Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Udang Petai Masak Pedas

Imej
Salam alaik, Saya telah update Blog www.KenaliArabia.com dengan artikel bertajuk Udang Petai Masak Pedas . Hai kenapa lah pulak blog Kenali Arabia bertajuk macam blog resepi nih? Dah takda modal ke? Foto di atas adalah Khazanah Laut Merah yang telah di-SelatMelaka-kan di dalam hidangan Melayu di Jeddah. Kali ini www.KenaliArabia.com meninjau suasana kehidupan seorang wanita Melayu di Jeddah bersama-sama suami dan anak-anaknya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Ibu Pertama Di Dunia

Salam alaik, Setelah lama tidak berada di ruangan web kerana kesibukan, kini saya berpeluang untuk berkongsi di Blog KenaliArabia. com dengan artikel bertajuk " IBU PERTAMA DI DUNIA ". Artikel ini menggambarkan bagaimana bandaraya Jeddah memberi kaitan istimewa di antara Sitti Hawa, Sayyidina Osman, Empayar Ottoman dan rakyat Malaysia zaman ini. Saya juga memuatkan beberapa foto yang mempaparkan suasana. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada pembaca.

KE JB JUMPA CIKGU RAHMAN

Imej
Sempena cuti agak panjang aku ke JB ke rumah kak long (ipar). Kebetulan mertua juga ada di rumah kak long. Dah sampai JB aku merancang untuk ke rumah Cikgu Rahman Karim. Lepas Isyak aku call dia. dia free dan ada di rumah. Aku minta alamat dan save dalam favourite GPS aku. jam 9.15 mlm aku shoot ke rumah dia. Aku nak sangat tengok gambar arwah cikgu Zaleha. Macam dia tahu-tahu pulak. Dia keluarkan album. Aku puas dapat menatap gambar arwah. Dari masa dia muda sampai arwah tua. Cikgu Rahman sedang melawat blog sekolah dan aku melihat album gambar foto arwah Cikgu Zaleha. Isteri Cikgu Rahman dan isteri aku dengan Cikgu Rahman melawat blog memancing aku. Jam 12.00mlm Cikgu Rahman ajak minum (sebenarnya makan) kat Danga Bay. Adik-adik ni dari UiTM Shah Alam dalam perjalanan ke Shah Alam selepas melawat S'pore yang snap foto aku dengan Cikgu Rahman. Terima kasih nak..(dia orang panggil aku pakcik!) padan muka aku... Esok Saadiah pulak ajak datang rumah dia...

Melawat Dr. Sha'ri di KPMC, Kajang

Imej
Sha'ri di samping isteri dan anak bongsunya Lokman dan Irfan - dah macam lama berkawan budak dua orang ni Pagi tadi aku berkesempatan melawat Sha'ri di Bilik Berlian Kajang Plaza Medical Centre. Aku tahu mengenai kemasukan dia ke spital bila baca emel yang dikirim oleh Mohsien Sies. Terus aku kol Sha'ri dan bila confirm dia masih kat wad, aku terus SMS kepada beberapa orang rakan. Rupanya ramai juga rakan yang dah tahu tapi tak sempat nak masukkan dalam blog. Sha'ri kata dia warded sejak hari Isnin. Masa tu keadaan dia memang teramat teruk tapi alhamdulillah semakin hari semakin pulih dan masa aku datang keadaan dia dah agak cergas. Dia kata mungkin kena gigit dengan nyamuk aedes tu masa menebas kat tepi rumah selepas balik dari kerja. Waktu pertukaran terang ke gelap tu kan waktu yang paling digemari oleh si aedes. So moral of the story ...jangan menebas! Hehe gurau aje.

