Selasa, 6 Januari 2009

Program Motivasi dan Ceramah Kerjaya di SMSJ

Lanjutan daripada reunion kita tempuhari, pihak sekolah ada menyuarakan jika bekas2 pelajarnya menyampaikan ceramah motivasi dan kerjaya kepada pelajar2 SMSJ pada perhimpunan pagi mingguan mereka iaitu pada hari Isnin. Saya telah pun berbincang dengan lebih lanjut dengan GPK 1 nya dan mencadangkan agar ianya dapat diadakan pada setiap bulan bermula pada Feb depan sehingga Nov.
Kepada bakal penceramah, masa yang diberikan adalah lebih kurang 45 - 60 minit dan pihak sekolah akan menyediakan segala keperluan penceramah termasuk tempat penginapan ( bilik khas di asrama), makan & minum dan pengangkutan dari bandar Kluang ke asrama (jika diperlukan).
Dengan itu saya meminta pandangan dan cadangan daripada sahabat2 sekelian samada program ini boleh kita laksanakan bersama dan adalah dicadangkan ianya diadakan pada setiap isnin minggu pertama setiap bulan melainkan jika ianya bertindih dengan cuti sekolah maka satu tarikh lain akan ditentukan kelak.
Saya akan menyelaraskan program ini dengan pihak sekolah sekiranya persetujuan kita bersama telah dicapai dan penceramah2 yang diperlukan telah kita kenal pasti. Harap program ini menjadi titik tolak kita bersama untuk menyumbang kembali kepada sekolah yang banyak memberikan kita ilmu dan pengalaman di dalam meneruskan kehidupan kita seterusnya.

8 ulasan:

Said Ahmad berkata...

Ceramah pertama dicadangkan pada 2 Feb. akan datang.
Rasanya orang KL,Putrajaya & Labuan bolehlah volunteer jadi penceramah pertama kot, sebab cuti FT day carried foward.
1 Feb. ada MG kat rumah Ida di Serdang.
Mungkin saya akan hadir di sana. Selepas tu kita gi lah ke sekolah tidur semalam kat asrama dapat rasa nostalgianya tapi kali ni mungkin kena buat rondaanlah , jadi wardenlah pulak.

g berkata...

Saya tempah pada 4 Mei. InsyaAllah.

Noorsham berkata...

g, saya pun nak dtg dgr ceramah g ni...msti power. Said, boleh amik video tak, kot2 aku tak bole dtg.

g berkata...

Kita malu la.

Said Ahmad berkata...

G,
Thanks a lot for responding.
Sure will block that date for you.
Sham,
tentang video shoot tu akan diusahakan, no worries.

Noorsham berkata...

apa yang nak malu g..we all support you and are proud of your achievements and what better ways than to share it with our 'children' in SMSJ. Afterall, lecturing is already in your vein...go for it gal! My turn will be after my bisnes dah ok n berjaya nanti...insyaallah. Maybe Rahman should go next...ok man?

rahman berkata...

Yah..Sham,..aku pun nak attend Gee punya lecture. There is still a lot to learn. After all learning has no age limit rite? Let me take a peep at my schedule first before I commit myself to it as 2009 is expected to be the most challenging year for any business. God Bless!

kembara kelana berkata...

aku tak suka tengok g beri ceramah,sebab masa tu g kepunyaan ramai orang tapi aku suka makan makan jer dengan g sebab aku masa tu cuma berdua jer dengan g. Kan g kan.. jangan marah...hahahaha