Malam Jumaat Keliwon Part 8

Filem Ibu Mertuaku telah berjaya membuat kita terlalu membenci Nyonya Mansur kerana beliau telah memutuskan hubungan percintaan yg agung antara Kasim Selamat dan Sabariah kerana beliau tak mau anaknya bermain cinta dgn ahli musik sehingga Kasim Selamat buta matanya. Bertahun tahun kita memihak Kasim Selamat hingga kita lupa ada yg lebih besar dari cinta…Kita juga membenci Dr Asmadi bila dia tak suka anak Sabariah bermain musik semasa kecil..Atas nama cinta kita dan masyarakat melayu tetap menyebelahi Kasim Selamat dan memusuhi seperti Nyonya Mansur…
“ Aku merasa hairan kenapa Tuhan jadikan kau manusia…. Bukankah lebih baik kau dicipta sebagai haiwan..
Agaknya dalam usia tersisa…
1. Adakah kita akan bersikap seperti Nyonya Mansur dalam pemilihan menantu?
2. Adakah kita masih memarahi Dr Asmadi kerana menegur anak Sabariah?
3. Patutkah kita memanggil Ibu Mertua dengan panggilan “ KAU” dan menyamakannya dengan haiwan..
Jawablah dengan hati yg jujur dengan kepala yg dingin seikhlas2nya…

K ita marah bila tukang masak lambat menyediakan makanan yg kita order di warung walau pun kelewatannya agak kecil dan kadang2 kita komplen terus pada towkey kedai hg tukang masak tersebut dimarahi. Kita juga merungut bila bayaran yg dikenakan agak mahal sedikit dan kita berkempen pada teman2 supaya jgn ke warung itu lagi. Mgkn kita memang manusia yg bukan jenis penyabar…
Agaknya dalam usia tersisa…
1. Kenapa kita sanggup beratur sambil berdiri agak lama dengan membayar parking kereta hanya untuk membeli ayam goring atau pizza restaurant dgn sabar tanpa merungut ?
2. Kenapa kita tak pernah kata mahal dan sanggup beri “baki lebihan wang” kepada restaurant Public listed?
3. Sebenarnya kita adalah pengiklan percuma bila setiap ayam goring atau pizza yg kita bawa balik kerana terang2 tercetak nama restaurant tersebut…
Berfikirlah dengan hati yg jujur seikhlas mungkin….

Dalam usia yg tersisa , berfikirlah adakah ayah atau ibu kita semasa berusia 48 tahun dulu berperangai macam kita pada hari ini…..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
aku teringat sentil tembakau mak sabariah tu dn teringat jugak kat mbah aku kampung... masa kecik2 aku suka sorok sentil tembakau mbah aku tu...

abg mim, ko tau ape tu mbah????

syukur.. aku lahir dalam keluarga demokrasi, hehe...
kassim berkata…
Bar, wong cino iso ngomong jowo.. tapi kito wae campur karo wong cino.. orak iso ngomong cino..

Bagio, tang adegan kat kubur dlm cerita Ibu Mertuaku tu sungguh tragis.. tapi bila otak tak dpt nak kawal perasaan..mcm2 ayat akan keluar dari mulut..nasib baik masa tu aku belum lahir lagi..itu sebabnya ar. bapak aku namakan aku sempena cerita tu.. agaknya
bong berkata…
Alah Kassim... maaf kan mak.. Kassim... Bag kau jangan butakan mata kau tau..Wak Mim kau tak pa blh butakan mata kau nanti Teja tolong rawat... tapi jgn cerita kat Usop
Tanpa Nama berkata…
hallo Kassim Marsidi Apa Kabau
kassim berkata…
SK, aku baik2 aje..kau ni sangkluang atau sangkalong..asyik bergantung.. bila lagi nak turun ke bawah? Kalau sang kancil..kita panggil sicerdik..sang lamri sipemangsa .. sangkluang apa pula?

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI