hentikan

salam sejahtera kawan kawan.

selamat berhujung minggu yang panjang tak lama lagi..kalau kat sekolah sampai rabu, khamis baru start kerja.

aku mohon maaf kerana pengabaian yang terjadi dari aku terhadap blog kita ini dari aku, beberapa sebab dan alasan yang melanda aku sejak akhir ini, laptop pun tak ada, demam selsema pulak....permintaan yang banyak dari pelanggan dan sedikit tekanan implisit ..menyebabkan aku kurang menzirahi blog.

alhamdulilah, entri tentang selamat hari jadi untuk para sahabat kita terus berjalan dan terima kasih untuk fati kerana entrinya itu...ada dua lagi yang tinggal adzahari dan batan. nanti aku entrikan pulak senarai sahabat kelahiran februari di kaki blog...mungkin aku tak berkesempatan membuat post harap kawan yang lain..tolonglah postkan. itu adalah aktiviti sepanjang tahun 2009 ini..tanda kita saling ingat mengingati antara satu sama lain

hentikan
dari memanggil nama gelaran semasa di sms dulu...mungkin kawan kita [selepas 31 tahun tidak selesan dengan panggilan masa dulu itu ] seperti kita panggil atuk, tenok, tonggek, kutu, dayak, maging, batan, majan, konyem, kojeb, bagio, gajah, stone, arab dll. cukuplah tu...kita panggilah nama yang sebenar atau namanya...namun ini hanyalah cadangan dari orang kecil dari tempat terpencil. kalau tak mahu menerima cadangan ini pun tak apa..

hentikanlah..kerana kita dah tua dan blog ini juga di baca oleh anak anak kita serta ramai lagi junior dan senior kita..kerana apa yang kita lakukan akan reflek kembali kepada kita semua

hentikanlah menanggil nama gelaran yang aku rasa tak relevan lagi tu walaupun mulut kita lebih mudah memanggil bagio dari roslan.

apa kata anda semua

Ulasan

Azida berkata…
Salam. Sehari suntuk sibuk... baru berkesempatan buka blog. Alhamdulillah... Usop dah sihat dari demamnya dan kembali bersama kita.

Setuju bebeno le dengan cadangan yang diutarakan. Memang benar gelaran tu macam dah terlalu sukar untuk dibuangkan.. mungkin ada yang kurang senang pun.. tapi kerana kita orang timur...perkara tu tak akan disuarakan. Nama yang ayah dan ibu berikan tu cukup indah.. dan diberi dengan penuh kasih sayang.. biarpun mungkin ada yang tak de makna...
fati berkata…
Di kalangan geng perempuan , selalu akulah yg suka ubah nama dia orang ni. Ubah tu samada bertujuan untuk memudahkan panggilan, atau pangilan ala-ala manja gitu. Kalau Sadiah jadi "Sad", Zubaidah jadi "Bed", Habibah jadi "Bib", Latifah jadi "Tipip", Noraini jadi "Noni", Arbakyah jadi "Embak"...dan ramai lagi. Rasanya, kalau kekawan perempuan ni tak jadi kecik hati kot...( kalau kecik hati selama ni aku mintak maaf bebanyak naa..)

Yang lelaki, rasanya, yg aku dok ubah cuma Kamisan aje..."gajah" tu , terikut budak lelaki panggil gitu. Takpelah, aku panggil Din balik...hehehe, "wak" tak pe kan?

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI