KEDAI NOSTALGIA
Tadi aku sempat melawat blog sahabat kita yang terkenal dengan disiplinnya yang tinggi dan tahap kerajinannya mengendalikan blognya. Siapa lagi kalau bukan Sukimin Juki.
Kisah uniforn anaknya Irfan.. Aku tak beghapa paham membacanya. Walaubagaimana pun ianya cukup untuk aku mengingatkan kembali kisah kita di SMSJ dulu. Yang aku tertarik ialah 'pakaian branded'.
Dulu masa sekolah kedai Wong Chee Leong di Jalan Station adalah tempat yang sering dikunjungi oleh budak-budak SMSJ. Di situ menjual pakaian yang branded seperti, Levi's, Lee, Amco, Texwood, Wrangler dan lain-lain. Kedai tu masih ujud lagi. Aku tahu sebab Mertua aku orang Kluang, Kampung Gajah. Batu 8, Jalan Mersing.
Tapi kedai ni dah tak jual levi's lagi. Tokey dia kata tak tahan sebab kat luar boleh dapat levi's dengan harga RM20 je.
Satu lagi kedai favorite budak sains adalah Aurora. Di situ yang aku ingat baju Van Housen. Mahal! Beratus harganya. Kedai ni dah tutup. Agaknya budak sains dah tak datang maka dia tutup kot!
Untuk anak-anak orang berada itu adalah tempat mereka. Tapi aku orang tak berada tak selalu ke tempat tu. Adalah setakat window shopping. Aku masih ingat sapa-sapa yang selalu berpakaian berjenama masa tu, tapi tak yah sebutlah.
Ingat tak? cikgu siapa yang sentiasa pakai Levi's Star Press. Cikgu Onn!!
Satu lagi kedai yang membawa kenangan di Kluang adalah kedai menjual soto. Terletak di Pasar Kluang lama. Pada masa tu pasar terletak di pusat Bandar Kluang tu. Sedap betul soto tu. Tak taulah kau orang ada gi kedai tu atau tidak. Kedai tulah standard aku. Tapi kedai tu juga dah tak ada. Agaknya pak cik tu dah meninggal pun.
Satu lagi kedai yang agak istimewa ialah kedai murtabak. 'Murtabak Karim' kalau tak silap nama. Warungnya terletak berhampiran panggung Cathay. Mahal harganya. RM3.00 sekeping. Aku tak pernah beli tapi pernah rasa kalau emak bapak kawan sebilik belikan. Tapi dagingnya penuh. Tak pernah jumpa murtabak cam tu lagi sekarang ni. Orang kata murtabak singapura cam tu. Tak taulah. Kedai tu pun dah tak ada.
Tapi dalam 3 tahun lepas aku ada membeli juadah berbuka puasa di kawasan Kampung Paya ada Pak Cik tu (agak tua jugalah) ada menjual murtabak cam tu. Aku ada beli. Tapi tak serupa yang original. Bila aku interview dia, rupa-rupanya dia pekerja kedai murtabak karim tu dulu. Lepas tu dua kali nak raya aku datang ke tempat tu, pak cik tu dak tak meniaga lagi. Orang kata dah tukar bisnes. Jual emas pulak (kalau orang tu bohong maka aku pun bohonglah).
Kedai 'Round Table'!!! Ada sapa-sapa ingat? Terletak dekat dengn kilang biskut Kim Wah. Lepas berjogging kita minum horlick ais!. Kat situ lah juga kita menyeludup 'deng'. Round table tu dibuat dari rangka gulungan kabel letrik je. Bukan meja marmar pun. Kedai tu dah tak de jugak.
Itulah ceritanya, Moral of the stories.. bila kita memandang ke belakang rupa-rupanya banyak kenangan yang telah luput dari kepala kita. Masa akan meninggalkan kita dan tak akan kembali lagi. kita berumur 13 hingga 17 tahun pun hanya sekali saje. Yang pasti kita mesti teruskan kehidupan ini mengumpul seberapa banyak bekalan untuk sisa usia ini dan bekalan untuk kehidupan di alam yang satu lagi.
Sekian,
Wasalam.
Catatan 24 Ramadhan

Ulasan
satu lagi baju yang terkenal ialah fruit of the loom... kalau tak ada baju tu rasa macam tertinggal betul dalam dunia smsj