PERJUMPAAN DGN JANURI DAN ZAINUDDIN DAN BERBUKA PUASA
Asalamualaiku dan salam sejahtera.
Lama rasanya aku tak menulis di dalam blog ini. Bukan apa.. maklumlah aku ni bukan lah berbakat untuk menjadi penulis. Idea tak keluar. Tidak macam Kembara Kelana. Pandai menggubah bahasa sehingga orang yang membacanya akan terus membaca hingga habis. Tulisan aku agak 'plain', 'blunt' atau bahasa ibundaku disebut 'cemplang'. Tapi tak apa. Aku nak kongsi maklumat dengan pembaca semua.
Jadi untuk membolehkan aku menulis aku pun mencari idea secara praktikal. Kisahnya kisah benar. Aku mendapat idea untuk menulis dengan mengadakan berbuka puasa dengan Januri Kadeni Dan Zainuddin (Gajah). Kedua-dua cikgu ni tinggal di Banting. Aku ke Banting dan sampai jam 4.30ptg dan menghubungi Januri untuk bertemu di lokasi yang ditetapkan.. Ini lah Januri. Kali pertama sejak 30 tahun tak pernah jumpa..
Januri dah nak buka lapangan terbang. Dah nipis. Tak taulah apa sebabnya. Anak cuma 3 orang je.
Ini gambar kami bertiga. Duduk di warung bersembang dari jam 4.30 hingga sampai waktu berbuka.
Banyak kenangan yang diimbau oleh Januri. Semasa tingkatan 6. Antaranya dia kena rotan sebab ditangkap sebab 'deng'. 2 rotan oleh Ketua Warden. Dia diberi pilihan samada ditempat awam atau di dalam bilik. Januri minta di dalam bilik. Ketua Warden minta saksi. Jadi Januri minta Aini Saleho dan Fatimah Hashim jadi saksi. Bila kena 2 rotan kedua-duanya menangis! Januri kontrol manco je. Sertamerta aku sms kat Aini cerita ni. (Fatimah belum dapat dihubungi). Aini jawap dia orang sayang kat Januri. Ye lah. Januri memang budak baik.
Sesuatu yang mengecewakan Januri adalah, yang repot dia 'deng' adalah kawan sekelas jugak. Tak perlu aku sebut.
Semasa kita orang bersembang, aku call Dr Fauziah Manan. Dia berada di Kuantan. Ada tugas di UIA pada hari Ahad. Aku pass call tu pada dia orang. Dia orang dari kelas yang sama.
Dr Fauziah Manan macam Prof Dr Arbakariya juga. Ramah macam dulu. Kadang-kadang kita dapat merasakan orang bercakap melalui phone itu ikhlas atau sebaliknya. Kita dapat rasa orang tu menjawap dengan senyum atau sebaliknya. Terima kasih kat kau orang berdua kerana melayan aku.
Banyak cerita lagi yang diceritakan oleh Januri. Nantilah akan diceritakan lagi.
Zainuddin memang aku dah banyak kali jumpa. Dia sama hobi dgn aku. Memancing. Selalu masuk GP Joran. Tapi rasanya tak pernah menang pun. Jangan mare Gajah! Aku pernah juga jadi juara kategori pari di Kuala Pahang pada 3 Ogos 2008. Pari Lang 41.88 kg. Itulah rekod ikan terberat aku. Yang bestnya semasa aku menang dia pun ada sekali. he..he..he..
Zainuddin ada gambar kelas semasa tingkatan 6. Dalam gambar tu ada Sukimin, Ghazali Hussin, Arwah Zaid Jais, Arwah Bakar (Bekas suami Rosnah)Gajah dan beberapa orang pelajar dari Alam Shah. Tak banyak cerita yang disebutkan oleh Zainuddin.
Kami bepisah untuk sementara apabila Isyak dah nak masuk. Aku balik dan singgah di Masjid Telok Panglima Garang untuk Isyak dan terawih. Aku terlihat di saf pertama disdiakan air mineral dan cawan.
Yang menariknya cawan tu sebijik macam cawan kita di SMSJ dulu! Cuma warnanya saje lain. Hijau, bukan kelabu. Dalam kepala aku teringat 'tray' yang kita gunakan selama 5 tahun di SMSJ. Aduh...sentimentalnya.
Sekian hingga berjumpa lagi..
Esok malam aku akan jumpa dgn Foad Soib pulak di Kopitiam Pak Li Seksyen 7, Shah Alam.
Wasalam.

Ulasan