Memori Di Johor Bahru

Salam semua rakan-rakan.

Agak lama juga saya tidak menghantar entri. Selalu juga ziarah ke blog kita, tapi untuk menyumbangkan entri tu yang belum berkesempatan dan belum ada idea yang boleh dikongsi bersama.

Petang tadi saya mengemaskini album-album koleksi foto saya yang hampir 25% rosak dek kerana banjir tahun 2007 yang lalu. Terjumpa lah foto-foto masa bersekolah dulu. Memandangkan sejak kebelakangan ini, ada rakan-rakan kita yang asyik terkeliru saja antara saya dan Norin, maka saya lampirkan foto-foto ini. Maklumlah umur pun dah hampir separuh abad kan... Sekejap ingat, sekejap lupa.

PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 1

Duduk dari kiri:
Rosilawati, Norela (Norin), Habibah, Cikgu Rubiah, Saadiah, Azida dan Faudziah.
Barisan tengah dari kiri:
Norlila (Lila), Rosnah, Aliah, Ee Huei Wuan, Hafizah, Zubaidah dan Fatimah.
Barisan belakang dari kiri:
Zauyah, Norlida, Latifah, Zaiha dan Jasminah.


PELAJAR FORM 1E1 1974


Duduk dari kiri:
Sia, Md. Ibrahim, Norlila, Huei Wuan, Cikgu Onn, Ragunath, Hafizah, Rosilawati, Md. Noor dan Amirudin.
Barisan tengah dari kiri:
Shaari,Hishamudon, Fadzullah, Noorsham, Amin, Mustafa Kamal, Jaafar, Ibrahim Isa, Elham dan Rosli.
Barisan belakang dari kiri:
Kew, Firus, Rous, Md. Azman, Shamsudin, Azman, Esa, Yahya dan Kamaludin.

Ulasan

fati berkata…
Terima kasih Lila...... fati nak simpan foto dak perempuan ni.... seronoknya tengok gambar masa budak2 ek.... rasa muda kejap....hehehe
kembara kelana berkata…
aku pun simpan jugak sebab nilah kali pertama aku nengok fatie bertocang....hahahahaha dan telan air liur aku kerana ketakutan melihat.........hahahahahaha.
Alimor Sipon berkata…
Aku suka tengok gambar budak2 pompuan dekat KPTAM yg kaki senget duduk baris depan. Bibah kat mana sekarang?
fati berkata…
Bibah kat Kota Tinggi, kerja kat SAJ, duduk kat Felda Bukit Waha, saya jumpa dia masa kahwin anak perempuannya yg sulung masa saya duduk di JB dulu. Dia ada cucu dah....
bong berkata…
Fati, Simpang Waha atau Bukit Waha. 13/12/2009 ni Bibah ada mengundang aku ke majlis kenduri kahwin anaknya yg ke 2 sama tarikh dengan undangan kau Fati. Tak tau len nak pergi yg mana nanti aku buat solat sunat istiqarah.
kembara kelana berkata…
dah lah bong , tak payahlah sampai kau susah payah nak sembahyang sunat pulak....aku tau kau tak pergi mana mena kenduri pun sebab mak aji tak mau ikot....kau akan kata, kau ada kerja kat kuantan...hehehehehe probok bong probok....lagi satu aku sampai sekarang tak eprnah cakap lagi dan bib...bila aku boleh berjumpa dan bersembang dengan bib...aduhh...malngnya aku...
bong berkata…
Sop, aku tau aku ni sapa,jauh sgt jauh jika dibandingkan dgn kau. Aku minta maaf je le.
kembara kelana berkata…
bong mula dah....merajuk ler pulak...jangan marah bong ..
fati berkata…
Bong, mana jauhnye dari kUantan nak ke Tg Malim, tak sampai 3 jam pun! ( aku dah try bong....) Tapi kalau kau nak pi rumah Bibah kat kota, jauhlah sikit....rasanya 4 jam lebih sikit baru sampai...heheheh
kembara kelana berkata…
aku rasa bong akan pergi kedua duanya..fatie..
bong berkata…
Fati, jarak l/kurang je, cuma ke KT xda higway. Aku rasa kita kena bagi 2, sama2 kita raikan kwn2 kita
pakroslan berkata…
Salam,
Demi Bibah...
Tanpa Nama berkata…
bagio...aku pung
pakroslan berkata…
Bagio... aku pong... macam org terengganu aja

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI