Hari ni anak aku yang bongsu ada sessi motivasi UPSR kat sekolah dia. Bila aku baca surat pekeliling dari sekolahnya penceramah yang akan memberikan motivasi tu tak lain dan tak bukan Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir. Dia senior kita setahun, batch 77 kelas 5E4. Aku sempat ke sekolah anak aku semasa dia menyampaikan ceramahnya dan snap beberapa fotonya. Sekarang ni dia bertugas di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia UTM, Skudai. Kepada sesiapa yang nak panggil dia untuk memberikan ceramah motivasi bolehlah menghubungi dia. Tak kira mana pun kata dia, satu Malaysia dia ada beri ceramah.
Ulasan
Sempena Ramadhan ini, saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan sekelian di atas segala salah dan silap saya selama ini. Semoga kita akan dapat memperbanyakkan lagi amalan kita dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, Ameen.
Azman, salam dari Radin juga.