CERMIN
Setiap hari kita menggunakan cermin untuk melihat imej diri . Cermin membantu kita menyemak apa yang tidak kena pada penampilan diri . Ia tidak pernah berbohong kerana sentiasa patuh kepada hukum Allah iaitu bersifat memantulkan cahaya .

Kita juga ada cermin hayat . Orang-orang yang mengenali kita adalah cermin hayat kita . Sebab itulah ada orang mengatakan "kalau hendak mengetahui kebaikan seseorang , bertanyalah sahabat-sahabatnya tetapi kalau mahu mengetahui keburukannya , bertanyalah musuh-musuhnya " . Apa yang seseorang terima dari kita dan mengemukakannya semula adalah imej diri kita sebagai objeknya .

Apa yang hendak saya tegaskan di sini ialah kita merupakan cermin kepada orang sekeliling kita . Oleh itu kita patutlah menjadi cermin yang baik iaitu memantulkan semula imej sebenar dari seseorang yang merupakan objek . Kalau ya katakan ya , kalau tidak katakan tidak demi menjaga keharmonian hidup bermasyarakat . Namun begitu , kalau ada perkara-perkara negatif , kita patut menjadi cermin usang yang tidak dapat memantulkan sinarnya lagi . Keburukan orang lain tidak patut dijaja . Semoga dengan cara ini objek berkenaan akan mendapat petunjuk supaya memuhasabah diri .

Sekian dulu coretan ringkas 5M2 dari saya nun di utara di Bandar Diraja Perak . Jumpa lagi .

Ulasan

pakroslan berkata…
Salam Alimah,
Dalam masyarakat Dayak kalimantan ada di sebut " Bercarumin ka saruga" yg maksud lbh kurang' setiap perbuatan kita hendaklah bercermin ke syurga kerana di syurga tidak ada lagi perasaan hasad dengki dan iri hati..
kembara kelana berkata…
terima kasih alimah nukilan kau, yang banyak memberikan iktibar pada aku...baliklah ke johor mah...kampung mu menanti...janganlah merajuk lama sangat mah...
sha'ri berkata…
Cermin tidak pernah bohong kerana ia akan beri perkara yang benar dan jelas. Kalau umur dah meningkat kat situ lah kita tahu. Cuma... hati dan nafsu saje yang suka memesong fakta cermin tadi. Maknanya..... tafsirlah sendiri
mohdkhirmatnor berkata…
Cermin ni macam2 jenis. Ada yang balik aje. Ada yang lebih mengherotkan dan macam2 lagi.
Apa pun terimakasih atas ingatan.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI