Kamaluddin Mohamadon

Ahad 23/11/2008 aku menjejaki seorang lagi rakan lama. Aku tahu benar di mana dia bekerja kat JB ni. Memang dia setia dengan bidang kerjanya sejak dari habis pengajiannya dulu cuma berubah tempatnya sahaja. Tapi tempat dia bekerja sekarang memang begitu lama, sudah tiga kali tempat kerjanya sekarang bertukar nama tapi dia masih tak bertukar ke tempat kerja lain. JA Residence Hotel, itulah nama tempat kerjanya sekarang. Terletak betul2 di tengah2 bandar JB. Lepas dari causeway masuk dari Singapura jalan kaki pun dah sampai ke hotel dia ni.
Aku tiba kat hotel dia bekerja jam 11.00 pagi. Dia begitu gembira menyambut ketibaan aku. Perbualan terus terarah kepada perjumpaan 1312 akan datang. Banyak cerita2 lama yang dibualkan dan acap kali dia merakam rasa terharunya untuk datang dan berjumpa dengan kawan2 lama pada tarikh tersebut. Akhir sekali dia menyatakan akan kehadirannya ke majlis 1312 kita. Dengan itu aku menyeru kawan2 yang lain agar jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dengan rakan2 lama kita yang sudah 30 tahun terputus hubungan.

Ulasan

Noorsham berkata…
Salam Kamal,

Kau jgn sebab aku bawak keta bapak aku dulu n accident sampai Mudon kena jahit kepala dia, kau tak nak datang ke 1312 pulak...hehehe. Kau dtg tau, lama tak jumpa kau....
Mudon, sory sbb beri kau kenangan jahit kat kepala kau tu...
Sukimin berkata…
masa kau bawak keta tu dah ada lesen ke belum? kalau kau orang nak satu trick yang paling berkesan masa kau tengah drive kereta tanpa lesen sambil bapak kau duduk di sebelah, kau orang tanya am mansor. sampai sekarang aku ingat trick dia tu dan pernah apply kat singapore lak tu - lepas!
Noorsham berkata…
Masa tu memang takder lesenlah... curi2 bawak keta bapak aku n amik Kamal kat rumah dia...kalau tak silap aku masa tu Mudon dtg rumah aku, rumah Kamal mmg tak jauh dari rumah aku...masa pusing2 kat jalan Khalidi kalau tak silap aku... terlanggar kita org lain..itu yg Mudon terhantuk n luka kepala dia. Balik rumah apa lagi...bapak aku mengamuk ler....tobat2 lps tu tak nak bwk keta lagi sampailah aku belajar bwk keta betul2 n dpt lesen masa kat UK...
Noorsham berkata…
apa trick tu Min, ni mesti kena tanya kat Am nanti...hehehe
kembara kelana berkata…
aku ada dgr cerita bab keta norsyam acident tu, tapi dah lupa. min apa trik ammansur tu...aku bab ni memang minat, sebab banyak dah polis kena trik dengan aku..jaga2 sukri baca nanti dia saman kita msasa 1312
Sukimin berkata…
trick tu memang efektif. ini kisah 80-an. kau bayangkan kat singapura mak we aku drive kereta tak ada lesen tetiba nampak ada road blok polis kat depan. bila gunakan trick am mansor tu, masa lalu di depan polis tetiba aku lak yang drive kereta bukan mak we aku tu. macam silap mata lak kan! so bila polis periksa untuk cari kesalahan - lesen, road-tax, segala macam saman memang tak jumpalah sebab memang tak ada rekod saman. maka lepaslah.... so macam mana trick am mansor ni eh? hehe kau tepon am mansor - jangan sampai dia sendiri dah lupa sudah. mana boleh publish nanti polis tahu lak...

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI