Kisah Mimbar Masjid Benut: PERJALANAN YANG DAH NAK PENGHUJUNG…
PERJALANAN YANG DAH NAK PENGHUJUNG…
Dah 30 tahun meninggalkan SMSJ. Pendek kata murid-murid yang ada di SMSJ hari ni belum ujud kita orang dah keluar memperjudikan perjalanankehidupan ini.
Mulanya disini..
Lahir di Kampung yang serba kekurangan. Kampung Parit Serom, Benut, Pontian. Tak de la api dalam kaco Air dalam bosi. Dulu aku ni teruk sangat.. Nakal bukan main. Main kat sawah dan sungai je hari-hari.
Kalau aku fikir-fikirkan seolah-olah aku ni memang takkan jadi orang (bak kata pepatah). Tapi Allah Taala dah tentukan aku cam ni..
Kesimpulannya.. KALAU NAMPAK BUDAK-BUDAK COMPANG CAMPING JANGAN ‘JUDGE THE BOOK BY ITS COVER’. Alhamdullilah..
Mak meninggal ketika aku umur 3. Kakak aku yang membuai ketika aku sakit, membasuh pakaian aku, cebukkan dan mandikan mengantikan mak aku.
Aku masuk sekolah darjah satu ketika umur 7 tahun. Caya tak? Aku cakap Melayu sepatah dua je yang tau! Kampung semuanya Jawa sampai Cina pun cakap jawa!
TERINGAT KISAH ARWAH CIKGU HAJJAH ZALEHA BTE IBRAHIM
Ketika darjah 3 ada sorang Cikgu tu baru pindah ke sekolah aku. Sekolah Kebangsaan Seri Kembar Benut. Cikgu Zaleha Ibrahim namanya. Dia mengajar di kelas aku. Dia lemah lembut tapi tegas. Cantik.. Kegigihannya mengajar kami tak boleh dinafikan. Aku masih ingat dia ajar nyanyikan Lagu Kebangsaan kita.
Sayangnya dia mengajar tak lama, satu penggal je.. 3 bulan. Sedihnya aku. Semasa hari terakhir di kelas aku, dia suruh aku tukarkan duit kertas kira-kira $4.00 kepada syiling. Aku pun tukarkan kat kedai. Yang tak bestnya dia tak cakap apa-apa pun. Dia tidak maklumkan yang dia akan pindah. Dia bagi kita orang 10 sen sorang. Aduh sebak aku. Masa tu 10 sen besar buat aku. Dia ikut suami pindah ke Pekan Pahang. Nak tau siapa suami dia “Cikgu Rahman Karim’ ketua warden SMSJ dulu. (Dulu Cikgu Rahman ada 3 orang, Rahman Molar (yang mengajar Kimia) Rahman Gar (yang mengajar geografi sebab dia rugged) dan Rahman Maging (ketua warden sebab budak2 respek dia sebab selalu balun orang) maaf ye cikgu.. gelaran je..)
Tapi Cikgu Rahman Karim tangkap budak baca cerita lucah tak pukul pulak.. sengih je.. tapi masa tu kita orang tengah masa bulan madu kami..lepas SRP (sekarang PMR). Dia garang tapi selalu buat lawak. Jadi kita orang dalam takut ada suka juga.
Aku tau bila terserempak dgn Cikgu Zaleha Ibrahim ketika dia lalu dengan kereta
Aku ‘loss’ kontek sebab aku kehilangan no dia, dan baru-baru ni atas bantuan kawan-kawan aku dapat hubungi Cikgu Rahman Karim pada 14 Ogos 2008. Sebelum ni aku dengar khabar angin je. Aku dimaklumkan bahawa Cikgu Zaleha Ibrahim dah meninggal pada 2004. Dengarnya dari kawan memberitahu bahawa dia terlantar sakit agak lama.
Yang sedihnya aku diberitahu oleh Cikgu Rahman Karim yang Cikgu Zaleha ada sebut pasal aku. Kalaulah masa dia sakit tu aku diberitahu walau terpaksa merangkak Insyaalah aku akan ziarahi dia. Kerana dulu aku adalah murid kesayangan dia. Ntah napa?.
Orang baik macam dia Allah sayang. Sebab tulah sakit lama sebelummeninggal supaya bila meninggal bagaikan kain putih bersih. Dosa-dosanya dibersihkan ketika di dunia.. Itu yang ustaz ada cakap ketika ceramahnya.
Semuga rohnya dirahmati dan ditempatkan berama orang-orang soleh… Amin..
Insyallah aku akan ziarahi kubur arwah suatu hari nnti.
Sambung citer aku…
Rezeki mendatang.. Aku dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh.. Sekolah Menengah Sains Johor. Puh… Bangganya.. !! (sekarang ni anak-anak aku disuruh masuk asrama walau pun layak tapi tak mahu). Dulu masuk asrama bermakna ‘up grade’ kehidupan. Sekarang maksudnya ‘down grade’ kehidupan.
Maka budak kampong masuk asrama penuh. Kat asrama aku sentiasa berdoa supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan. Aku takut kena buang. Malu…kat orang kampong. Orang kampong semua dah tau!.
Aku bukan pandai orangnya, tapi aku kuat ‘study’. Kerana sedar aku ni tak pandai. Kat asrama banyak rintangannya. Tapi dapat lepas. Aku ‘deng’ sejak tingkatan 4 tapi tak kena tangkap.. Yahooo…
Bab mengintai ni… teringat pulak kat Miss Lai dan Miss Ong.. Puh… Tak perlu citer panjang lah… Itulah cerita zaman jahiliah..
Kekawan entah di mana sekarang… Kabar berita tak dengar. Aku dengar Zaid bin Jais dari Permas Kelapa, Pontian pun dah tak de.. Betul ke?
Kadang-kadang bila nikmat yang diberi oleh Nya dah kena tarik sedikit demi sedikit kita terasa yang hari dah mula petang… Yealah.. rambut, misai dan janggut dah tumbuh uban, Badan dah tak selasak dulu. Kena hujan sikit dah pening walhal hujan tu dulu dibuat mandi.
Wahai sahabat-sahabat aku mengingatkan diri ku sendiri dan sahabat sekelian semuga kita adalah dari golongan yang mengharap petunjuk dan rahmatNya. Janganlah kita sesat di hujung jalan sebab kita takut tak sempat balik ke pangkal jalan.
member
Ulasan
salam
Rahman Gar ada ke? Ke Husin Gar? Gar tu dari perkataan rugged yang di terlabikkan menjadi 'garred'. So bila disingkatkan ia jadi Gar aje.
Tentang istilah maging, rasanya ada definisi yg lebih tepat, betul tak sop?
husin mat lazim tu aku pernah jumpa dia kat sg petani tahun 1990 dulu. dulu dia ngajar kat sana.