Jumaat, 23 Januari 2009

Cucu Pertama - Emir Faiz

Salam sume,

Terima kasih pada kawan2 yg mengucap tahniah diatas kelahiran cucu pertama saya. Masa saya dpt anak yg pertama dulu, Ahmad Hambal pada umur 19 tahun, saya mcm rasa agak terkedu juga apabila membayangkan yg saya telah menjadi seorang bapak pada masa yg sgt muda. Tak bole nak bayangkan...sehingga saya bertanya pada diri yg betul ker ni? Dahlah jauh dari keluarga(masa tu kat Reading, England) and masih student lagi. Betul2 macam satu mimpi. Tapi alhamdulillah saya redha dgn pemberian Allah dan dia telah membantu saya dan isteri untuk menjaganya dengan baik dan agak mudah dan ditambah lagi plak dgn dua org sebelum balik ke M'sia.

Sekarang Dia mengurniakan saya dgn cucu plak...pada hari Rabu lepas pukul 11.30mlm, dan tak rasa terkedu lagi dah. Syukur Alhamdulillah, menantu saya dan cucu sihat2 jer. Saya baru dpt mms dari anak saya smlm(Luqman Hakeem) menghantar gambar cucu Emir Faiz.





Lama tak dukung baby...seronok rasanya nak dukung baby...cucu plak tu..

Semoga Allah menjadikan Emir Faiz dan cucu2 yg lain nanti insan yg taat pada Allah, berjasa pada agama, keluarga serta negara dan berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.

Insyaallah saya akan turun ke KL utk tengok cucu mlm ni dan akan berada di KL utk beberapa hari. Harap dpt jumpa kawan2 di KL nnti. Mohd Khir, jgn lupa nanti kita nak pegi makan makanan arab dgn Azman Rahman. Dia balik esok kot. Jomlah kwn2 yg lain join sama....juga Hafizah yg saya belum jumpa lg serta kwn2 perempuan yg lain.

6 ulasan:

fati berkata...

Fuyo....comelnya, mesti tak puas cium dia ek....namanya pun sedap. Tahniah lagi sekali! Aku tumpang. seronok

mohd noor berkata...

Latuk Syam, sorryle... tak dapat nak join... akan berada di K Terengganu during CNY holidays Be back on Tuesday.....

Azida berkata...

Salam. Mcm rupa Norsyam.... comelnya.. ikut atuk dia hehehe. Tentu teramat seronok rasanya kan? Sayangnya lebih daripada anak sendiri. Anak Syam duk kat mana di KL?

Noorsham berkata...

Aku tak dpt nak bertolak plak mlm ni sbb keta aku tiba2 rosak tghari td sbb kata pomen ada problem dgn sensor...jd kena masuk woksop dulu. Kena tow dari sp ke seberang jaya sbb kat situ jer ada service centre Chevrolet... kwang..kwang..kwang...jadinya besok jerlah baru bole ke KL insyaAllah.

Hah?...mcm rupa aku kau kata Azie...ye kot, slalu org pompuan jer yg nampak apa yg org lelaki tak nampak...hehehe. Anak aku tinggal kat Puchong, tp skrg ni dia dgn menantu balik ke rumah parent kat Gombak.

kembara kelana berkata...

sham
tahniah tahniah jugak. bila kau dah bergelar datuk..kau dah kena ubah sikit stail kau...kau tak boleh rugged sangat, gurau kau kena kontrol..marah pun sama..kau kena banyak baca buku cerita supaya bila cucu kau nak dengar cerita, kau sebagai datuk akan cerita..jangan ualng cerita yang sama..cucu kau akan boring...kau kena pakai kopiah dan tongkat kena ada satu..stadby..mana lah tau, cucu kau nak bergambar..baru nampak stail datuk kau tu...kat kereta kau kena pasang logo, macam datuk datuk punya kereta, keta pun cari keta yang tua dan klasik. aku harap dapat cium cucu kau tu, sebab kau tok cam bin yusof..aku ialah.. moyang dia. hahahahaha

Azmanar berkata...

TAHNIAH TAHNIAH CHAM...

Kau sudah ada cucu yang sangat comel.

Dari sekarang aku panggil kau Datok dengan pingat DSDC (Datok Setelah Dapat Cucu)dari Raja Saudi. Letak dalam namecard.

Sampai aje, aku call kau dan Usop.