KE JB JUMPA CIKGU RAHMAN
Sempena cuti agak panjang aku ke JB ke rumah kak long (ipar). Kebetulan mertua juga ada di rumah kak long.
Dah sampai JB aku merancang untuk ke rumah Cikgu Rahman Karim. Lepas Isyak aku call dia. dia free dan ada di rumah. Aku minta alamat dan save dalam favourite GPS aku. jam 9.15 mlm aku shoot ke rumah dia. Aku nak sangat tengok gambar arwah cikgu Zaleha. Macam dia tahu-tahu pulak. Dia keluarkan album. Aku puas dapat menatap gambar arwah. Dari masa dia muda sampai arwah tua.
Cikgu Rahman sedang melawat blog sekolah dan aku melihat album gambar foto arwah Cikgu Zaleha.
Isteri Cikgu Rahman dan isteri aku dengan Cikgu Rahman melawat blog memancing aku.
Jam 12.00mlm Cikgu Rahman ajak minum (sebenarnya makan) kat Danga Bay.
Adik-adik ni dari UiTM Shah Alam dalam perjalanan ke Shah Alam selepas melawat S'pore yang snap foto aku dengan Cikgu Rahman. Terima kasih nak..(dia orang panggil aku pakcik!) padan muka aku...
Esok Saadiah pulak ajak datang rumah dia...
Ulasan
Maaf banyak2 sebab tak dapat bersama2 di JB.
Kau call aku dah sampai Grik pergi bercuti.
Kita arrange lain masa. Maaf banyak2.