WUDUK ZAHIR & BATIN ASBAB SOLAT SEMPURNA

Ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf yang sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun dia selalu bimbang jika ibadahnya kurang khusyuk sehingga menyebabkan dia selalu bertanya kepada orang yang dianggap lebih baik ibadahnya untuk memperbaikinya.

Satu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya "Wahai Aba Abdulrahman (gelaran Hatim) bagaimanakan caranya tuan sembahyang?" berkata Hatim "Apabila masuk waktu sembahyang aku berwuduk zahir dan batin"

Lalu Isam bertanya lagi "Bagaimana wuduk batin itu?" Hatim menjawab "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air manakala wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa dilakukan, tidak tergila-gila dunia, tidak mencari dan mengharapkan pujian manusia, meninggalkan sifat bermegah, meninggalkan sifat khianat dan menipu serta meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan mengadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di depanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku.

Dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian siratul mustaqim dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini) kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. "Setiap bacaan dan doa aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (berasa hina). Aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


SEKIAN TAZKIRAH DI BULAN PUASA INI

Ulasan

kembara kelana berkata…
terima kasih hj zaidi..atas entri yang manafaat ini....
Noorsham berkata…
benar...benar...

solat aku lagilah tahap mana plak?..tp tak menangis juga! Ya Allah berilah aku hidayah utk memperbaiki solat aku...

tima kasih bong...
bong berkata…
Noorsham klu nak khusyuk dlm sembahyang kita kena ingat mcm kita nak mati lepas sembahyang tu. Jadi kita akan lebih insaf atas perbuatan kita dan sentiasa memohon ampun.
Itu kata orang alim dan pandai bukan kata aku.
Aku pun jarang dapat macam tu sebab aku masih jahil lagi
hafizah berkata…
Thank you Bong. Satu maklumat yg baik. Kena amalkan ni.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI