Ahad, 9 Ogos 2009

Menghadiri Konvo Anak

Salam semua,

Aku sekarang ni kat KL, datang utk menghadiri konvo anak aku Raheel(yg ke4) yang telah menamatkan kursus ijazahnya dlm bidang horticulture di UPM. Sebenarnya konvo dia pagi tadi, dah selesai pun. Aku pegi bersama anak aku yg no 5, Abdul Haleem yg tengah bercuti musim panas dari kursus dia kat Dublin sbb isteri tercinta aku tak dpt hadir kerana hari ni sekolah kat Kedah dan dia pun dah kehabisan cutinya.

Aku seronok tgk anak2 kita dpt ijazah setelah bertungkus lumus selama 3, 4 tahun belajar. Pagi ni adalah sesi ketiga, seramai 1000+ pelajar yg amik ijazah termasuk Phd, Masters, Bachelor dan Diploma. Ada sorang tu dpt Professor Emeritus...4 jam aku duduk dlm dewan dgn tak sempat nak sarapan pagi sebab pukul 7.30am anak aku nak kena ada sana tp tak kisah...lps habis aku balun makan tenghari cukup2...hehehe.

Aku gembira tengok pelajar2 semua dengan riak wajah yang ceria dan gembira disamping keluarga yg tercinta menyambut kejayaan anak2 mereka. Tapi aku kemudian rasa sayu juga bila mengenangkan bahwa dgn kejayaan ini, sebenarnya mereka akan mula untuk mengharungi alam pekerjaan yg penuh dugaan dan cabaran. Aku teringat masa aku balik dari UK dulu pada tahun 1986 dengan takder kerja, puas aku pusing sana sini dan akhirnya aku keja kat kilang yg takder kena mengena langsung dgn apa yg aku belajar..dan mula belajar benda2 baru yg tak pernah aku belajar kat sekolah atau university...

Itulah hakikat hehidupan. Aku berdoa dan berharap anak aku tak perlu melalui mcmana yang aku kena harungi dulu...sakit beb. Tanyalah Prof. Dr Shari mcmana keja kilang..dia pun dah rasa pahit peritnya keja kilang ni. Tapi aku juga tahu jadi cikgu jaga budak2 sekarang ni bukannya senang..tp bila kita dah lama kat sebuah sekolah tu...mcm isteri aku pindah ke sekolah biasa dari sekolah teknik kat jb dulu, mula2 memang susah tp sekarang dah relaks skit. Tapi keja kat kilang...kalau tak tahan, memang ramai yg lari...

Tp aku juga tahu...kawan2 lain pun ada pengalaman masing2 yg di lalui dalam dunia pekerjaan. Mungkin ada yg lebih hebat...sama2lah kita kongsi kalau sudi...

14 ulasan:

kembara kelana berkata...

sham tahniah ...aku bangga dgn kau dan isteri kau serta anak kau...tu masuk dalam kategori bahgia tu...semoga kau terus success selalu

mohdkhirmatnor berkata...

Orang rumah aku ambik ijazah sesi 8 nanti 11hb ogos sesi ptg.BABM.Aku tumpang seronok.Kat UPM juga.

fati berkata...

Waah.....tahniah Khir dan Norsham ! Selamat berkonvo....hhehe

norlilasamad berkata...

Tahniah buat Noorsham dan isteri serta Raheel. Berbaloi rasanya penat lelah memdidik anak kita bila melihatnya memegang segulung ijazah.Didoakan semoga akan dapat jawatan yang sesuai dgn kejayaan yang diperolehi, Ameen.

norlilasamad berkata...

Tahniah buat Md. Khir dan isteri. Selamat berkonvo. Semoga kejayaan itu akan menjadi teladan kepada anak2 kalian berdua.

kembara kelana berkata...

tahniah isteri ma khir, md khir yang kau bila lagi? never say too late
terima kasih lila kerana sudi jengah blog dan komen

hafizah berkata...

Tahniah Norsham and wife. Buat Raheel, semoga berjaya dalam kerjaya. Tak ada apa yg kita perolehi tanpa usaha. Dah penat menuntut ilmu, di tempat kerja pun kena usaha juga. jika kita bekerja dengan ikhlas rezeki kita sikit atau banyak, tentu lebih berkat. Kalau kita bekerja kerana Allah, Allah pasti membalas dengan berganda2. InsyaAllah.

Noorsham berkata...

Tima kasih kawan2 diatas ucapan kwn2. Kita ni ibubapa memang rasa gembira dan bangga dgn kejayaan anak2 dlm bidang pelajaran sehingga mereka dpt pergi ke menara gading sehingga mendapat ijazah. Buat saya 4 dah lepas, ada 8 lagi...huhuhu...

Tahniah kepada isteri Mohd. Khir dan juga Mohd. Khir...kejunglah pulak kau nanti dlm dewan tu Md. Khir...hehehe...mkn dulu sebelum masuk n bwk air minum atau jajan2 skit..kalau ada bahan bacaan pun ok gak...

kembara kelana berkata...

aku? satu pun belum lepas...

sha'ri berkata...

Congratulations to Noorsham and Noor. You have succeeded in giving the most valuable piece of asset to your child, which is education. Getting a degree is acheiving one crucial milestone in life and also signals the beginning of working life and career. May Allah Bless all our efforts in creating the future generation that will takeover our roles and responsibilities of khalifatullah fil ard.
To Khir and especially your wife, congratulations for being able to earn a degree despite the multiple roles at home, work. This is what we in university call ' life long learning' where the graduates will continuously pursue knowledge through education until the highest level of education (phD) as well as exploring new territories of knwoledge. So, Usop... continue Master degree... (dah mula kot ..)
Salam.

kembara kelana berkata...

memang pun..tapi hujung minggu aku penuh setakat ni

mohdkhirmatnor berkata...

Memang real punya kejung Syam oi.. Aku ingat pesan kau tu. Maka bawalah bekal kacang, gula2 dan air.
Naik kematu ponggong.

sha'ri berkata...

Khir dan Noorsyam, kau bayangkan kita pensyarah yang kena hadir konvo sebagai ahli akademik. Aku ingat tak kurang 8 ke 9 kali aku kena pergi konvo untuk raikan pelajar yang graduate. Cuma hadir sebagai parent belum lagi, tahun depan insyaAllah anak sulong aku akan grad dari UTM InsyaAllah.

Noorsham berkata...

salam shari,

aku bole bayangkan apa yg kau lalui, tp tu dah keja kau...duduk kat situ gaji jalan. Aku dgn Md. Khir duduk kat situ...takder gaji...hehehe

Apapun yg penting kita kita dpt raikan anak2/pelajar2 kita diatas usaha mereka yg telah membuahkankan hasil. Kita doakan semoga dgn apa yg telah mereka capai, mereka dpt meneruskan usaha utk meningkatkan agama, diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara...