Perjumpaan di rumah Hafizah


suami aku dan suami Azida dah jadi member




Hafizah, Azida, aku


15 Nov., setelah usai majlis konvokesyen tadika anak aku yg kecik sekali, kira-kira jam 12.50 tgh hari aku bertolak ke Shah Alam untuk menemui Hafizah di rumahnya.
Azida juga menyatakan keinginannya untuk bertemu hafizah juga. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menemui rumah Hafizah dan bertemu dgn Hafizah. Aku disambut oleh ibu Hafizah. Seronok sungguh setelah 30 tahun dapat menatap wajah Hafizah dan ibunya yang penyayang tu.
Azidah tiba setelah beberapa minit, semakin rancak perbualan kami sehingga tak sedar sudah pukul 4.00 petang. Kami beredar dan berjanji untuk terus bertemu di lain masa pula.

Ulasan

sha'ri berkata…
itulah dia, hubungan silaturahim kalau dipanjang-panjangkan tak rugi... gembira dapat jejak kekawan yang lama... muga apa yang kita usahakan ni diberkati.

Azida, saya nak pindah Bangi bulan December/Januari ni... ada rumah kosong nak sewa
fati berkata…
aku dah dua kali berjumpa dengn aini, dia tinggal di dalam kampus kerana suaminya pengetua salah sebuah kolej di UKM. Dia ada rumah kat Bandar Baru Bangi.Cuba You usya-usya dia kut-kut kasi untuk you sewa umah dia. You bagi tau dia,you akan jaga seperti umah u sendiri.Kalau nak, call aini.Ada no tel dia tak?
kembara kelana berkata…
tahniah fati, azida dan piza serta semua kawan kawan

semua kelakuan kita akan menjadi ikutan kepada anak cucu kita dan menjadi role model serta perbualan mereka sampai bila bila...mereka akan mengatakan...
emak dan ayah mereka amat mementingkan ikatan silaturahim...walau jauhpun sanggup datang brtandang dan saling hormat menghormati...

ia akan menjadi satu pusaka kepada kita semua. Jangan lupa 1312 kemuncak kepada episod ini semua
Noorsham berkata…
alhamdulillah, seronoknya tengok korang berkumpul. Rupa hafizah tak byk berubah...kalau jumpa kat mana2 skrg rasanya bole cam lagi. Saya kalau turun kl akan tinggal kat rumah anak (yg dah kahwin tu di Puchong, Sukimin tahu n dah pegi). Tapi slalu gak pegi ke Shah Alam tu sbb kakak saya yg senior kita Dr. Norashikin ada kat seksyen 7, yg jalan2 krystal tu. Kalau ada kelapangan pegilah kerumah dia, tentu dia seronok jmpa junior2 dia yg juga kwn2 saya. Suami dia dah meninggal, n skrg duduk dgn anak2 jer.

Usop ckp pasal anak2 ni, anak aku 4 org dulu blajar n tinggal kat asrama mcm mak bapak dia gak. Skrg ni dorang dah keja, they always keep in touch dgn kwn2 sekolah dorang n aku rasa seronok tgk dorang begitu, n slalu jer buat reunion almost setahun dua tiga kali. Kita ni baru nak buat after 30yrs. Tapi kita punya ni msti gempak punya lah kan....
kembara kelana berkata…
betullah sham
aku tengah mengira hari...bila aku citer kat rumah...ramailah pulak nak ikut aku, orang rumah pun nak ikut dan anak anak jugak...apa pendapat kau? nak bawak diri sendiri ke nak bawak satu set?
Azida berkata…
Salam. Memang seronok. Hafizah memang tak banyak berubah. Camtu gak dia. Seronok kami sembang..

Bawa la 'set' kau tu Usop... Agaknya kalau nak sembang lama kita buat reunion yang kaki sembang....
Azida berkata…
Salam. Sha'ri nak rumah camna... teres, semi,setingkat, dua tingkat? boleh saya tolong tanya member2 yang tinggal di Bangi. Sekarang tinggal di mana?
sha'ri berkata…
Azida, nak cari rumah double storey teres, anak-anak rasanya sekolah kat jalan 3 atau jalan 4, so around that area pun ok. Thanks. Nanti I contact you.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI