lama tak tulis

Rasanya memang lama tak tulis dalam blog kita ini. Bukan tak sudi tapi agak penuh jadual harian kerja, keluarga dan sanak saudara. Hari Selasa 4 ogos yang lalu, aku ke PD untuk program dengan pelajar miskin SBP. Seronok, lebih-lebih lagi dapat memberi dorongan, nasihat, dan pandangan untuk berjaya pada anak-anak di SBP. Dapat juga jumpa Ragunath yang bersungguh-sungguh untuk kongsi tip mengharungi kehidupan hingga dapat capai peringkat tertinggi. Aku beritahu anak-anak di situ bukan senang dapat jumpa Presiden Majlis Peguam Malaysia. Anyway, satu pengalaman yang bermakna bagi aku. Hari Rabu dan Khamis (5/5 ogos) aku berada di UTM Skudai untuk bertemu pelajar Master dan Phd dan juga ada kuliah disana. Orang tanya tak penat ke ulang alik KL-JB, aku kata 'alah bisa tegal biasa'- mula susah lama lama biasa. Hujung minggu (jumaat dan sabtu 8/8) ada majlis nikah kahwin anak saudara (perempuan) yang buat kat rumah yang kami sedang tinggal ini (Bt 12 Jln Cheras, Kajang). Rumah ni rumah pesaka peninggalan arwah ayah dan mak mertua, jadi kita sama-sama raikan. Penat sikit tapi tak pelah, ramai anak buah yang tolong , Hari sabtu pula lepas kenduri pukol 5 , terus ke Bukit Tinggi Pahang, seorang diri, untuk satu bengkel semakan semula Anugerah Kualiti Naib Canselor UTM, sampai hari Ahad tengahari. Habis program pukol 11:30 pagi, terus ke Ulu Yam, untuk ikut rombongan akak ipar hantar pengantin kerumah lelaki. Dari Bukit Tinggi, ikut jalan ke Genting dan sampai Gotong Jaya, tuju ke Batang Kali. Tak pernah lalu jalan tu, redah je, sampai juga. Naik bukit, turun bukit sampai juga akhirnya.

Inilah perkara yang dapat aku kongsi sikit dengan kawan-kawan. Kadang-kadang aku terfikir yang semakin tua kita ni semakin banyak kerja yang perlu diselesaikan. Nampaknya tanggungjawab kita semakin berat dan semakin mencabar. Aku doakan kawan-kawan semua sentiasa mendapat bantuan dan rahmat dari Yang Maha Esa.

Ulasan

kembara kelana berkata…
shaari
terima kasih kerana menulis, kau antara wakil 5e1 yang amat aku banggakan, kesudian kau mencelah diri menulis blog ni amat mengembirakan ramai pihak...
shaari
memang betul cakap kau, kita sekarang ni bukan semakin rehat tetapi semakin sibuk dgn amanah keluarga, kerjaya dan agama lagi..
jalan batang kali gotong jaya dan bentong tu aku harungi selama 3 tahun berulang dari rompin ke upsi..jadi selekoh, bukit, lubang dah kenal sangat dengan aku..bilakau sebut kau lalu situ, aku teringat kembali, kisah lama aku tu...tahniah pada apa apa kejayaan dan selamat maju jaya ri..
kembara kelana berkata…
wak mimbar...kau cakap dgn sapa wak..ni kan shaari...ketua pengawas wak, head boy...dia mana kenal penat wak...yang dia gagal ialah nak tangkap kita wak, dia gagal.
asri berkata…
Well done my brother. Do it as a worship to Allah, so that you will please with the job. Don't give up. Always keep it up.
mohdkhirmatnor berkata…
Dah dekat dgn rumah aku d Tasik Puteri, Rawang, Lain kali jengok-jengoklah kawan kat sini.
Member dan Jamil Sien dah sampai.
Usop macam nak sampai tapi tak sampai.
Fati lalu aje. Norsyam pun!.
fati berkata…
Bukan tak mau singgah.... takut time aku lalu tu kau out station...
Takpe...tunggu lepas raya ni... insya Allah boleh sampai kot..hehehe
Unknown berkata…
Tak tahu cerita le shari tn ke PD. Kalau tidak boleh jumpa tu dengan Ragunath sekali. Tahu ada program pelajar projek khas di PD tapi tak tahu pulak motivatornya siapa. Anyway thank U atas sumbangan tn berikan . Keep up the good work.Selamat berpuasa
sha'ri berkata…
usop, terima kasih atas sokongan dan dorongan. Sama juga kawan lain. Kejayaan kita sekarang adalah datang dari kawan juga. Teruskan usaha demi agama bangsa dan negara. semua kita boleh sumbang kearah kejayaan agama dan negara kita.
kembara kelana berkata…
terima kasih jugak pada bang asri dan roslie...atas sumbangan memberikan pendapat dalam blog, bertambah seri lagi bila abang senior dan junior join...cikgu cikgu kita so far belum pernah muncul lagi..terima kasih semua..
shaari aku nak sambung masters kat utm JB , pengurusan pendidikan kat sana aku nak contact sapa..ada kenal tak?...nak mintak info
Noorsham berkata…
sop,

kau ni kata junior join...sape yg kau maksudkan tu?..Roslie?..dia tu kan satu kelas dgn aku..dulu org panggil dia lot...roslie, kau pun dtg ke kl Ahad ni tau, lama tak jumpa kau. Seremban ke Serdang tu bukannya jauh sgt...

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI