KULIT BABI
Minggu lepas anak aku yang no 2 mendakwa yang kasut abangnya (along) diperbuat dari kulit babi. Sedangkan aku sendiri tak tahu macamana nak mengenalpasti perkara ini. Jahilnya aku...! Aku pernah dengar dari orang yang 'dot' bekas bulunya ada tiga dot. tiga dot macamana? Aku nak kepastian.
Dalam zaman IT ni maka aku cari dalam internet. Yes!! Dapat. Dalam blog malimkundang.
Ni yang aku kongsi kepada semua.
Cuba perhatikan dot lubang kulit ini. Ni biasanya untuk kasut.
Ni kalau pada briefcase.
Sekiranya anda regangkan kulit tersebut maka anda akan nampak jelas dot yang tiga tu. Dot tu 3dot dalam satu group!
Selain tu beberapa product yang menggunakan kulit babi ni adalah seperti sarung tangan kulit. Beg tangan wanita, dompet dan sebagainya. Ciri-ciri kulit babi ni adalah kulit tu lembut (kulit lembu pun lembut juga). Maka berhati-hati lah! Kebanyakan product dari China menggunakan kulit babi.
Barangan dari kult babi boleh dilihat dalam link ni: http://www.ec21.com/ec-market/Pigskin.html
Contoh products dari kulit babi,
Sarung tangan seperti ini dijual secara meluas di kedai hardware. Aku pun pernah beli. Aku baru buang menda tu. Cehhh!! terkena aku! Kerana kejahilan aku sendiri.
Selain dari itu aku pernah mendengar (dari sumber kawan bukan ustaz atau ustazah) mengatakan bahawa kulit haiwan selain dari kulit haiwan yang halal dimakan contohnya kulit harimau, buaya, ular dan sebagainya adalah HARAM bagi kita menggunakannya.
Selain dari itu aku pernah mendengar (dari sumber kawan bukan ustaz atau ustazah) mengatakan bahawa kulit haiwan selain dari kulit haiwan yang halal dimakan contohnya kulit harimau, buaya, ular dan sebagainya adalah HARAM bagi kita menggunakannya.
Aku mohon sesiapa yang arif tentang ni tolong masukkan dalam entri. Ustaz dan Ustazah atau sesiapa yang ada sumber sahih. Jangan dalam komen.! Buat entri baru. Supaya kita boleh kongsi maklumat dan ilmu.
Ulasan
3 dots tu bulu roma babi ke?