Cucu Pertama - Emir Faiz

Imej
Salam sume, Terima kasih pada kawan2 yg mengucap tahniah diatas kelahiran cucu pertama saya. Masa saya dpt anak yg pertama dulu, Ahmad Hambal pada umur 19 tahun, saya mcm rasa agak terkedu juga apabila membayangkan yg saya telah menjadi seorang bapak pada masa yg sgt muda. Tak bole nak bayangkan...sehingga saya bertanya pada diri yg betul ker ni? Dahlah jauh dari keluarga(masa tu kat Reading, England) and masih student lagi. Betul2 macam satu mimpi. Tapi alhamdulillah saya redha dgn pemberian Allah dan dia telah membantu saya dan isteri untuk menjaganya dengan baik dan agak mudah dan ditambah lagi plak dgn dua org sebelum balik ke M'sia. Sekarang Dia mengurniakan saya dgn cucu plak...pada hari Rabu lepas pukul 11.30mlm, dan tak rasa terkedu lagi dah. Syukur Alhamdulillah, menantu saya dan cucu sihat2 jer. Saya baru dpt mms dari anak saya smlm(Luqman Hakeem) menghantar gambar cucu Emir Faiz. Lama tak dukung baby...seronok rasanya nak dukung baby...cucu plak tu.. Semoga Allah menjadi...

Tahniah Norsyam

Sekitar pukul 10.00 pagi tadi Sameha menalipon memberitahu berita gembira , Norsyam sudah dikurniakan dgn gelaran 'datuk'. Tahniah Norsyam dan cikgu Nor kerana telah dikurniakan dengan seorang cucu lelaki malam semalam. Semoga bertambah cerialah kehidupan mereka sekeluarga. Amin.

SELAMAT HARI LAHIR

Kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun yg ke 48 pada 21 Januari 2009 untuk sahabat kita 1. ADZAHARI IHSAN (5M2) dengan ucapan semoga di berkati Allah selalu, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari mara bahaya, dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Amin dari semua rakan taulan SPM/MCE batch 1978

hentikan

salam sejahtera kawan kawan. selamat berhujung minggu yang panjang tak lama lagi..kalau kat sekolah sampai rabu, khamis baru start kerja. aku mohon maaf kerana pengabaian yang terjadi dari aku terhadap blog kita ini dari aku, beberapa sebab dan alasan yang melanda aku sejak akhir ini, laptop pun tak ada, demam selsema pulak....permintaan yang banyak dari pelanggan dan sedikit tekanan implisit ..menyebabkan aku kurang menzirahi blog. alhamdulilah, entri tentang selamat hari jadi untuk para sahabat kita terus berjalan dan terima kasih untuk fati kerana entrinya itu...ada dua lagi yang tinggal adzahari dan batan. nanti aku entrikan pulak senarai sahabat kelahiran februari di kaki blog...mungkin aku tak berkesempatan membuat post harap kawan yang lain..tolonglah postkan. itu adalah aktiviti sepanjang tahun 2009 ini..tanda kita saling ingat mengingati antara satu sama lain hentikan dari memanggil nama gelaran semasa di sms dulu...mungkin kawan kita [selepas 31 tahun tidak selesan dengan pan...

To The Israeli Soldier

Listen and listen well O! One who could have been our brother For we are one people, whether you like it or not You are a Semite, A son of Israeel (Isaac) I am a Semite, A son of Ismaeel (Ishmael) Our father, the father of both you and I Is Ibrahim (Abraham) Or are you one who will even deny his own father? Listen and listen well O! One who could have been our brother We will die on our feet But we will not live on our knees. You know how to kill, But we know how to die Hitler gassed 6 million of you, But he could not kill your spirit Those who died only made stronger, those who remained alive Why then do you imagine; that if you become Hitlers The results of your 'gassing' Would be any different? Listen and listen well O! One who could have been our brother Just as others silently watched you going into the gas chambers Others silently watch us burying our children, the children that you continue to kill But we remind ourselves That the blow that does not break the back, only ...

SELAMAT HARI LAHIR

Kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun yg ke 48 pada 20 Januari 2009 untuk sahabat kita ROHANA SAHARA (5m2) dengan ucapan semoga diberkati Allah selalu, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari mara bahaya, dan bahagia di dunia dan di akhirat. Amin. dari semua rakan taulan SPM/MCE batch 1978

Peluang di Arabia

Salam alaik, Saya telah sediakan ruangan PELUANG di www.KenaliArabia. com kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat mencari rezeki di Arabia. Ada pelbagai jenis peluang di sini dan saya akan mengemaskini maklumatnya. Peluang mungkin dalam bentuk perniagaan, perundingan, pekerjaan dan memberi latihan. Jangkamasa setiap peluang adalah berdasarkan kehendak rakan-rakan saya di Arabia. Ia mungkin jangkapendek atau jangkapanjang atau berdasarkan kontrak. Bagi peluang sebagai Perunding dan Jurulatih ( jangkapanjang atau pendek ), salahsatu daripada kemahiran penting adalah Bahasa Inggeris. Dalam pada itu, jika anda juga berkemahiran berbahasa Arab, maka peluang anda lebih banyak lagi. Namun, syarat pertama/utama adalah Bahasa Inggeris kedua ialah kelulusan dan ketiga adalah ahli kepada mana-mana institusi profesional. Untuk maklumat lebih lanjut sila ke : www.KenaliArabia. com

SELAMAT HARI LAHIR

Kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun yg ke 48 pada 19 Januari 2009 untuk sahabat kita Jasmani Karimin (5m1) dengan ucapan Semoga diberkati Allah selalu, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari mara bahaya dan bahagia di dunia dan di akhirat Amin. dari semua rakantaulan SPM/MCE batch 1978

Ayahanda Mohd Razif Hj. Yahya kembali ke Rahmatullah

Kekawan semua, pagi ini dapat SMS daripada Razif aka Atuk mengenai ayahandanya Hj. Yahya Ikram yang telah pergi buat selama2nya pada 17 Jan 09 jam 10pagi di Hospital Pakar Pantai, Batu Pahat, Johor. Kepada Razif dan keluarga, takziah dan banyak2lah bersabar. Sama2lah kita mendoakan semoga rohnya dicuri rahmat dan dimasukkan dikalangan orang2 yang soleh. Al Fatihah P/S Razif contact no. 013.360.4228

Ooooo..... Rupa-rupanya inilah dia orangnya

Imej
Syed Mohamad dan keluarga baru sahaja berpindah ke rumah di Kajang Prima ni. So dia buat kenduri doa selamat sambil menjemput rakan-rakan berdekatan. Jadi inilah dia rupa-rupanya empunya tangan-tangan yang membuat angkara dalam posting tempoh hari. Terima kasih Syed Mohamad.

INGATAN TULUS IKHLAS

SELAMAT HARI LAHIR Kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun yg ke 48 untuk sahabat kita TUAN HJ ADNAN BIN AFFANDI (5M1) JAMIL BIN SHAHRAN ( 5M2) pada 15 Januari 2009 dengan ucapan semoga diberkati Allah selalu, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari mara bahaya, bahagia di dunia dan di akhirat, panjang umur ( agar dapat berjumpa lagi) AMIN dari semua rakan taulan SPM/MCE batch 1978

Usop Datang Serdang....Bestnya

Imej
Salam. Aku seronok hari ni, Usop dan keluarganya sempat singgah rumah aku sewaktu datang melawat anaknya. Tapi aku tak dapat jumpa anaknya sebab anaknya telah di'kidnap' oleh Abakariya.... Abakariya dan isteri pun sempat singgah lepas dari menghadiri kenduri di Putrajaya. Terima kasih.... Seronoknya kami sembang... Walaupun tak puas bercerita, tapi syukur alhamdulillah tuhan pertemukan kami selepas reunion hari tu... Rahman aje yang tak sampai... huhuhuhu...

Ibu Saadiah Di Hospital

Jam 10.10 malam aku menerima sms dari Saadiah Ahmad 5M1 mengatakan bahawa ibunya sedang dirawat di hospital besar Johor Bahru. Aku wakil seisi keluarga aku mendoakan semoga ibu Saadiah cepat sembuh dan Saadiah serta keluarganya selamat pergi dan balik dalam perjalanan melihat ibunya yang tersayang. Semoga selamat semuanya

Abang...Berdoalah Untuk Saya

Imej
Palestina " Ya Allah, selamatkanlah dan bebaskanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin dan serata pelusuk dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka." …Amin

KITA RAMAI-RAMAI BOIKOT

KITA BOIKOT BARANGAN USA. PAKAT KITA SOKONG PPIM AYUH....!

