Malam Jumaat keliwon Part 9

Setiap orang pernah menerima dugaan atau cubaan dari Allah Yg Maha Esa samada kecil atau besar. Tanyalah siapapun… dari murid hingga ke Guru Besar. Dari nelayan hingga kepada Perdana Menteri. Kadang2 kita diuji dengan kemiskinan dan kadang2 kita di uji dgn kekayaan hingga kita menjadi kufur kepada nikmat Allah…Kita perlu tabah dan redha dengan semua ujian itu tapi benarkah kita seorang yg tabah? Berapa lama agaknya kerinduan kita boleh bertahan apabila berpisah dgn anak kita? Adakah kita telah cukup tabah sekiranya Allah swt mengambil seorang dari anak kita?

Cuba kita perhatikan ketabahan seorang Jaga yg berumur 46 tahun.Beliau sanggup berpisah dgn anak dan istrinya diwaktu malam untuk bekerja semata mata demi RM21/sehari. Beliau sanggup menyabung nyawa demi keamanan estate dan tidak pernah lupa untuk tabek Manager setiap kali melintas didepan pondok kawalan. Beliau ada seorang watchman yg cuma berkopiah walaupun tidak pernah ke Mekah. Azamnya hanya satu… memberi pendidikan yg terbaik kepada anak anaknya..

Seperti bapa2 yg lain beliau ingin juga membawa keluarganya berkelah semasa cuti sekolah tapi kemampuannya hanya sekadar berkelah sambil memancing terusan Estate. Sesungguhnya Allah swt ingin menguji keimanannya dengan mengambil 4 dari 6 anaknya dalam satu masa didepan nya sendiri….Subahanallah….dia tetap tabah kerana dia tahu bahawa Allah swt tidak akan menambahkan tingkat keimanan seorang itu sebelum diujiNya….

Mgkn kita pernah di uji dgn gagal dlm peperiksaan. Mgkn kita di uji dengan banjir di rumah kita. Mgkn juga kita di uji dengan kemalangan jalan raya . Mgkn kita diuji dgn kematian istri atau suami tapi semua ujian itu kita harungi dgn tabah. Tapi pernahkah kita di uji dgn kematian 4 anak serentak didepan mata kita???….

Usop, kau mesti kenal lelaki yg aku ceritakan kerana dia bekerja sebagai jaga kat estate aku. Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas semua roh anak anaknya… amin…..alfatiha

Ulasan

bong berkata…
Bagio aku yg pertama. Aku tabik pada Tok Jaga tu. Klu aku tak tentu lagi, tapi mcm aku kata kita kena harungi juga kerana kita ada perasaan. Kenapa kau tak contohkan diri kau dan Usop. Selalu tinggalkan isteri dan anak2. Wak Bar kau tu tinggalkan bini bila pegi memancing je. Tapikan aku setuju dgn Usop kau ni sekarang dah celik IT, kenapa ye? Kerana Teja ke? Fati kau boleh ikut mcm isteri Bagio dan Usop kerana kena tinggal setiap minggu. Mrs Jan kau ajar le Wak celik mcm Mimbar. Kau cakap dgn dia ramai Makwa dlm Blog ni, tentu dia nak punya.
Asha berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
maya maizura shahrudin berkata…
Innalillah...

kesiannye..mungkin ade hikmah disebaliknya.kita tak tau.. moga dia tabah dengan dugaan dari Allah.
Amin..
AlFatihah..
Tanpa Nama berkata…
moga tabah menghadapi dugaan..
pakroslan berkata…
Salam,
mgkn kita sedih ketika memandikan satu jenazah ketika anak kita meningal dunia.... aku lihat dgn mata aku macam mana tabahnya emak dia memandikan 4 jenazah anaknya... tanpa air mata dan tanpa rasa penyesalan... Subahanallah...
Asha berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Asha berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI