Mahukan Alamat Emel Menggunakan Nama Sebenar Kita?
Kepada yang mahukan alamat emel menggunakan nama sebenar, bolehlah mencuba mendapatkannya dari pembekal-pembekal emel percuma baru sebagai contoh @ymail (http://www.spacejock.com/yMail.html) dan @rocketmail (dua-duapun sebenarnya yahoo! punya). Kalau setakat domain hotmail, yahoo (266 juta sehingga April) dan gmail (101 juta pengguna sehingga April) rasa-rasanya semua dah kena cop terlebih dahulu dari orang lain yang namanya sama dengan kita. Namun begitu, kita masih boleh mencuba nasib dengan menggabungkan nama-nama kita atau dengan nama bapa kita kerana sekarang hampir semua alamat emel menerima titik sebagai sebahagian daripada alamat emel (zaman dulu-dulu kita kena guna underscore '_'). Kelemahan underscore ialah disebabkan ramai orang akan membacanya sebagai spacebar. Ini terutamanya kalau kita lihat alamat-alamat emel di skrin yang secara automatiknya akan digariskan (underscore) alamat emel tersebut. Jadi apabila pembaca menyalinnya, mereka menyangka underscore pada alamat emel kita tu sebagai spacebar. Cuba bandingkan mukhlis_moyo@gmail.com dengan mukhlis.moyo@gmail.com.
Masalah dengan yahoo sekarang ialah dia ada extra dot pada alamat emel. Itu yang beberapa member kita confused akan alamat emel dia sebab biasanya alamat emelnya aku@yahoo.com tapi rupa-rupanya dia punya alamat emel aku@yahoo.com.my atau aku@yahoo.co.uk (alamak .co lah pulak bukan .com!). Itu yang bila kita send emel, bounce ajelah sebab tak wujud alamat emel tu. Tambahan dot ni bukan setakat .my aje yang ada, kau tengok roslan sukeimi punya .id (indonesia), ada juga .uk, .sg entah apa-apa dot lagi.
Tapi kalau setakat nama popular macam yusof.mohamad@gmail.com berbanding dengan arbakariya.arif@gmail.com atau rouse.majid@gmail.com sudah pasti peluang arbakariya.arif dan rouse.majid lebih berpeluang dapat alamat emel tu.
Jadi sekarang apa nak buat:
- cuba daftar dengan domain emel yang popular (yahoo, gmail dan hotmail) dengan kombinasi dua atau lebih perkataan nama kita (pisahkan dengan titik)
- kalau tak ada, bolehlah daftar satu perkataan nama yang kita nak pada domain yang kurang popular seperti ymail dan rocketmail.
- kalau tak boleh juga daftar dengan domain yang kurang popular ni menggunakan lebih dari satu perkataan nama kita (pisahkan dengan titik)
- kalau tak boleh juga, masih ada dua pilihan:
- bukak domain sendiri (macam ragunath)
- tukar nama kau pada nama yang pelik-pelik
Hmmm... teringat glamernya kalau ada alamat emel macam ragunath! - ragunath@kesavan.com.my

Ulasan
Kalau boleh warna background/font untuk maklumat sebelah kanan tu tolong tukarlah. kurang jelaslah sebab font kuning dengan warna latar hijau ada kalanya sakit mata memandang. almaklumlah faktor usia agaknya.
btw thanks sukimin.
tolong updatekan sekali dalam lampiran yang aku emailkan. aku tengok ada maklumat yang tak seragam