maaf kerana aku ni tak cekap. Nak hantar gambar pun minta anak tolong. Pada 29 Julai ke 03 Ogos aku bercuti. Buat job freelance. Buat kerja MCP (Multiple Camera Production). Alhamdulillah dalam usia begini ada swasta sudi ambil kita. Bukan senang nak dapat kepercayaan orang dalam pasaran yang tak menentu. Adalah kawan2 dari tv stesen swasta dan krew filem. Banyak yg dapat dipelajari terutama cara kerja dan teknik. Apa pun itu cuma pembuka kata Aku nak kongsi pandangan dan perasaan. Begini: Aku tanya Pak Pacak. Pelakun tambahan yang dibayar RM50 sehari. RM15 agen ambik. Tinggal RM35. Isi minyak kereta RM15. Dapatnya RM20 SEHARI!. Pacak dari calling time 9 pagi ke 10 mlm atau 2 pagi. (Makan ditaja 5x sehari). Sanggupkah anda?. Nampak tak nilai RM20 macam RM200 bagi mereka. Atau... dunia asal glamour peduli apa poket tak berduit. Biar papa asal bergaya. Aku muhasabah diri... Dalam program tu jemputan OKU( orang kuat u...

Pasukan Ragbi SAJOHA Tempat Ketiga

Imej
Hujung minggu lepas (1 & 2 Ogos) pasukan ragbi Alumni SMSJ - SAJOHA Vikings telah mengambil bahagian dalam pertandingan ragbi 10 sebelah anjuran Kesatuan Ragbi Johor di Johor Bahru. Pertandingan telah diadakan di padang Sekolah Sultan Ismail(SSI) dan pasukan SAJOHA telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Aku sempat menyaksikan perlawanan tersebut dan bertemu dengan pemain-pemain yang mewakili SAJOHA yang kebanyakannya adalah super-super junior kita. Dengan kemenangan tempat ketiga ini ia telah membuka lembaran baru kepada keujudan persatuan bekas pelajar SMSJ di negerinya sendiri. Syabas diucapkan kepada adik-adik/anak-anak yang berusaha kearah memertabatkan lagi keujudan bekas pelajar SMSJ. [Sajoha] [SAJOHA Vikings Rugby] Terima Kasih Johor! Monday, August 3, 2009 3:57 AM From: "SAJOHA Vikings Rugby Club" To: sajoha@yahoogroups.com Salam kepada semua, Alhamdulillah, buat pertama kalinya dan secara rasminya, kejohanan pertama SAJOHA Vikings di luar Lemba...
CERMIN Setiap hari kita menggunakan cermin untuk melihat imej diri . Cermin membantu kita menyemak apa yang tidak kena pada penampilan diri . Ia tidak pernah berbohong kerana sentiasa patuh kepada hukum Allah iaitu bersifat memantulkan cahaya . Kita juga ada cermin hayat . Orang-orang yang mengenali kita adalah cermin hayat kita . Sebab itulah ada orang mengatakan "kalau hendak mengetahui kebaikan seseorang , bertanyalah sahabat-sahabatnya tetapi kalau mahu mengetahui keburukannya , bertanyalah musuh-musuhnya " . Apa yang seseorang terima dari kita dan mengemukakannya semula adalah imej diri kita sebagai objeknya . Apa yang hendak saya tegaskan di sini ialah kita merupakan cermin kepada orang sekeliling kita . Oleh itu kita patutlah menjadi cermin yang baik iaitu memantulkan semula imej sebenar dari seseorang yang merupakan objek . Kalau ya katakan ya , kalau tidak katakan tidak demi menjaga keharmonian hidup bermasyarakat . Namun begitu , kalau ada perkara-perkara nega...

MEMANCING DENGAN DR MOHD SHAH BIN MAHMOOD

Imej
Asalamualaikum, Salam Sejahtera. Foto lama ni aku amik dari facebook Mohd Shah Mahmood. Mohd Shah bersama Bong Lokasi : Perairan Pelabuhan Kelang Tarikh : 1 & 2 Ogos 2009 Temujanji dengan Mohd Shah bin Mahmood (Dr) dah dibuat sejak 3 minggu lalu. Dia amat sibuk dengan tanggungjawap terhadap negara. Sampai aku malu nak telefon dia, takut mengganggudia. Aku main sms je dgn dia. 30 tahun aku tak pernah jumpa dia. Cuma mengetahui dia ada di KL melalui akhbar bila ada kes besar. Dia batch SPM/MCE 1977. Aku pernah sebilik iaitu tahun 1977. Dua perkara yang tak berubah pada Mohd Shah: 1. Dia maintained slim. Bila aku tanya macamana dia maintain,dia jawap kena kuat main. Game Bedminton! 2. Dia masih ramah. Aku menjala untuk mencari udang hidup. Payah nak dapat umpan. Tapi ada juga. Jurukamera ni ada kelas la. Mohd Shah. Dah nak 'sunset'. Mohd Shah posing dengan pari antara 18-20kg. Video aksinya ada kat bawah. Tengok lah. Cuba perhatikan dan dengar dialog terakhir dala...