PERTEMUAN DENGAN FUAD SOIB SELEPAS 30 TAHUN
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang aku janjikan bahawa aku akan melaporkan pertemuan aku dengan sahabat kita Fuad Soib pada 21 Sept 2008.
Apabila sampai tarikh yang dinantikan Fuad meminta aku ke Kopitiam Old Town yang baru dibuka di Jalan Kapar Klang. Walhal dia dah setuju supaya pertemuan ni diadakan di Kopitiam Pak Li di Shah Alam sebelum ini. Aku tak de masalah demi kau Fuad. Tetapi dek kerana aku diserang diarrhoea maka aku minta Fuad ke tempat asal yang dijanjikan.
Fuad sampai ke lokasi dalam jam 10.00 mlm. Aku peluk dia. Aku katakan pada dia 30 tahun. Memang itulah. Sejak lepas SPM hinggalah malam tadi aku jumpa dia. Terima kasih pada Said Ahmad yang berusaha mendapatkan no phone Fuad. Dia masih macam dulu. Rambut masih macam dulu. Uban tak kelihatan lagi.
Seperti yang aku janjikan bahawa aku akan melaporkan pertemuan aku dengan sahabat kita Fuad Soib pada 21 Sept 2008.
Apabila sampai tarikh yang dinantikan Fuad meminta aku ke Kopitiam Old Town yang baru dibuka di Jalan Kapar Klang. Walhal dia dah setuju supaya pertemuan ni diadakan di Kopitiam Pak Li di Shah Alam sebelum ini. Aku tak de masalah demi kau Fuad. Tetapi dek kerana aku diserang diarrhoea maka aku minta Fuad ke tempat asal yang dijanjikan.
Fuad sampai ke lokasi dalam jam 10.00 mlm. Aku peluk dia. Aku katakan pada dia 30 tahun. Memang itulah. Sejak lepas SPM hinggalah malam tadi aku jumpa dia. Terima kasih pada Said Ahmad yang berusaha mendapatkan no phone Fuad. Dia masih macam dulu. Rambut masih macam dulu. Uban tak kelihatan lagi.
Fuad banyak menceritakan kisah yang telah dilalui selama 30 tahun ini. Dia berkahwin dengan gadis pujaannya berasal dari Kota Tinggi.
Dia bertugas dengan JPL (Johor Port Logistic) dan ditugaskan di Port Kelang. Menguruskan pemunggahan beras dari kapal di Pelabuhan Kelang ke gudang yang berada di sekitar Pelabuhan Kelang.
Sebelum ini dia bertugas di Pasir Gudang dan diarahkan mengendalikan tugas di Pelabuhan Kelang disebabkan prestasinya yang memuaskan.
Aku masih ingat lagi masa sekolah dulu, dialah yang paling tinggi dan besar diantara kami. Tapi dia memang seorang budak baik. Dia selalu mengalah kalau ada apa hal pun.
Diantara perbualan kami berkisar tentang cerita di SMSJ. Kawan-kawan seperjuangan yang tidak dapat dihubungi. Kerinduan kepada Shahruddin Md Amin, Adnan, Borhan, Abd Jalil,Zubaidah, Yahya, Zaidi, Elyas dan Jasmani. Yang lain telah dapat dihubungi.
Bagaimana pun Fuad berjanji akan cuba mendapatkan no untuk menghubungi Yahya. Kabarnya Yahya membuka petrol station di Johor Bahru. Insyallah semasa cuti Hari Raya ini dia akan menguruskan.
Wasalam.
Ulasan
Fuad dan kawan2 jemputlah ke rumah aku di rawang, selangor. Sebelum datang telefon dulu. Terutama Member sebab kat rumah aku ni dia kata ada saudara.
Fuad, kau tukar ke kelang tu sorang saje ke atau dgn famili?.
malam pertemuan mimbar-fuad tu, aku diberikan kesempatan bercakap dgn fuad melalui telefon..masih kekal identitinya bercakap laju..last aku jumpa fuad pada tahun 1981 di kuala trengganu, di pasar payang...
khir, rawang kau kat taman apa? adik ipar aku ada kat sana, aku selalu kerawang masa aku belajar di upsi, tak tau kau kat situ...
ya, aku sokong pertanyaan sukimin..ada tak subsidi beras untuk kami yang susah ni ad..?
mimbar...
jangan lupa kita, ke parit sulong melawat..ros..lepas perjumpaan di keluang..biasalah..intai peluang..manalah taukan, ada rezeki..
salam
aku tinggal d no 17, jalan 7/8, jalan puteri 7, bandar tasik puteri, 48020 rawang, selangor.
kami tinggal 3 beranak aje. norain orang rumah aku . cikgu. asal kedah. anak aku 5 orang. no 1 muhammad khalil 19thn sem 3 uitm bukit mertajam, no 2 muhammad hidayat 18thn sem 1 kolej pembantu perubatan seremban, no 3 muhammad hafizuddin 16thn tkt 4 d sbpi rawang, no 4 nurul aiman 14thn (satu2 bunga)tkt 2 d sbpi temerloh dan no5 muhammad sufi ridhwan 10thn darjah 4 dsk bandar tasik puteri.
aku setakat spm ajelah. lepas spm kerja kat kilang sawit oil pasir gudang. kalau tak silap 1979. joint rtm pada operasi isi penuh tahun 1981.masa tu report duty d rtm jb.aku ke kl 1985 sampai sekarang.
masuk u selalu. macam2 u.kerja bukan belajar. sampai sudah kat takuk ni. cuma naik jadi tek kanan j22.
kecut perut aku lepas 30thn masing masing2 makin kemas.aku macam aku juga. rambut baru nak tumbuh.
aku selalu cakap pada anak2 jangan jadi macam abah nanti awak rasa rendah diri bila buat perbandingan dgn kawan2 yg lain. entah2 kawan dah tak nak pandang kita.
'pun begitu macam atuk awak kata kalu anak dia tak dapat masuk u cucu dia dapat. kalau sekarang kereta kancil nanti pakai bmw. tak kita anak kita. tank anak kita cucu kita'.
apa pun aku tetap bangga dibesarkan d smsj tu.
itulah aku ni dah dimamah usia. makan tua. macam orang pencen. cara pun tua. banyak campur orang tua kot.
kawan2 aku amat gembira sekali setelah 30thn ada usaha merapatkan hubungan antara kita.
shukri dan tipah ada hubungi aku.
aku dapat dengar suara diorang. usop juga. suprise sekali usop jadi cikgu!
Kawan2 sempena bulan baik aku nak ucap SEHARA MAZABA HAMAMI.
jemputlah ke rumah. aku raya balik kedah. tahun ni cuti pun tak lama. srlalunya tak cuti.
see u.
usop sampaikan kan said jgn lupa masukkan nama aku dalam program 13 disember tu. aku kalau dapat nak bawak isteri dan anak2 tengok smsj.
Kau orang tau tak. lepas ambil result aku tak pernah sampai smsj tu. Macamanalah rupanya.