RAMADHAN ALMUBARAK

Salam rakan-rakan semua.

Walaupun sudah masuk hari kelapan kita berpuasa, saya ingin berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan sekelian. Saya memperolehinya dari seorang kenalan . Semoga kita semua dapat berusaha untuk menambah bekalan di akhirat kelak. Selamat Berpuasa.

SEJARAH RAMADHAN

  1. Ramadhan: ertinya panas terik
  2. Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan di mana Nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Di dalamnya dipilih ada malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
  6. Dipilih untuk ibadat puasa.
  7. Dipilih untuk ibadat lain seperti Tadarus Al Quran.

KELEBIHAN RAMADHAN

  1. Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksaan kubur.
  2. Bulan penuh keberkatan.
  3. Di malamnya adalah lebih baik drpd 1000 bulan.
  4. Amalan sunat sama dengan solat fardhu.
  5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
  7. Bulan menambah rezeki
  8. Memberi makanan untuk berbuka puasa banyak pahalanya.
  9. Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa dan juga pada sepertiga malam.
  10. 10 hari pertama mulanya rahmat 10 hari kedua pengampunan dan 10 hari terakhir bebas dari api neraka.

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan.
  3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
  5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
  6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
  7. Solat berjemaah setiap waktu.
  8. Solat jemaah di masjid/surau.
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
  10. Sahur di waktu akhir
  11. Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
  12. Mandi Janabat sebelum Imsak.
  13. Kurangkan tidur
  14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  15. Tunaikan Solat Dhuha
  16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  17. Tunaikan solat Rawatib
  18. Jaga pancaindera.
  19. Elakkan gosok gigi pada waktu petang
  20. Hadiri majlis ilmu.
  21. Buat baik pada ibubapa
  22. Isteri hendaklah taat pada suami.
  23. Banyakkan bersedekah.
  24. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api.
  25. Berbuka bersama orang tua.
  26. Jemput tetamu berbuka.
  27. Kurangkan berat badan
  28. Banyakkan ik'tikaf di masjid (lelaki sahaja).
  29. Baiki hubungan suami isteri.
  30. Baiki hubungan jiran.
  31. Isteri jauhi daripada keluar rumah dengan memakai mekap dan perhiasan.
  32. Elakkan berbelanja berlebihan
  33. Kuatkan kesabaran
  34. Banyakkan selawat, istighfar dan ,bertasbih.
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
  36. Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
  37. Elakkan menonton TV yang membangkitkan nafsu.
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
  39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
  40. Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
  41. Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau yang telah meninggal dunia.
  42. Melazimkan solat awal waktu.
  43. Elakkan bersiar2 yang menjadikan pandangan liar sebelum berbuka.
  44. Elakkan banyak berhutang.
  45. Mempunyai perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.
  46. Tunaikan zakat fitrah.

Ulasan

kembara kelana berkata…
terima kasih lila..atas info tu.. aku susah hati ..bab ..Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri....camana tu lila, ada tips istimewa
zaher berkata…
abg2 n akak2..

xnak buat event buka puasa ker?? bolehla sye bkenalan dgn abg2 n akak2 secara real punyerr....

zaher
smsj 1996-2000
019-2845454
kembara kelana berkata…
duduk berjauhan zaher..bukan mudah nak set...perlu komitmen yang tinggi..anak anak penuh dirumah...kalau zaher ada ruang dan peluang..setlah...kami yang mana mampu akan datang....
Azida berkata…
Salam. Betul Sop, komitmen banyak sangat... di samping berjauhan. Hai... yang dekat pun tak terjengok... kenapa ye?
bong berkata…
Kasihan dgn Usop aku Sop sentiasa berdua bersama isteri tersayang. Isteri tersayang aku setia temankan aku dan masakkan untuk aku walaupun tinggal berdua. Pergi solat terawikh berdua. Anak2 ditempat masing2 sedang belajar. Aku balik kg berbuka dan sahur dengan ibubapa aku di Muar dan ibu mertua aku di Keratong 1 pun berdua.
Lila betullah kenapa umat islam sekarang tidak merebut ganjaran yg allah hidangkan terutama solat sunat tarawikh.
10 hari berpuasa saya berpeluang bertarawikh di 4 masjid dari kg ke bandar besar.Masjid negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, masjid Shah Alam, masjid kg Pt. Zing Muar dan masjid Felda Keratong 1. Suasana semua hampir sama pada awal dipenuhi akan tetapi di tengah2 hanya tinggal 2.15%. Yg meninggalkan pula tu yang remaja dan muda dan sihat-sihat.
Kita semua tahu solat terawikh hanya 1 bulan dlm setahun iaitu di bulan ramadhan kenapa kita tak sanggup tunaikan
bong berkata…
Pembetulan bukannya 2.15% tetapi 15% harap maaf

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI