Selasa, 20 Januari 2009

Peluang di Arabia

Salam alaik,

Saya telah sediakan ruangan PELUANG di www.KenaliArabia. com kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat mencari rezeki di Arabia. Ada pelbagai jenis peluang di sini dan saya akan mengemaskini maklumatnya.

Peluang mungkin dalam bentuk perniagaan, perundingan, pekerjaan dan memberi latihan. Jangkamasa setiap peluang adalah berdasarkan kehendak rakan-rakan saya di Arabia. Ia mungkin jangkapendek atau jangkapanjang atau berdasarkan kontrak.

Bagi peluang sebagai Perunding dan Jurulatih ( jangkapanjang atau pendek ), salahsatu daripada kemahiran penting adalah Bahasa Inggeris. Dalam pada itu, jika anda juga berkemahiran berbahasa Arab, maka peluang anda lebih banyak lagi. Namun, syarat pertama/utama adalah Bahasa Inggeris kedua ialah kelulusan dan ketiga adalah ahli kepada mana-mana institusi profesional.

Untuk maklumat lebih lanjut sila ke : www.KenaliArabia. com

2 ulasan:

kembara kelana berkata...

man
terima kasih..kau memang hebat man...satu lagi kena ada ilmu silat man..baru pak arab tu cuak sikit

Azmanar berkata...

Salam Usop,

Pak Arab kat sini sibuk dengan Hapkido dan Jeet Kundo. Aku dah pergi tempat mereka berlatih.

Budak-budak belum masuk sekolahpun pergi belajar. Yang dah tua-tua pun masuk belajar sebab nak sihat.

Bab jadi jurulatih dalam bidang yang aku war-war kan tu ialah untuk syarikat Saudi kat sini yang dah ada connection dgn semua institusi professional Malaysia.

Cuma yang mereka cari sekarang ialah tenaga jurulatih. Dalam sebelum mungkin ada 5 hari seminar. Jurulatih sediakan visa dan akan bayar fee, hotel, air-tiket dan transport local.

Takda ke x-SMSJ yang minat?

Aku nampak Shaari boleh ajor pasal QM. Tapi dia tak menyahut sebab sibuk agaknya.