Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Selamat Hari Raya

Imej
Aku Sekeluarga Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta memohon Maaf Zahir dan Batin. Aku akan berada di Johor pada hari raya kedua dan ketiga. Sukimin b. Juki sukimin@gmail.com 0193330512 Fazidah Joned - Selamat Hari Raya

HAJAT ZIARAH KUBUR CIKGU HJH ZALEHA TERCAPAI

Asalamualaikum. Dalam keluaran bulan Ogos aku ada menceritakan perihal cikgu ku yang tak luput dari ingatan ku. Cikgu Zaleha bte Ibrahim. Dia mengajar aku ketika aku dalam Darjah 3 (1970). Hari ini 28 September 2008 bersamaan 28 Ramadhan 1429 tercapai hajat aku menziarah kubur Cikgu Zaleha di Kampung Api-Api Pontian Johor. Syukur Alhamdulillah.. Perjalanan ke Kampung Api-Api dengan hajat begini dipermudahkan Allah Taala. Aku memang tak tau dimana kubur arwah ini. Cikgu Rahman b. Karim pernah bercakap dengan aku melalui telefon berhubung dengan kubur arwah kira-kira dua bulan lalu. Ianya terletak di Api-Api Pontian.Aku tak catitkan pun. Dalam usia yang semakin meningkat ini ingatan pun dah cepat luntur. Bayangkan, aku berhenti betul-betul di hadapan tanah perkuburan yang dimaksudkan walaupun ada tiga atau empat tanah perkuburan yang aku lalui. Perjalanan ini ditemani isteri aku. Berhampiran tanah perkuburan ini terdapat sebuah kedai runcit. Isteri aku mencadangkan supaya bertanya d...

Kamisan Mat dan Rosmala Paiman

Aku ada terima emel dari dia orang. Info Kamisan Mat Emel: mschia2003@yahoo.com.hk No. HP: Antara kandungan emel dia... gembira bila dapat dengar berita dari kekawan lama. Lama sungguh hingga ada yang aku tak terbayangkan wajah mereka. kau kat mana sekarang. Bila aku baca cerita dlm blog tu seronok juga. kerja kat mana sekarang? Aku kat batu pahat dah balik kampung. rasanya sampai pencen lah aku kat sini. Roziah Tawil kat batu pahat juga, tapi lama dah aku tak jumpa dia, mengajar di sekolah dato' onn simpang lima. So Mimbar, kau mulakanlah operasi Jejak Kaih Kau tu.... Info Rosmala Paiman Emel: issmala@yahoo.com.my No. HP: - Cabutan cerita mengenai dia... Jurutera di Majlis Perbandaran Klang (MPK)....tapi ulang-alik dari Ampang....Istana Idaman di Kg Idaman yang heboh sikit hari tu di bawah MPK lah.... Antara kandungan emel dia.... .....suka abiskan banyak masa aku gi masuk utan & naik Gunung.Gunung2 ngan bukit kat KL banyak aku dah naik kot.... gunung Nuang, gunung Bunga bua...

DAH JUMPA FATIMAH HASHIM

Asalamualaikum, Ntah macamana tercetus idea untuk meminta bantuan Dr Fauziah untuk menjejaki Fatimah. Dulu aku panggil Fatty. Dia gempal sikit. jadi aku emailkan permntaan ini kepada Dr OG (Fauziah) malam semalam. Pagi tadi bila cek email, OG dah respond. Dia bagi no. Alhamdullilah.. No tu no suami Fatty. Kira ok sangat lah. Suaminya nama Rosli. Pensyarah di UPSI. Senior kita. Batch Jamaluddin (Dr). Dia orang masuk SMSJ terus ke form six. Dia tinggal di Tanjung Malim. Suri rumah sepenuh masa. Anak lima. Ada yang di Australia. Yang sulung. 4 pompuan 1 lelaki. No phone aku tak boleh tulis disini. Sapa-sapa nak kena sms kat aku. Email account juga aku dah minta dia buat supaya boleh dihubungi. Dia seorang yang ceria. Setepah 30 tahun baru terdengar suaranya. Fatty terkejut apabila aku bagi tau yang suami Rosnah dah meninggal. Dia kenal dengan arwah. Aku dah beritahu akan program gathering yang akan diadakan pada 13 & 14 Disember 2008 nanti. Tentunya akan berbincang dengan sang su...

KEDAI NOSTALGIA

Tadi aku sempat melawat blog sahabat kita yang terkenal dengan disiplinnya yang tinggi dan tahap kerajinannya mengendalikan blognya. Siapa lagi kalau bukan Sukimin Juki. Kisah uniforn anaknya Irfan.. Aku tak beghapa paham membacanya. Walaubagaimana pun ianya cukup untuk aku mengingatkan kembali kisah kita di SMSJ dulu. Yang aku tertarik ialah 'pakaian branded'. Dulu masa sekolah kedai Wong Chee Leong di Jalan Station adalah tempat yang sering dikunjungi oleh budak-budak SMSJ. Di situ menjual pakaian yang branded seperti, Levi's, Lee, Amco, Texwood, Wrangler dan lain-lain. Kedai tu masih ujud lagi. Aku tahu sebab Mertua aku orang Kluang, Kampung Gajah. Batu 8, Jalan Mersing. Tapi kedai ni dah tak jual levi's lagi. Tokey dia kata tak tahan sebab kat luar boleh dapat levi's dengan harga RM20 je. Satu lagi kedai favorite budak sains adalah Aurora. Di situ yang aku ingat baju Van Housen. Mahal! Beratus harganya. Kedai ni dah tutup. Agaknya budak sains dah tak d...

PERTEMUAN DENGAN FUAD SOIB SELEPAS 30 TAHUN

Imej
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang aku janjikan bahawa aku akan melaporkan pertemuan aku dengan sahabat kita Fuad Soib pada 21 Sept 2008. Apabila sampai tarikh yang dinantikan Fuad meminta aku ke Kopitiam Old Town yang baru dibuka di Jalan Kapar Klang. Walhal dia dah setuju supaya pertemuan ni diadakan di Kopitiam Pak Li di Shah Alam sebelum ini. Aku tak de masalah demi kau Fuad. Tetapi dek kerana aku diserang diarrhoea maka aku minta Fuad ke tempat asal yang dijanjikan. Fuad sampai ke lokasi dalam jam 10.00 mlm. Aku peluk dia. Aku katakan pada dia 30 tahun. Memang itulah. Sejak lepas SPM hinggalah malam tadi aku jumpa dia. Terima kasih pada Said Ahmad yang berusaha mendapatkan no phone Fuad. Dia masih macam dulu. Rambut masih macam dulu. Uban tak kelihatan lagi. Fuad banyak menceritakan kisah yang telah dilalui selama 30 tahun ini. Dia berkahwin dengan gadis pujaannya berasal dari Kota Tinggi. Dia bertugas dengan JPL (Johor Port Logistic) dan ditugaskan di Port Kelang. M...

PERJUMPAAN DGN JANURI DAN ZAINUDDIN DAN BERBUKA PUASA

Imej
Asalamualaiku dan salam sejahtera. Lama rasanya aku tak menulis di dalam blog ini. Bukan apa.. maklumlah aku ni bukan lah berbakat untuk menjadi penulis. Idea tak keluar. Tidak macam Kembara Kelana. Pandai menggubah bahasa sehingga orang yang membacanya akan terus membaca hingga habis. Tulisan aku agak 'plain', 'blunt' atau bahasa ibundaku disebut 'cemplang'. Tapi tak apa. Aku nak kongsi maklumat dengan pembaca semua. Jadi untuk membolehkan aku menulis aku pun mencari idea secara praktikal. Kisahnya kisah benar. Aku mendapat idea untuk menulis dengan mengadakan berbuka puasa dengan Januri Kadeni Dan Zainuddin (Gajah). Kedua-dua cikgu ni tinggal di Banting. Aku ke Banting dan sampai jam 4.30ptg dan menghubungi Januri untuk bertemu di lokasi yang ditetapkan.. Ini lah Januri. Kali pertama sejak 30 tahun tak pernah jumpa.. Januri dah nak buka lapangan terbang. Dah nipis. Tak taulah apa sebabnya. Anak cuma 3 orang je. Ini gambar kami bertiga. Duduk di warung b...

Mahukan Alamat Emel Menggunakan Nama Sebenar Kita?

Kepada yang mahukan alamat emel menggunakan nama sebenar, bolehlah mencuba mendapatkannya dari pembekal-pembekal emel percuma baru sebagai contoh @ymail ( http://www.spacejock.com/yMail.html) dan @rocketmail (dua-duapun sebenarnya yahoo! punya). Kalau setakat domain hotmail, yahoo (266 juta sehingga April) dan gmail (101 juta pengguna sehingga April) rasa-rasanya semua dah kena cop terlebih dahulu dari orang lain yang namanya sama dengan kita. Namun begitu, kita masih boleh mencuba nasib dengan menggabungkan nama-nama kita atau dengan nama bapa kita kerana sekarang hampir semua alamat emel menerima titik sebagai sebahagian daripada alamat emel (zaman dulu-dulu kita kena guna underscore '_'). Kelemahan underscore ialah disebabkan ramai orang akan membacanya sebagai spacebar. Ini terutamanya kalau kita lihat alamat-alamat emel di skrin yang secara automatiknya akan digariskan (underscore) alamat emel tersebut. Jadi apabila pembaca menyalinnya, mereka menyangka underscore pada a...

Blog: Statistik Pengunjung

Imej
Ini data yang di capture oleh Counter blog. Data hanya setakat 11 pagi, 17 September 2008 dan dikira sejak Sabtu lalu). Hmmm...musykil juga eh kenapa Yong Peng dalam kawasan Pahang (Bangi kat N.Sembilan dan PJ kat KL mungkin disebabkan talian akses internet kawasan tu based kat negeri berdekatan dengannya). Apa-apapun kena tanya TMNet ni (Razif?). Semalam Sukri SMS aku beritahu dia kat Sabah. Dia nak tahu siapa yang ada di Sabah dan nak dapatkan contact no. Masa tu aku dalam kuliah jadi sukar nak dapatkan info tu. So pagi tadi baru aku sempat SMS no Fendi dan Khairul pada dia. Jadi untuk memudahkan pada masa akan datang, baru sat ni kat sebelah aku dah senaraikan nama dan contact no serta lokasi member-member yang ada. Jadi kalau nak tahu siapa rakan terdekat, bolehlah semak blog ini dulu. Mungkin ada nama yang tercicir (sebab aku buat dalam masa yang terbatas) atau maklumatnya tak tepat, so emel aje pada Usop atau aku . Kalau ada yang nak jadi admin (untuk bantu kemaskini blog), si...

Sekolah Aini Saleho

salam posa semoga gembira bersama keluarga, diam tak diam, semakin ramai yang mengunjungi blog kita, terima kasih sukimin kerana letak counter dan ada graf sekali untuk mengesan pengunjung blog. Sifu, Guru Besar dan Pakar IT. Tu Baru dari 5M1 belum dari 5E1 atau 5E2... anyway, semua yang telah menjadi contributor anda boleh post news...tak kisah in english or malay...kita semua boleh faham dan guna... terima kasih said mengesan jastan..5M2...terkejut aku tengok Jastan...betul betul matang..semoga ramai lagi kawan kawan dapat menyumbang maklumat dan gambar aku baru linkkan dengan sekolah aini saleho, dalam blog list di sebelah kiri tu...klik saja dan klik bahagian pentadbiran...keluarkan gambar Guru Besarnya...kawan kita. Rosnah Manan Pindah ke batu pahat pada 16 September ni.. Kalau kawan kita ada blog atau web site...sila berikan nanti kita listkan dalam blog kita Salam

Lagi Sahabat Lama di Temui

Imej
Jantan 1978...30 tahun yang lalu Balik daripada sembahyang tarawikh aku terus bergegas ke Komplek Kastam Pelabuhan Pasir Gudang. Bertanyakan samada sahabat lama kita masih di situ lagi. Hati menjadi begitu lega apabila kakitangan di situ menyatakan dia masih bertugas di situ tetapi untuk syif pagi. Terus saja dapatkan nombor h/phonenya & terus hubungi untuk dapatkan alamat kediamannya almaklumlah duduk sedaerah tak ada masalahlah nak terus ke rumahnya walaupun jam menunjukkan hampir ke pukul 11 malam. Sampai saja depan rumahnya dia dah tahu akan ketibaan aku. Jastan Inas Inilah sahabat kita Jastan Inas. Masih mesra saperti di sekolah dulu. Aku tak dapat sembang panjang dengan dia. Cuma bila aku tanya anak berapa orang dia kata 3. Dua dah bekerja tinggal seorang aje lagi masih bersekolah. Maklumkan kepada dia mengenai perjumpaan bulan Disember nanti di Kluang dan minta sedikit maklumat mengenai Fuad Shoib tapi dia kata dah kena transfer ke KL. Sahabat2 yang kat KL tu cuba2lah cari....

Kisah Mimbar Masjid Benut: PERJALANAN YANG DAH NAK PENGHUJUNG…

Imej
PERJALANAN YANG DAH NAK PENGHUJUNG… dari mimbar hj siraj Dah 30 tahun meninggalkan SMSJ. Pendek kata murid-murid yang ada di SMSJ hari ni belum ujud kita orang dah keluar memperjudikan perjalanankehidupan ini. Mulanya disini.. Lahir di Kampung yang serba kekurangan. Kampung Parit Serom, Benut, Pontian. Tak de la api dalam kaco Air dalam bosi. Dulu aku ni teruk sangat.. Nakal bukan main. Main kat sawah dan sungai je hari-hari. Kalau aku fikir-fikirkan seolah-olah aku ni memang takkan jadi orang (bak kata pepatah). Tapi Allah Taala dah tentukan aku cam ni.. Kesimpulannya.. KALAU NAMPAK BUDAK-BUDAK COMPANG CAMPING JANGAN ‘JUDGE THE BOOK BY ITS COVER’. Alhamdullilah.. Mak meninggal ketika aku umur 3. Kakak aku yang membuai ketika aku sakit, membasuh pakaian aku, cebukkan dan mandikan mengantikan mak aku. Aku masuk sekolah darjah satu ketika umur 7 tahun. Caya tak? Aku cakap Melayu sepatah dua je yang tau! Kampung semuanya Jawa sampai Cina pun cakap jawa! ...

Said Ahmad

Imej
Banyak-banyak terima kasih kepada Sukimin kerana mencadangkan perjumpaan mini tempuhari di Subang Jaya. Pada mulanya saya tidak menyangka yang posting saya dalam sajohagroup mendapat response daripada kawan2 semua terutamanya Member, Sukimin & Noorsham . Cadangan bermula daripada Head Boy kita dulu juga i.e Dr. Shaari Yusof kita iaitu semasa saya terserempak dengan beliau & Azman Rahim semasa menghantar anak masing2 ke klinik UPSR di UTM Skudai bulan Julai yang lalu. Tetapi sehingga kini saya dapati kurang maklumbalas daripada kedua2nya terutama Azman Rahim, almaklumlah mungkin masing2 sibuk dengan tugas mereka masing2. Kita teruskanlah niat murni ini dan InsyaAllah minggu depan saya akan ke Kluang untuk merancang apa yang sepatutnya dan segala maklumat akan diberitahu selepas itu. Mungkin saya akan perlukan bantuan selepas ini dan diharapkan ada yang sudi membantu untuk menjayakan perjumpaan ini. Yusof Mohd jangan khuatir saya cuba memberi seberapa banyak sokongan untuk me...