MICCOS 2009 - Pameran & Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia
MICCOS 2009 diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari 13 - 16 Ogos 2009 dari 10 pagi - 6 petang. Salah satu syarikat yang mengambil bahagian di dalam pameran ini ialah Kayusaha Corporation yang mana pengusahanya adalah sahabat2 kita. Aku sempat melawat kilangnya di Sungei Petani, Kedah semasa menghantar isteri aku ke sana dan yang membanggakan ialah kesemua tenaga penggerak industri dan perusahaan ini adalah bekas2 pelajar SMSJ.
Pengarah Urusan Kayusaha Corporation
Pengarah Pemasaran
Pengurus Teknikal & Pengeluaran
Industri yang berasaskan revolusi hijau ini menggunakan bahan buangan pertanian iaitu sekam padi yang diadun bersama plastik untuk menghasilkan industri hiliran pula saperti perabut, kemasan dalaman rumah, bahan binaan dan bermacam-macam lagi. Antara produk2 hilirannya adalah sapertimana gambar2 di bawah.
Pengarah Pemasaran
Pengurus Teknikal & Pengeluaran
Pengurus Pentadbiran
Aku kat SP tiga hari so adalah sikit sebanyak ambil gambar pasal perusahaan si Noorsham nie. Dia memang seorang industrialis, tabah dan sabar dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya dan rakan yang lain yang membangunkan perusahaan ini.
Semalam aku sempat singgah di pameran tersebut dan mengunjung kaunternya dan bertemu pula dengan Azman Rahman. Kepada rakan2 yang ada kelapangan masa jemputlah ke pameran tersebut dan yang ingin bertemu dengan Noorsham, Azman & Sameha silalah ke Dewan C kaunter 23. Mereka akan berada di sana sehingga Ahad ini.
Industri yang berasaskan revolusi hijau ini menggunakan bahan buangan pertanian iaitu sekam padi yang diadun bersama plastik untuk menghasilkan industri hiliran pula saperti perabut, kemasan dalaman rumah, bahan binaan dan bermacam-macam lagi. Antara produk2 hilirannya adalah sapertimana gambar2 di bawah.
Ulasan
Tima kasih buat posting citerkan skit pasal bisnes yg aku dan member2 SMSJ sedang usahakan ni. Kami ni bukan ler pandai sgt, tapi masih ada banyak yang perlu dibelajar.
Apapun ini adalah satu2nya bidang yg aku rasa kami bole lakukan berdasarkan kepada pengalaman yg telah kami lalui sebelum ini. Ada banyak lagi cabaran yg kami perlu hadapi dan lalui, dan kami berharap kawan2 sume dpt doakan utk kejayaan kami.
Aku ni baru sampai KL mlm ni utk bersama2 dgn Azman dan Sameha di booth syarikat besok. Kawan2 yg ada kesempatan - Hafizah, Fati, Sukimin, Member, Shari, dll yg ada di KL, dtglah mengunjung kami..bole kita MG kat sana n kena teh n sembang2...hehehe.
Kalau nak lagi seronok, korang dtglah pada satu masa supaya kita dpt kumpul seberapa ramai dari batch SPM/MCE78 kat sana. Batch lain nak join ok gak. Amacam kalau hari Sabtu atau Ahad pukul 11am? Mesti best dpt jumpa kwn2 lama yg lama tak jumpa...Hafizah, Faraza..dtglah kita berjumpa selepas 31 tahun tak jumpa!
Kalau setakat makan t/hari no problem aku volunteer ada banyak gerai kat sana & kalau nak makan free pergi aje kat booth industri makanan ada banyak sample untuk dicuba/dirasa.
Dia sebenarnya kat mana ye? Ada ke contact no. dia?
Kirim salam pada Radin.
Syabas kerana berjaya mengasaskan industri ni. Bukan calang2 org mampu mengusahakan ni. Saya juga turut berbangga.
Baru dpt baca komen2 dari awak n juga dari Bong, Norlila n Fati n lain2.
Exhibition ini adalah yg pertama kami join dan ia adalah pembuka mata utk kami bagi menunjukkan halatuju masa depan bisnes ini. Ia juga memberi kami pendedahan kepada peluang2 yg ada di luar sana. Apapun memang ada banyak cabaran2 yg perlu dilalu serta rintangan2 yg perlu diatasi but insyaallah...kami budak smsj takkan mengaku kalah!...hehehe
Apapun thanks for the duas and words of support...we really need them and appreciate them..