Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir
Hari ni anak aku yang bongsu ada sessi motivasi UPSR kat sekolah dia. Bila aku baca surat pekeliling dari sekolahnya penceramah yang akan memberikan motivasi tu tak lain dan tak bukan Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir. Dia senior kita setahun, batch 77 kelas 5E4. Aku sempat ke sekolah anak aku semasa dia menyampaikan ceramahnya dan snap beberapa fotonya. Sekarang ni dia bertugas di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia UTM, Skudai. Kepada sesiapa yang nak panggil dia untuk memberikan ceramah motivasi bolehlah menghubungi dia. Tak kira mana pun kata dia, satu Malaysia dia ada beri ceramah.
Ulasan
gambar kliasik ni..riang dan gembiranya mereka semua..100% sedang ketawa dan ceria..sorang jer budak baju kuning tu nengok ke arah lain.. teringat bunga 3 serangkai..zaharah, zuraini dan faezah.... rupanya kau ada kat celah celah situ pulak jida...
ada banyak lagi pic yang aku kidnap dalam fb...raihana kirim salam kat kau...