MEMANCING DENGAN DR MOHD SHAH BIN MAHMOOD

Asalamualaikum,

Salam Sejahtera.

Foto lama ni aku amik dari facebook Mohd Shah Mahmood. Mohd Shah bersama Bong

Lokasi : Perairan Pelabuhan Kelang

Tarikh : 1 & 2 Ogos 2009


Temujanji dengan Mohd Shah bin Mahmood (Dr) dah dibuat sejak 3 minggu lalu. Dia amat sibuk dengan tanggungjawap terhadap negara. Sampai aku malu nak telefon dia, takut mengganggudia. Aku main sms je dgn dia.


30 tahun aku tak pernah jumpa dia. Cuma mengetahui dia ada di KL melalui akhbar bila ada kes besar. Dia batch SPM/MCE 1977. Aku pernah sebilik iaitu tahun 1977.


Dua perkara yang tak berubah pada Mohd Shah:

1. Dia maintained slim. Bila aku tanya macamana dia maintain,dia jawap kena kuat main. Game

Bedminton!

2. Dia masih ramah.


Aku menjala untuk mencari udang hidup. Payah nak dapat umpan. Tapi ada juga. Jurukamera ni ada kelas la. Mohd Shah. Dah nak 'sunset'.



Mohd Shah posing dengan pari antara 18-20kg. Video aksinya ada kat bawah. Tengok lah. Cuba perhatikan dan dengar dialog terakhir dalam video tu..


Tetanda yang dia perolehi.






Hasil keseluruhan. Jenahak kat atas tu 2.1kg.



Hasil keseluruhan bila sampai di jeti


Anaka aku dan aku membantu menyiang pari untuk di bawa balik Mohd Shah. Dia tak reti siang. Dia cuma reti siang orang je. Ngeri aku dengar!


Aku sebagai tekong agak kurang menyerlah kali ni. Bagaimana pun walau aku tak naikan ikan besar aku dapat bahagian gak. Cuma tak dapat 'feel' menaikkan ikan je. Hasil tetap dibahagi sama rata.


Cabaran memancing kali ni memang tinggi. Satu malam memancing hanya menaikan 6 ekor tetuka sahaja. Rupa-rupanya telah ditetapkan bahawa rezeki kami pada pagi ke esokan harinya.


Tengok la video ni..

Ulasan

bong berkata…
Ber aku org pertama yg komen sbb ada gambar aku.
Sebenarnya aku dgn Dr M Shah Mahmood lama tak berhubung dulu aku geng baik dgn dia. Pernah 1 bilik geng rollcall dgn Mr Paul (2 thn juga)Aku pernah ikut dia balik kg bersama Mazlan Baba. Sekarang ni aku geng dgn bapa dia di Kg Gelang Cincin Segamat. Aku mungkin bermastautin di kg dia. Tapi aku belum jumpa dia mungkin bila aku balik Segama tak sama dgn dia. Kalau kau ada no phone dia kau SMS aku.
Banyak cerita aku dgn M Shah masa di SMSJ.
kembara kelana berkata…
laian tak per...bila dia dapat naikkan ikan dalm vedio tu..dia angkata kepala dan senyum sungging...mmg mat sah lah tu...sah..tapi bar, mamat tu bukan kenal dah aku bar....kau kawan dgn dia baik baik bar, dia melapah orang tu...assalammualikum sah..salam bro...selamat jumpa lagi kawan lama
Unknown berkata…
Assalamualaikum Yusof&Mimbar? Rasanya dah lebih 32 thn aku x jumpa kalian.. apa2 hal salam perkenalan dari aku di JB..selain kau berdua yg aku kenal.. yusof mohamad dan mimbar hj siraj.. bong tu spa nama sebenarnya?
Dr shah (XSMSJ77) berkata…
Salam semua.....terima kasih Mimbar kerana ajak gi mancing......satu reunion yang sangat best.....melengkung habis joran gua. Mimbar ni dah pakar mancing kat Port Klang....dia tahu mana lubuknya...bila masa sesuai nak mancing....lain lubuk lain umpannya. Gua sebelum ni pernah mancing kat Port klang.....tapi tak pernah dapat ikan cam ni.....cuma dapat gelama jer. Mimbar.....bila nak repeat lagi???
pakroslan berkata…
Salam Mimbar,
Mana sedap? Gulai ikan pari jantan atau gulai ikan pari betina?
pakroslan berkata…
Salam Bong,
Bila tenguk muka kau dulu macam
budak indo aku yg lari...
Unknown berkata…
Bar,Sof & rakan2, batch 1977 cuma ada dua kassim.. aku kassim marsithi di jb dan kassim bahali di melaka..dan itulah aku..bila ada masa terluang dan kesempatan yg ada.. aku akan duduk untuk melayari blog sajoha dan menghayatinya sambil mengenali semula smsj & kwn2 lama yang hampir luput dlm ingatanku..maaf ajelah krn aku telah termasuk dlm blog kalian..tk
pakroslan berkata…
Alaaa Kasimmmm... mak tau mak salah....ko masuklah blogg ni. mak tak marah lg kassimm....
pakroslan berkata…
Salam mimbar,
kalau tak silap Bong hari ada bersama2 YB Ahmad Mazlan kat cini. Bong dah jadi orang hebat sekarang..
kembara kelana berkata…
kasim
kau jangan nak sopan santun sangat...kita dah kawan lama, alimor, asri, sopi dll junior kita naz , dll selalu keluar dna masuk blog ni, ni blog kita semua...kau datang dan tulis komen, kau anggap alh aku ni adik kau mcam dulu...32 tahun sem, 32 tahun...kita tidak berubah kalau kita tak mau berubah...u r welcome...baca, tulis dalam komen ...jangan ada gap apa apa..ok

mat sah
aku tau kau dr, sorri tak panggil kau dr, sebab aku biasa panggil kau dulu sah jer...harap lu tak marah...ok
Unknown berkata…
Tq brader2 sume,cuma aku nak tanya kat brader usop (KK)ni..aku pernah ulangalik jb-pekan (shah pekan)krn anak aku ada belajar kat sana tapi tak pernah jumpa kau..kau posting kat sekolah mana?
kembara kelana berkata…
aku ni kasim...baru jer keluar dari persembunyian...aku kat rompin..kuala rompin, memang kau kena lalu punyalah...rumah aku kat bandar lama kuala rompin...sekarang aku kena posting kat sk kg aur...jauh sem jauh....tak sapa sanggup sem...hahahahaha kau kat mana sekrang
Unknown berkata…
Bang usop,kg AUR tu xle jauh sgt.. masih boleh dihubungi jln darat, laut,udara & sungai...digi punya
coverage masih boleh dpt lg..tapi x per..kau boleh kwn aje dgn TEBING tu.. aku ni keja kat JB.. lum lg pencen & masih melayan si tua tu & layan kerenah 5 anak2 yg sedang membesar..isyaAllah satu ari nanti kita akan diketemukan
kembara kelana berkata…
yer...aku akan ke kulai jumpa sopi rahiman...kawan se deng dgn aku dalam masa terdekat ni...aku call kau nanti, kalau aku ke JB ok bro.
pakroslan berkata…
Salam Mimbar,
Bong dan kawan2 kita yg lain memang hebat....
bong berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
bong berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mrs jannuri berkata…
Mimbar..

Mancinglah kat darat, tengok terer ke tak terer..

Cikgu Rohaya tak baca blog kan? cam wak....

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI