Aku menghisap rokok sejak tingkatan 1 lagi. Walaupun masa itu aku bersekolah di SMSJ dan tinggal di asrama, namun perangai buruk menghisap rokok dapat dilakukan juga. Ramai dikalangan kawan2 seasrama dengan ku menjalankan aktiviti menghisap rokok. Walaupun diketahui bahawa menghisap rokok adalah satu kesalahan besar bagi penghuni SMSJ, namun aktiviti merokok ini terus berleluasa. Aktiviti ini dilakukan secara sembunyi. Namun demikian ada dikalangan perokok SMSJ ini tidak bernasib baik, ditangkap oleh warden termasuk aku. Aku boleh dikatakan setiap tahun ditangkap menghisap rokok di dalam asrama. Hanya tingkatan 1 dan tingkatan 5 sahaja aku bersih tidak ditangkap. Aku berterima kasih kepada warden dan member pengawas kerana telah memberi aku peluang untuk terus menginap di SMSJ. Hingga sekarang aku masih lagi seorang perokok. Akau tidak pernah berhenti daripada habit merokok ini, kecuali aku berpuasa di siang hari. Namun demikian aku menanam tekad untuk berhenti merokok, tetapi tidak ta...
Ulasan
Saya juga nak tolong sebarkan pada kekawan semua, esok 10 jan, Aman Palestin akan mengadakan rally Rise For Gaza kat Stadium Melawati Shah Alam, jam 10 pagi(Sabtu). Tolong kerah seramai mungkin termasuk anak2 utk tunjuk keperihatinan kita.Al Jazeera TV akan buat liputan.Kalau boleh bawalah banner/kain rentang in english, malay atau apa2 bahasa pun. Kita juga mungkin boleh menderma semampunya. Setidaknya dapatlah membeli ubat-ubatan utk mangsa.