MG di rumah Zaiha
kami tengah mengutuk pakroslan....
( yg tak dapat hadir sama, tapi dia yg pulun nak buat MG ni....hehehe )
Pada 25 Dec lepas, satu MG telah dapat di adakan di rumah sahabat kita Zaiha Arifin di Tmn Austin Perdana, JB. Aku yang kebetulan memang kena turun ke JB kerana untuk meraikan majlis bertandang di Pontian pada 26 Dec telah dapat turut serta..... alhamdulillah, dapatlah aku berjumpa kembali dengan classmate aku Sarian dan Jastan yang takda semasa reunion kali pertama di Kluang dulu.( yg tak dapat hadir sama, tapi dia yg pulun nak buat MG ni....hehehe )
Pakroslan...... dimana kamu?
Ulasan
Tragisnya... Ketika itu dia di th 1 UTM..cuti semester ..pergi memancing di kelong pantai Sg Lurus Senggarang,B Pahat. Beliau mati lemas ktika cuba berenang pulang ke pantai...Aku kenali dia sbg anak yg solleh.. tidak tinggal solat.
Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya...
Salam
Tapi kalau aku sorang rasanya tak berani jugak....kalau ada G, Bibah, Zie, Rohana, Bakyah semua.... best jugak ek..... sesekali belasah dia, sbb masa sekolah dulu , dia tak bagi chance langsung kat kami....hehehehe
Sorang lagi classmate saya, Razak Maharani, katanya ada berdekatan dgn JPJ Pontian...., tak sempat nak cari ari tu....
terima kasih pada kekawan yang hadir. MG ni idea last minit, sebab tu tak dapat nak inform ramai., mana yang tak dapat jemputan tu sorry le ....lain kali kita plan awal2 dan cari tarikh yang sesuai. Oops, kalau plan awal selalu tak menjadi pulak. Aku gembira sangat macam orang dapat menantu pulak hari tu...Ada ke yang berkenan dengan anak perempuan aku tu... he..he..he
rasanya aku bersyukur kalau team kau nak belasah aku... rasanya macam dapat lailatul kadar aja..
Salam Zaiha,
Aku tak de masalah bermenantukan anak kau tapi ada masalah sikit berbesankan kau...