Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Malam Jumaat Keliwon Part 8

Filem Ibu Mertuaku telah berjaya membuat kita terlalu membenci Nyonya Mansur kerana beliau telah memutuskan hubungan percintaan yg agung antara Kasim Selamat dan Sabariah kerana beliau tak mau anaknya bermain cinta dgn ahli musik sehingga Kasim Selamat buta matanya. Bertahun tahun kita memihak Kasim Selamat hingga kita lupa ada yg lebih besar dari cinta…Kita juga membenci Dr Asmadi bila dia tak suka anak Sabariah bermain musik semasa kecil..Atas nama cinta kita dan masyarakat melayu tetap menyebelahi Kasim Selamat dan memusuhi seperti Nyonya Mansur… “ Aku merasa hairan kenapa Tuhan jadikan kau manusia…. Bukankah lebih baik kau dicipta sebagai haiwan.. Agaknya dalam usia tersisa… 1. Adakah kita akan bersikap seperti Nyonya Mansur dalam pemilihan menantu? 2. Adakah kita masih memarahi Dr Asmadi kerana menegur anak Sabariah? 3. Patutkah kita memanggil Ibu Mertua dengan panggilan “ KAU” dan menyamakannya dengan haiwan.. Jawablah dengan hati yg jujur dengan kepala yg dingin seikhlas2...

MG di rumah Zaiha

Imej
jejaka m2: dari kiri, jamil sein, sarian, kamisan, jastan, zainuddin dan baharudin bersama pasangan masing-masing, kecuali aku dan zaiha. kamisan dan zainuddin tak bawa isteri.... classmate lama..... sedang seronok bersembang makanan pun sedap...terima kasih tuan rumah kami tengah mengutuk pakroslan.... ( yg tak dapat hadir sama, tapi dia yg pulun nak buat MG ni....hehehe ) Pada 25 Dec lepas, satu MG telah dapat di adakan di rumah sahabat kita Zaiha Arifin di Tmn Austin Perdana, JB. Aku yang kebetulan memang kena turun ke JB kerana untuk meraikan majlis bertandang di Pontian pada 26 Dec telah dapat turut serta..... alhamdulillah, dapatlah aku berjumpa kembali dengan classmate aku Sarian dan Jastan yang takda semasa reunion kali pertama di Kluang dulu. Pakroslan...... dimana kamu?

Siri Gambar Lama: Putera SMSJ (1977)

Imej
minta maaf kepada senior kerana publish gambar ni, tetapi kita memang rapat kan...aku paling terkenang budak baju merah pakai cermin mata , baris belakang tu.... kat manalah dia sekarang ek?

Siri Gambar Lama: Puteri SMSJ

Imej
sila berikan nama mereka....sebab...ramai dah tak ingat..

ilmu tetap ilmu

Imej
selamat menyambut tahun baru... Semasa cuti panjang ketika mengemas fail-fail lama kepunyaan sendiri dan suamiku maka terjumpalah sekeping risalah kepunyaan suamiku semasa bertugas di Balai Bomba Jalan Kubu Melaka Bandaraya Bersejarah bertarikh 3.12.1993 (Jumaat) . Tuan Gurunya ialah Ustaz Ahmad b.Wahab . Kalau keempat-empat perkara ini diamalkan insya Allah akan masuk syurga.................Ayat Yaaiyuhannas di pecahkan kepada: 1. Beri Makan 2. Sambungkan Silaturrahim 3. Solat Tengah Malam 4. Sebarkan Salam ( Beri Salam ) 10 kali dalam sehari. Semoga amalan wajib dan ditambah seperti yang disarankan membawa kita menuju kebahagiaan abadi. Amin. fikir fikirkanlah

surat seorang isteri dan suaminya

Imej
kak aishah manap.....igauan pemuda zaman tuu..gambar hiasan Dear abang, Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli k...

Kemenjadian Batch 1978 part 4

Imej
Prof Dr Arbakaria ...satu contoh kemenjadian SMSJ batch 1978 Anak melayu, dari perkampungan melayu, enviromentnya semua berbahasa ibunda, kemiskinan, kedhaifan dan serba susah dan sederhana, pemikiran, diri dan pakaian. Dua anak murid dari SMSJ batch 1978 bergelar Dr dan mempunyai Phd. Dr Faudziah dan Dr Arbakaria, seorang dari kelas M2 dan seorang lagi dari kelas M1. Kami dari batch 1978 numpang berbangga kerana kedua duanya mengambil Phd mereka di UK. Tempat yang menjadi idaman semua student masa tu. Aku sehingga sekarang teringin nak ke sana melancung atau belajar di sana. Kecekalan mereka menembusi tembuk tebal, memanjat dan mendaki ke menara tinggi hingga ke tahap itu amat memberikan inspirasi kepada semua. Dr Faudziah dan Dr Arbakaria tidak hilang jatidirinya, tidak sombong menumpang mesra dengan kita walau mereka berdua sebenarnya berada di dalam kategori yang berlainan. Sikap mereka ini amat membanggakan, kami dari semua kelas E atau M selesa bercanda dan bergurau dgn mereka be...

Kemenjadian Batch 1978 part 3

Imej
Part 1....aku highlightkan apa yang ada pada kita adalah satu aset, sudikah kita berkongsi? Part 2....aku luahkan pendapat peribadi aku kepada satu dasar yang menghalang kepada kemenjadian kita di sms dan dasar itu masih berterusan hingga kini? Kali ini aku imbau keresahan kita semasa menghadapi SPM/MCE dahulu. Yang mana aku ingat, aku tak tau di sebalik dinding aspuri dan kumpulan elit....pengawas...camana dia orang study, aku tau dia orang memang best..tu saja... Mac 1977 adalah tahun yang menggerunkan kepada batch 1978....ini adalah kerana keputusan SPM/MCE batch 1977 keluar dengan kejayaan yang amat cemerlang. Batch yang paling ramai dgn 10 kelas, gabungan 1st batch Sains Johor dan 1st batch Sains Melaka. Mak ai...darsyatnya kejayaan mereka, nama nama pelajar cemerlang menjadi sebutan, ramai mereka ke UK, Australia, dll meneruska pengajian. Kita mula merasai debarannya dalam hati...alamak...macamana keadaan aku? Ketawa ketawa jugak, gurau semacam jer, namun hari demi hari mendekatk...

Bagio bertemu Jastan di Pasir Gudang

Imej
Dapat panggilan telefon dari Bagio pukul 1.30 petang. Dia berjumpa dengan Jastan di Kompleks Kastam Pelabuhan Johor, Pasir Gudang. Dia panggil aku join sekali makan tengahari dekat kafeteria kastam pintu masuk pelabuhan sebab Jastan bertugas hari ini. aku pun terus kesana dengan orang rumah aku. aku ada ambil gambar untuk tatapan kawan2 sekelian. Kepada semua Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah.

Kemenjadian Batch 1978 part 2

Imej
hati murid miskin yang menangis kerana di denda bukan kerana salahnya adalah 'bala' pada guru yang mendendanya itu....doanya adalah doa orang yang teraniaya Aku melontarkan satu pemikiran untuk tujuan perkongsian. Pemikiran aku itu aku mulakan betapa tinggi nilai aset pada pengalaman kita dalam kembara kehidupan ini selepas menimba pengalaman di SMSJ. Ada mengalami pengalaman pahit maung dan tidak kurang juga yang menerima pengalaman manis semasa di situ. Semuanya memberikan makna. Negatif atau positif. Nilai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran selama 35 tahun selepas kita kembara dan berkelana di dunia ini boleh kita sepadukan di bawah satu program, projek atau usahasama berstatuskan khidmat sosial. Paling dangkal boleh menjadi satu kajian tindakan [ action research ] kepada pihak tertentu....untuk siapa? untuk anak anak genarasi kita...itu satu. Kali ini kita lihat tentang dasar SBP [ Sekolah Berasrama Penuh ] Atas nama Sekolah Berasrama Penuh. Muridnya adalah murid pilihan...

Terima Kasih

Imej
Kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kekawan , senior2 yang dapat hadir ke majlis kami yang tidak sepertinya.... Kami menyusun jari sepuluh jika terdapat sebarang kekurangan di majlis tersebut, maaf tak dapat memberi layanan dengan sempurna....semoga tidak serik untuk berkunjung ke teratak kami lagi. ...

GENAP SETAHUN KITA BER RE UNION

Hari ini 131209 dah genap setahun kita ber reunion..Yang berada di Lembah Kelang dan kawasan yang sewaktu dengannya berjumpa di Majlis Perkahwinan anak sulung Abg Rosli & Fatimah di Tanjung Malim. Mungkin yang di Selatan...berjumpa di rumah Habibah.. Sehingga jam 3 petang tadi batch SPM/MCE yang hadir adalah aku, Usop, Wak Jan, Zainuddin (Gajah), Mohd Nor, Md Khir, Norin, Azhar (Baby), Alimah dan Sukimin. Aku tak bawak kamera, jadi aku tak de foto. Sapa-sapa ada foto terutamannya Md Khir...sila masukan foto.

Malam Jumaat keliwon Part 9

Setiap orang pernah menerima dugaan atau cubaan dari Allah Yg Maha Esa samada kecil atau besar. Tanyalah siapapun… dari murid hingga ke Guru Besar. Dari nelayan hingga kepada Perdana Menteri. Kadang2 kita diuji dengan kemiskinan dan kadang2 kita di uji dgn kekayaan hingga kita menjadi kufur kepada nikmat Allah…Kita perlu tabah dan redha dengan semua ujian itu tapi benarkah kita seorang yg tabah? Berapa lama agaknya kerinduan kita boleh bertahan apabila berpisah dgn anak kita? Adakah kita telah cukup tabah sekiranya Allah swt mengambil seorang dari anak kita? Cuba kita perhatikan ketabahan seorang Jaga yg berumur 46 tahun.Beliau sanggup berpisah dgn anak dan istrinya diwaktu malam untuk bekerja semata mata demi RM21/sehari. Beliau sanggup menyabung nyawa demi keamanan estate dan tidak pernah lupa untuk tabek Manager setiap kali melintas didepan pondok kawalan. Beliau ada seorang watchman yg cuma berkopiah walaupun tidak pernah ke Mekah. Azamnya hanya satu… memberi pendidikan yg terbaik ...

AMALKAN BAHASA CINTA

Malam ini aku enteri sedikit tips bagi pengubat "kepada benci tapi rindu "   Bahasa Cinta 1 :  Kata-kata yang memberi keyakinan   Kata-kata pujian, ungkapan penghargaan dan galakan adalah penghubung cinta yang paling berkesan.   Bahasa Cinta 2 : Masa berkualiti Meluangkan masa berkualiti bersama menjelaskan bahawa anda benar-benar mengambil berat satu sama lain dan gembira di sampingnya. Bahasa Cinta 3 :  Menerima hadiah Hadiah menunjukkan anda kasih dan mengambil berat; memperkukuhkan hubungan yang terjalin. Bahasa Cinta 4 :  Berbakti Luahkan kasih sayang dengan menunjukkannya! Lakukan apa saja yang terbaik untuk menggembirakan pasangan. Bahasa Cinta 5 :  Sentuhan fizikal Daripada sekadar mencuit hinggalah kepada ciuman paling mengasyikkan, sentuhan fizikal adalah satu bentuk komunikasi yang paling berkesan. Sumber : The Five Love Language (Gary Chapman)   Ini boleh dilakukan oleh suami ataupun isteri.      ...

Memori Di Johor Bahru

Imej
Salam semua rakan-rakan. Agak lama juga saya tidak menghantar entri. Selalu juga ziarah ke blog kita, tapi untuk menyumbangkan entri tu yang belum berkesempatan dan belum ada idea yang boleh dikongsi bersama. Petang tadi saya mengemaskini album-album koleksi foto saya yang hampir 25% rosak dek kerana banjir tahun 2007 yang lalu. Terjumpa lah foto-foto masa bersekolah dulu. Memandangkan sejak kebelakangan ini, ada rakan-rakan kita yang asyik terkeliru saja antara saya dan Norin, maka saya lampirkan foto-foto ini. Maklumlah umur pun dah hampir separuh abad kan... Sekejap ingat, sekejap lupa. PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 1 Duduk dari kiri: Rosilawati, Norela (Norin), Habibah, Cikgu Rubiah, Saadiah, Azida dan Faudziah. Barisan tengah dari kiri: Norlila (Lila), Rosnah, Aliah, Ee Huei Wuan, Hafizah, Zubaidah dan Fatimah. Barisan belakang dari kiri: Zauyah, Norlida, Latifah, Zaiha dan Jasminah. PELAJAR FORM 1E1 1974 Duduk dari kiri: Sia, Md. Ibrahim, Norlila, Huei Wuan, Cikgu Onn, Ragunath, H...

SELAMAT HARI LAHIR

Imej
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN yang ke 48 Sukimin bin Juki (5M1) pada 05/ 12 /09 dengan ucapan semoga tenang menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, dijauhkan dari mara bahaya dan dikurniakan kebahagiaan hidup selamanya.

Jemputan Walimatul urus

Imej
Untuk semua sahabat kami SPM/MCE batch 78, yang mana tak dapat kad jemputan lagi, kami sekeluarga dengan besar hati menjemput sahabat semua ke rumah kami untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anak kami seperti yang tertera di kad jemputan di atas.

SELAMAT HARI LAHIR

Imej
SELAMAT HARI ULANG TAHUN HJ MOHD ZAIDI BIN IBRAHIM . SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMUR SERTA DIBERI KEKUATAN UNTUK MENJALANKAN AMAL IBADAT... AMIN

Serupa Tapi Tak Sama

Imej
Walaupun serupa tapi tak sama, namun yang penting ialah dua-dua suka

Jawapan Teka-Teki

Imej

MG di Rumah Arbakariya Arif

Imej
Mini Gathering ini diinisiatifkan oleh Mohd. Khir apabila Shukri Mutamim datang ke KL untuk berkursus. Dengan bantuan boss MG si Said Ahmad, maka semua diwar-warkan untuk hadir melalui kiriman emel dan SMS selain undangan melalui panggilan telefon oleh Bakariya sendiri. Yang hadir Shukri Mutamim, Said Bakar, Mohd. Noor, Said Ahmad, Noorsham, Mohd. Khir, Syed Mohamad, Jamalulail, Fuad, Yusof, Sha'ri, Sukimin, Member dan tuan rumah Arbakariya Yusof, Noorsham, Said Bakar, Fuad, Syed Mohamad dan Shukri Mutamim Shukri, Said Bakar, Said Mohamad, Noosham, Fuad, Member dan Yusof