Aini Saleho, 5M2
Emel yang aku terima dari 'Aini. Nama dia ada prostophe kat depan, sebab tu nama anak dia berderet ada prostophe juga (agaknya lah tu....). Husband dia lecturer aku sekarang ni - Assalamualaikum Dr. Ruslin!
Saya masih di sini, jadi cikgu je di Bandar Baru Bangi, menumpang teduh di rumah UKM sejak 4 tahun lalu sebab suami (Ruslin) bekerja disini. Sebelum ni tinggal di fasa 4, Bandar Baru Bangi.Bila lihat gambar keluarga Zaiha, nampaknya bag tangan saya ramai lagi, 8 orang. Kalau orang lain anak pertama seorang tapi saya terus dapat dua sekali. Tu sebabnya cepat ramai kot. Alhamdulillah rezeki. Yang sulong kembar seiras perempuan Farah dan Farhani( tahun akhir di UPM dan UKM) kedua lelaki `Aizat, belajar di luar negara, ketiga Fatin Nabila, tahun ni SPM, keempat Luqman tingkatan 2, kelima `Aisyah tingkatan 1, ke enam Fatin Nadia tahun 5 dan ketujuh Muhammad Nabil 6 tahun. Mula-mula Member tel. bertanya khabar, macam mimpi saja tapi rupanya itu permulaan kita semua mula berhubung. Rakaman terimakasih yang tidak terhingga kepada kekawan yang sudi datang ke rumah tempohari.(Fatimah, Rosmala, Januri, Zainuddin, Fuod, Sukimin, Fauziah Manan, Member) Terimakasih dan bersyukur kerana sempat diberi peluang ini. Mudah-mudahan pertemuan yang dirancang di SMSJ akan berjaya, Insyallah. Jemput ke rumah (Rumah Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub UKM). Cam ne pun telefon dulu, takut kita tak ada di rumah nanti. Maaf jika tersilap kata tersalah bicara.
Wassalam.
Ulasan
semoga kau berbahgia dan azida, sekali sekala jalan jalanlah rumah kawan kawan..seronok ...aku, mimbar, arbakaria dah set ..kami akan memancing...kemudian adnan dan azman akan kerompin jalan jalan cari makan..kemudian aku akan ke jb jumpa said dll...nikmati hidup ni sebelum kita semua kembali ...