HAJAT ZIARAH KUBUR CIKGU HJH ZALEHA TERCAPAI
Asalamualaikum.
Dalam keluaran bulan Ogos aku ada menceritakan perihal cikgu ku yang tak luput dari ingatan ku. Cikgu Zaleha bte Ibrahim. Dia mengajar aku ketika aku dalam Darjah 3 (1970).
Hari ini 28 September 2008 bersamaan 28 Ramadhan 1429 tercapai hajat aku menziarah kubur Cikgu Zaleha di Kampung Api-Api Pontian Johor.
Syukur Alhamdulillah.. Perjalanan ke Kampung Api-Api dengan hajat begini dipermudahkan Allah Taala.
Aku memang tak tau dimana kubur arwah ini. Cikgu Rahman b. Karim pernah bercakap dengan aku melalui telefon berhubung dengan kubur arwah kira-kira dua bulan lalu. Ianya terletak di Api-Api Pontian.Aku tak catitkan pun. Dalam usia yang semakin meningkat ini ingatan pun dah cepat luntur. Bayangkan, aku berhenti betul-betul di hadapan tanah perkuburan yang dimaksudkan walaupun ada tiga atau empat tanah perkuburan yang aku lalui. Perjalanan ini ditemani isteri aku. Berhampiran tanah perkuburan ini terdapat sebuah kedai runcit. Isteri aku mencadangkan supaya bertanya dengan pekedai itu. Maka aku pun bertanya.
Dengan izin-Nya pekedai itu pun tahu tentang arwah Cikgu Zaleha ini termasuk kubur arwah ibunya arwah Cikgu Hjh Hawa.
Apabila aku mejejaki arah yang dinyatakan oleh pekedai itu maka aku pun sampailah ke kubur yang aku nak tuju itu. Arwah Cikgu Hjh Zaleha Bte Hj Ibrahim meninggal pada 25 Jun 2004.
Aku hadiahkan bacaan Yasin dan Tahlil bersama isteri aku. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang solehah..Amin.

Ulasan