SELAMAT HARI LAHIR

Kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun yg ke 48 untuk sahabat kita SAADIAH AHMAD (5M1) pada 7 Januari 2009 dengan ucapan semoga diberkati Allah selalu, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari mara bahaya, bahagia di dunia dan di akhirat, panjang umur ( agar dapat berjumpa lagi) AMIN dari semua rakan taulan SPM/MCE batch 1978

Anak Arab Comel & Daredevil

Salam alaik, Anak-anak Arab memang comel. Tapi nakal mereka bukan main lagi. Kalau nakal campur berani, lagilah ligat jadinya. ( Teringat masa saya kecil-kecil dulu. Sakit kepala mak bapak saya.). Kat Saudi, bila anak-anak dah besar sikit, mainan utama mereka ialah kereta. Bila dapat kereta atau naik kereta, mereka jadi DAREDEVIL. Kali ini, blog www.KenaliArabia.com , mempaparkan 2 video lagak ngeri oleh anak-anak Arab, nota memandu di Arabia, sewa kereta dan TIP AY KALAM ( bahasa Arab Pasar ) yang mudah belajar. Semoga dapat memberi manfaat dan panduan kepada sahabat-sahabat semua.

Program Motivasi dan Ceramah Kerjaya di SMSJ

Lanjutan daripada reunion kita tempuhari, pihak sekolah ada menyuarakan jika bekas2 pelajarnya menyampaikan ceramah motivasi dan kerjaya kepada pelajar2 SMSJ pada perhimpunan pagi mingguan mereka iaitu pada hari Isnin. Saya telah pun berbincang dengan lebih lanjut dengan GPK 1 nya dan mencadangkan agar ianya dapat diadakan pada setiap bulan bermula pada Feb depan sehingga Nov. Kepada bakal penceramah, masa yang diberikan adalah lebih kurang 45 - 60 minit dan pihak sekolah akan menyediakan segala keperluan penceramah termasuk tempat penginapan ( bilik khas di asrama), makan & minum dan pengangkutan dari bandar Kluang ke asrama (jika diperlukan). Dengan itu saya meminta pandangan dan cadangan daripada sahabat2 sekelian samada program ini boleh kita laksanakan bersama dan adalah dicadangkan ianya diadakan pada setiap isnin minggu pertama setiap bulan melainkan jika ianya bertindih dengan cuti sekolah maka satu tarikh lain akan ditentukan kelak. Saya akan menyelaraskan program ini deng...

Berjumpa dengan junior

Imej
Orang rumah ada buat appointment & meeting dengan seseorang hari ni. Dia kata bekas SMSJ punya budak, junior aku. Oleh kerana hari ini aku tak ada apa2 temujanji maka aku pun ikut sama. Nama dia AB WAHAB MOHD TAIB 5M2 1979 . Junior kita setahun. Dia usahawan yang berjaya juga, Pengarah Urusan Johor Logistics Sdn. Bhd . Dia menjalankan perniagaan lojistik & penghantaran dan berpengkalan di Pasir Gudang, Johor. Kepada yang ada urusan ekspot barangan ke luar negara bolehlah berurusan dengannya. Kepada sesiapa yang mengenali dia & ingin berhubung ini maklumatnya:- No. Tel:- 07 255 5393 07 251 1771 07 251 2175 (DL) 019 779 0526 (H/P) E-mail : jlogis@tm.net.my wahab@epasa.com.my

Food for Thought - Untuk Renungan Semua

Imej
This is a masterpiece from GEORGE CARLIN who lost his wife and George followed her, dying July 2008) Isn't it amazing that George Carlin - comedian of the 70's and 80's - could write something so very eloquent...and so very appropriate: The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways, but narrower viewpoints? We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness. We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom. We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often. We've learned how t...

SELAMAT HARI LAHIR

Kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun yg ke 48 untuk sahabat kita ZAUYAH RAHMAT (5m2) pada 6 jANUARI 2009 dengan ucapan Semoga diberkati Allah dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, di jauhkan dari mara bahaya dan berbahagia selalu. Amin dari semua rakan taulan SPM/MCE batch 1978 dan keluarga

What Say You

Here's something funny and logical for all my friends out there... whether you're involve directly or indirectly in marketing... Defining Marketing 1. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say: " I am very rich. Marry me! " - That's Direct Marketing " > 2. You're at a party with a bunch of friends and see a gorgeous girl. One of your friends goes up to her and pointing at you says: " He's very rich. "Marry him." - That's Advertising " > 3. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and get her telephone number. The next day, you call and say: " Hi, I'm very rich. "Marry me - That's Telemarketing " > 4. You're at a party and see gorgeous girl. You get up and straighten your tie, you walk up to her and pour her a drink, you open the door (of the car)for her, pick up her bag after she drops it, offer her ride and then say:"By the way, I'm rich. Will...

