Lagi Sahabat Lama di Temui
Jantan 1978...30 tahun yang lalu
Balik daripada sembahyang tarawikh aku terus bergegas ke Komplek Kastam Pelabuhan Pasir Gudang. Bertanyakan samada sahabat lama kita masih di situ lagi. Hati menjadi begitu lega apabila kakitangan di situ menyatakan dia masih bertugas di situ tetapi untuk syif pagi.
Terus saja dapatkan nombor h/phonenya & terus hubungi untuk dapatkan alamat kediamannya almaklumlah duduk sedaerah tak ada masalahlah nak terus ke rumahnya walaupun jam menunjukkan hampir ke pukul 11 malam. Sampai saja depan rumahnya dia dah tahu akan ketibaan aku.
Jastan Inas
Inilah sahabat kita Jastan Inas. Masih mesra saperti di sekolah dulu. Aku tak dapat sembang panjang dengan dia. Cuma bila aku tanya anak berapa orang dia kata 3. Dua dah bekerja tinggal seorang aje lagi masih bersekolah. Maklumkan kepada dia mengenai perjumpaan bulan Disember nanti di Kluang dan minta sedikit maklumat mengenai Fuad Shoib tapi dia kata dah kena transfer ke KL. Sahabat2 yang kat KL tu cuba2lah cari. Si Fuad tu bertugas dengan BERNAS. Kalau ada sesiapa yang nak supply beras jumpalah dia.
Kepada sesiapa yang nak hubungi dia, ini nombor telefon dia. 012 7724937. Pandai2lah cari masa nak hubungi dia sebab dia kerja ikut shif.
Jastan bersama isterinya
Ulasan
Jastan! Gembira dapat cerita pasal kau. Harap dapat bertemu di Kluang, insyaAllah.
Said! Sudirman tu sepupu aku. Aku teringat masa hari raya 1977 (Sudirman Hj Arshad menang Bintang RTM 1976), aku terima kad raya dari sepupu aku ni (masa tu dia di PULAPOL). Kecoh member2 ingat aku terima kad raya dari sudirman hj. arshad.
salam