En.Jamil - Madutiga Part 6

Aku selalu fikir knp ada kawan2 kita yg nampak tua dan ada tak berubah walau dah berumur 48 tahun. Cuba tenguk lelaki spt Norsham, Said Ahmad, Sukimin , Mimbar atau pun jgn lupa jeling2lah kat Azhari... Mereka sentiasa muda. Ada ramai lg tp tak payah sebut.. Tentu ada yg mereka amalkan dan kita perlu korek rahsia dari mereka supaya kita pun akan kelihatan muda. Yg perempuan pulak... maaf.. aku rasa kebanyakannya dah ”lebar2” kecuali ......jd susah nak komen. Mgkn mereka menjadi lebar kerana terlalu lama jahit baju anak atau terlalu lama duduk kt depan computer. Tapi entahlah... hakikatnya ramai yg ”lebar lebar”.. Mgkn jg kerana aktiviti mereka di batasi oleh suami dan anak..
Aku rasa kita masih perlukan aktiviti selain dari beribadat agar kita tidak terpancing kearah keuzuran atau kemaksiatan. Ada yg minat Fishing ( Mimbar), Golf (Norsham), Scuba ( Said) etc. Semuanya memberi ketenangan kepada pencintanya dimana ketenangan ini diperlukan agar kita menjadi lebih sihat dan tenang dalam menjalankan ibadat. Mgkn mereka blh kongsi dgn kita knp hobby itu yg mereka pileh atau ada sesiapa yang boleh kongsi supaya masa kita tak hilang begitu sahaja.. Rasulullah juga suka menunggang kuda dan memanah.
Kepada yg tercari2 aktiviti luaran , aku ada satu cadangan yg kita boleh dikongsi demi kesihatan kita..Aku cadangkan minat2lah tanam pokok bunga atau pokok buahan. Bayangkan jumlah semut , kerengge atau burung yg berlindung atau buat sarang dari pokok yg kita tanam dan unggas2 ini setiap saat berdoa untuk kesejahteraan orang yang menanam pokok ini . Jangan marahkan siput babi yg makan bunga atau sayur kita kerana apa yg siput itu makan merupakan pahala untuk penanamnya ..
Hari raya semakin dekat, ayuh kita penuhkan rumah kita dengan apa pun tumbuhan. Begitu juga sekolah atau pejabat kita. Pahala kita dapat. Kecantikan kita dapat. Kesihatan juga kita dapat.. Dan kalau pun ianya dimusnahkan oleh serangga, kita masih mendapat pahala. Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Segalanya dirahsiakan dari kita.

Allah kadangkala menyembunyikan matahari..

Dia datangkan awan hitam,petir dan kilat..
kita menangis, meraung dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar yang terang dan cantik
Rupa2nya.. Allah mau hadiahkan kita pelangi.
Yang lebih cantik dari sinaran matahari.....

Pandanglah... Lihatlah...
Tiru macam aku...

Ulasan

fati berkata…
Lan,
kalau kat negeri Arab, depa suka kalau isteri depa lebar2, itu menandakan depa pandai bagi isteri makan cukup-cukup...... tapi suami kurus pulak, maknanya suami tu kerja tak berenti2 sebab nak bagi bini makan....., boleh apply kat sini tak teori tu?
kembara kelana berkata…
pertama bab tanam pokok,
sesiapa suka tanam pokok ..umurnya panjang. sesiapa nak umur pendek...musnahkan pokok...
kedua bab isteri lebar..
biasalah tu, aku susah hati kalau dah tua tua ni, bini aku still lkawa macam baru kawin...buruk akibatnya, lebar sikit biasalah...sesuailah dengan masa, jangan susah hati..sakit bukan duduk pada lebar dan slim badan, tetapi penjagaan badan tu sendiri. pada aku lebar ok per..tak payah pakai tilam pun boleh wresling.

ketiga penulis itu sendiri
aku terpikir apa aktiviti dia dalam ladang yang luas tu, nak ronda, pakai hilux, nak balik rumah pakai kereta, ke pejabat? aku nampak lan dgn aku 2x5 jer lah...lepak sana lepak sini...apapun kau memang banyak memberikan buah fikiran bernas lan...thanks.

lastly bab mimbar lastik kucing
nilah ragam berjiran bar..apa kata kau bela anjing kat rumah kau, kau gunakan kawalan biologi, anjing tu kau tambat dari kau lastik dia...sakit bar kena lastik..tapi ada anjing malaikat rahmat tak masuk rumah...apa kata kau bela angsa..biar dia sudu kucing yang nak melepas tu, atau kau rakam anjing menyalak dan kau mainkan bila kau nampak kucing..kalau susah sangat kau beli lagi cili api, kau cilikan kucing yang tak sekolah tu bar..
pakroslan berkata…
Salam Mimbar,
aku rasa kawasan rumah kau tak de tikus. Bayangkan kerosakan yg tikus buat berbanding dgn taik kucing? sabar bang...
pakroslan berkata…
Salam fatimah,
rasanya org arab suka yg tembam dari yg lebar....
Salam Sop,
Bglo aku tepi jalan Bahau - Muadzam. Tepi jalan atas bukit...
Sila mampir
g berkata…
ini sudah masuk isu sensitif, personal dan seksis. penulisnya nak kena tinju. aku ada glof.
fati berkata…
Hahahaha...padan muka kau Lan!
kembara kelana berkata…
padan muka kau lan...sekali lagi kau sebut bab lebar lebar...aku akan ke bangla kau bawak glof
pakroslan berkata…
Salam Faudziah,
awak tak lebar cuma centre of gravity awak tak constant..
Salam Sop n fatimah,
tak de sapa yang nak buat batu cincing dgn batu api....
hazeleyed lady berkata…
Salam.
Saya setuju betul ...
saya suka bertanam...sukakan kucing...tapi berkali kali terpaksa hanta kucing ke tmpat lain bila dia mula nak masuk rumah jiran...sedih sebab jiran jenis tak suka...
p/s...mungkin sebab ni walaupun dah setengah abad...saya tak 'lebar' hahaha!
kembara kelana berkata…
terima kasih hazeleyed..berkunjung blog kumpulan kami ini...
lan
lagu khas untuk kau..oh dimana..ddlyod...lagu ni permintaan abg asri kita
asri berkata…
Macam lain je lagunya entri pakroslan kali ni. Melodinya macam lagu nasyid je. Nak dekat bulan puasa kot. Ada sense of ketuhananlah.
kembara kelana berkata…
asri, aku masukkan lagu tu atas permintaan kau lah tu...hehehehehe ada video klip lagi tu

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI