Said Ahmad



Banyak-banyak terima kasih kepada Sukimin kerana mencadangkan perjumpaan mini tempuhari di Subang Jaya. Pada mulanya saya tidak menyangka yang posting saya dalam sajohagroup mendapat response daripada kawan2 semua terutamanya Member, Sukimin & Noorsham. Cadangan bermula daripada Head Boy kita dulu juga i.e Dr. Shaari Yusof kita iaitu semasa saya terserempak dengan beliau & Azman Rahim semasa menghantar anak masing2 ke klinik UPSR di UTM Skudai bulan Julai yang lalu. Tetapi sehingga kini saya dapati kurang maklumbalas daripada kedua2nya terutama Azman Rahim, almaklumlah mungkin masing2 sibuk dengan tugas mereka masing2.

Kita teruskanlah niat murni ini dan InsyaAllah minggu depan saya akan ke Kluang untuk merancang apa yang sepatutnya dan segala maklumat akan diberitahu selepas itu. Mungkin saya akan perlukan bantuan selepas ini dan diharapkan ada yang sudi membantu untuk menjayakan perjumpaan ini. Yusof Mohd jangan khuatir saya cuba memberi seberapa banyak sokongan untuk menjayakan blog ini.

Saya kini menetap di Pasir Gudang, Johor. Ada beberapa rakan kita di Pasir Gudang yang saya ketahui iaitu Jastan Inas yang bertugas dengan Kastam di Pelabuhan Pasir Gudang begitu juga dengan Fuad Shoib di Bernas. Saya akan cari mereka dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan maklumat mereka. Isteri saya gadis SMSJ juga, mungkin ramai yang mengetahuinya, berjumpa di balapan dan terus menjadi isteri, tidak lain dan tidak bukan Sameha Mohd Said aka Dayak - nama panggilan yang sinonim di SMSJ 30 tahun yang lalu.

Bersama isteri tersayang

Hobi saya sekarang ni suka pergi menyelam. Kerap ke pulau-pulau seluruh Malaysia maupun diluar negeri i.e gugusan Nusantara saperti Indonesia, Thailand dll. Hampir setiap bulan saya akan pergi menyelam kecuali pada bulan Ramadhan ini. Saya juga terlibat dengan aktiviti2 ngo2 yang terlibat dengan alam sekitar terutamanya mengenai dasarlaut kita saperti manjalankan kerja2 pembersihan pantai dan dasar laut kawasan2 tamanlaut Malaysia.

Dasar laut yang menenangkan perasaan

Senyuman kepuasan

Begitulah salam perkenalan saya buat permulaan semoga kita akan sentiasa berhubung di antara satu sama lain dari masa ke semasa.







Ulasan

kembara kelana berkata…
said
aku kenal sangatlah si sameha (dayak) tu..oh..rupanya kau kawin dgn dia yer.. bagus sangat tu...
aku..nak jumpa sangat kau ed,kalau kau lalu rompin jangan lupa call aku..nanti kalau aku ke JB aku call kau..kita kena teh secawan dua
banyak cerita yang boleh kita kongsi selama pengembaraan kita 30 tahun selepas berpisah...mimbar kaki mancing, aku tak ada minat yang tetap...adakala aku suka memerap, memeram idea untuk aku menulis...hobi baru sejak dah expired bersukan ni..semoga diizinkan allah kita dapat berjumpa..
memang nak tau sangat fuad dimana dan shahblack...sharudin [kulai]

ok ed, kirim salam pada sameha [ x mahu dah panggil dayak...tak baik] dia ingat ke aku ? lupa dah..
salm
Sukimin berkata…
apa aku nak komen eh? bagus juga kalau para contributor buat write-up sendiri. padat, tepat dan bergambar! so sop! kau cepat-cepatlah invite ke semua emel yang dah ada untuk menjadi contributor. kemudian kau upgrade aku jadi adminstrator - boleh aku tolong make-up ke, cuit sana, cuit sini, undang sana, undang sini di kala(opppsss! cikgu kasu kata masa tidak boleh di apit dengan di) aku ada kesempatan.
Said Ahmad berkata…
member,

memang ramai masyarakat setempat aku tinggal ingin melantik aku sebagai ketua cawangan & seterusnya keperingkat bahagian (umno) tapi aku menolak. faham2lah politik perlukan banyak pengorbanan - masa,tenaga & $$$$$$.
aku banyak menolak dan beri alasan.

mulai hari ni aku tak akan begitu formal dlm blog ini.

usop,

kalau ada turun jb call aku, tak kira masa aku akan datang. dah biasa melayan orang sebelum ini. kalau aku kebetulan ada melalui rompin aku akan call kau.

cadangan sukimin memang baik. tapi aku cadangkan kalau boleh adalah juga ruang dalam bahasa inggeris, almaklumlah kelas aku & noorsham kan kelas mat salleh. jadi bolehlah kawan2 kita yang berbangsa cina & india (rasanya tak ada singh batch kita)baca & contribute in this blog. kan dah start tulis mat salleh pulak.

aku boleh bantu untuk kelas english medium sama2 dengan noorsham, batan, md nor md ros untuk invite rakan2 kita dari kelas e untuk contribute dalam blok ni.

selamat menulis & menyumbang idea.
Sukimin berkata…
ed aku nak tanya kau. since kau ni menyelam ada tak kot-kot kau kenal faiz isa? satu lagi kat pasir gudang tu kau pernah dengar nama sudirman suhir? aku rasa dia umno situ rasa-rasanya.
pasal tulis dalam english tu ok setuju. boleh macam-macam bahasa dalam blog ni kut suka contributor.
Said Ahmad berkata…
Faiz isa tak ada lah tapi Tn. Hj. Sudirman tu adalah setaman dengan aku tapi dia ketua caw. UMNO Tmn Mawar yang lain. Taman Mawar aje ada 3 cawangan UMNO.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI