Jumaat, 28 Ogos 2009

FOTO LAMA

Untuk tatapan kekawan..

Aku download foto ini dari facebook Dr Mohd Shah Mahmood. Maaf bang! aku tak minta kebenaran dulu.

Berdiri dari kiri: Hood Abu, Samsuddin, Ghazali Husien, (lupa nama), Aku, Mohd Shah Mahmood.


Depan: Syed Abd Jalil, Wan Ahmad Hirza, Syed Zakaria, Suhaimi, Ahmad Razali


Berdiri dari kiri: Bong, Suhaimi, Hood & Syed Zakaria

Depan dari kiri: Ghazali Hussien, aku & Syed Jalil


Ni yang aku kenal: Mohd Shah, Suet, Saadiah, Cikgu Syed Hussin. Yang lain dah lupa nama dia la.

Semuga kekawan-kekawan ni semuanya sejahtera walaupun kita tak dengar berita mereka..

9 ulasan:

hafizah berkata...

Salam semua. Yang girl sorang lagi tu Noreen kan? Ni semua runner sekolah ke?

bong berkata...

Member kau keluarkan gambar lama bilik bawah aku memang ada nostalgia bilik tu. Kat situ le aku digantung sekolah 2 minggu mewakili kau orang yang sama2 membuli budak cina pontian besama Hashim.
Aku kena cekop Mr Paul sama Md Shah. Kita train Hood Abu jadi goalkepeer. Kau dengan Hood selalu "Deng" tapi tak kena cekop pun. Aku tau sapa khianat aku.
Gambar runner sekolah kita aku tau yg kau tak sebut ialah Othman Rahim(Gobel) Borhanuddin Yusof dan Nazar Yassin.

norlilasamad berkata...

Salam buat semua.
Ha, kalau tak silap girl yg sorang lagi tu junior kita, Mardhiah Musa. Noreen dari Rumah Suria (kuning) bukan Segara (biru).

kembara kelana berkata...

zaidi
kau nak jadi samseng tapi tak pandai..sampai sekarang pun kau tak pandai...bila kau ngorat, bini kau akan tau.
bilik kau orang memang bilik bebudak jahat, bilik aku masa t4, aku gobel sopi, hamdan, naz kambing, halim, ..semua baik baik...warak warak...

wak
track merah tu nazar yasin...ada belakang rumah aku ni ha, gpk koko sk rompin, perempuan track biru tu...aku rasa akan menggoncangkan iman pak aji....nape lah kau kuarkan gambar ni wak..sian pak ji tu

kembara kelana berkata...

wak....kerana dia kuat bersukan, disiplinnya tinggi wak...aku rasa macam nak pegang logo smsj kat atas lutut track biru tulah wak..nak ambik buat kenangan...biar aku tanggalkan wak yek...kau jaga kut kut haji tu datang

MSHAH berkata...

Wak......aku dulu memang baik orangnya......mula berubah bila campur ngan junior cam hang dan Zaidi......
Camana nak contact Saadiah...???

kembara kelana berkata...

wah bahaya tu ...bahaya tu wak

asri berkata...

Bar, kau tengok rambut kita pada masa itu, bukan main panjang.Kalau kau refer gambar 5E1 kat album Dr Md Shah di FB tengok rambut dia orang termasuk aku. Rock Steady Beb. Kalau Cikgu Khamis ada siap kita dibueknyo, penampar berbius lah jawabnya. Namun begitu aku tak pernah kena penampar dia.

asri berkata...

Bar, kau tanya Usop lah pasal aku kena tampar. Tak sangka aku. Tanya cara personal email yek.Nasib baik 'kiyainae nyong 'tarbiah suruh buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kita . Kalau tidak memang dah kena belasah dengan aku dia sekarang.