Brothers In Arms

It is sibling rivalry at a grand scale all in God’s will. On one side is humbly destitute the other is merciless with friends so powerful beyond bound. Their courtyards are the killing fields. The world is watching crying blood. The story of this neighbourhood conflicts went beyond the Yom Kippur War. The Black September was only one of the many sidekicks to the successive intifada. One has to go back to the stories of children of Isaac and Ishmael to make sense of the everlasting war between the generations of fighting brothers who never know nor understand what peace is. Mark Knopfler with his mesmerizing guitar twang wrote Brothers In Arms to sing his heart out for the world to listen, the world did listen, not to the Palestinians’ plight but to Dire Straits’ best album instead. Zubir Ali did the same, crooning Gadis Kecil in a lullaby manner. Dr Mahathir’s drew nine commandments in his Year 2009 wishes to Barack Obama urging the president elect to-be to stop killing people, for war...

Angkara Siapa Ni?

Imej
Asalnya begini.... Mula-mula ada 1, 2, 3, 4 dan 5 tangan. Yang satu tu macam tangan junior aje. Hmm.....tambah lagi Perjalanan diteruskan tapi dah kurang satu tangan. Yang junior dah surrender Brrppp!!! Alhamdulillah. Nasi briyani berlaukkan kambing yang kelihatan dan sememangnya menyelerakan dihidang di dalam dulang. Tau ajelah pak arab punya mesti power. Mertua lalu kat belakang sahlah tak akan nampak. Tak cukup dengan apa yang dihidang di dalam dulang tersebut, ditambah pulak dengan semangkuk lauk kambing lagi. Sap, sup, sap, sup...... Tetiba tak semena-mena sejurus selepas itu, semua selesai! ..... Jap tadi ada, sekarang dah tak ada. Ibarat macam ada David Copperfield atau macam dalam rancangan Fuyo Magic. Bukan hidangan dalam dulang tu aje yang selesai, malah kueh kole kacang dan kueh lapis kat tetingkat tu pun mangsa dighaibkannya sama.

Apa kabo?

Imej
Salam alaik sahabat-sahabat semua, Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Saya masih tak dapat balik Malaysia. Rasa ghalat betul tak dapat join Usop kat Shah Alam. So, saya hantar berita dari Riyadh aje lah. Foto kat atas ni Roti Tamis besar tayar kancil. Rupa macam roti Nan tapi lain sikit. Ada berbelas jenis roti kat Riyadh. Foto kat atas ni towkey restoran Yemen. Kat sini ada banyak jenis makanan tradisional. Bubur Yemen kat atas namanya Ma' Sob. ( bukan Usop ). Buat daripada roti + madu + cream + pisang + tepung gandum whole wheat. Memang sedap. Kalau makan pagi, kenyang sampai petang. Diet yang baik penuh serat, mineral, vitamin dan khasiat madu. Ada banyak lagi berita yang saya letakkan kat sini : www.KenaliArabia.com Sapa baca Blog tu, bila tiba Riyadh nanti, macam ikan masuk dalam air .... ( atau macam Badwi masuk Padang Pasir.... rasa lapang dada )

USOP KE SHAH ALAM

Imej
Usop datang ke Shah Alam pada 31 Disember 2008. Dia menghantar anak sulongnya ke UPM untuk menjawat jawatannya yang pertama dalam hidupnya dan permulaan untuk berdikari. Sehubungan dengan itu Usop memilih untuk bermalam di rumah aku. Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan. Aku pun merancang apa yang aku nak buat. Aku cadang dengan isteri untuk membuat majlis makan malam ala kadar dan memanggil beberapa kawan yang berhampiran untuk hadir. Aku ajak Sukimin, Fuad, Arbakariya, Rahman, Md Noor, Razip (Achong), Elyas dan Azhari. Malangnya Azhari tidak dapat hadir. Semua hadir dengan isteri masing-masing kecuali Rahman, Razip dan Elyas. Rahman sampai agak lewat kira-kira jam 9.30 malam. Dan Elyas sampai jam 12.30 malam. Elyas lewat sebab dia baru touch down jam 9.30 malam dari Sydney. Aku respek dia ni sanggup datang jugak. Meriah dan aku sangat puas hati, semua berjalan lancar seperti yang aku hendak. Rahman dan Usop adalah penyeri majlis aku. Dia orang ni memang ‘tukang karut’ berbakat. Maca...