Kemenjadian Batch 1978 part 2
hati murid miskin yang menangis kerana di denda bukan kerana salahnya
adalah 'bala' pada guru yang mendendanya itu....doanya adalah doa orang yang teraniaya
Aku melontarkan satu pemikiran untuk tujuan perkongsian. Pemikiran aku itu aku mulakan betapa tinggi nilai aset pada pengalaman kita dalam kembara kehidupan ini selepas menimba pengalaman di SMSJ. Ada mengalami pengalaman pahit maung dan tidak kurang juga yang menerima pengalaman manis semasa di situ. Semuanya memberikan makna. Negatif atau positif. Nilai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran selama 35 tahun selepas kita kembara dan berkelana di dunia ini boleh kita sepadukan di bawah satu program, projek atau usahasama berstatuskan khidmat sosial. Paling dangkal boleh menjadi satu kajian tindakan [ action research ] kepada pihak tertentu....untuk siapa? untuk anak anak genarasi kita...itu satu.
Kali ini kita lihat tentang dasar SBP [ Sekolah Berasrama Penuh ] Atas nama Sekolah Berasrama Penuh. Muridnya adalah murid pilihan. yang cerdik sahaja layak disini. Muridnya mesti 'menjadi'...jika tidak, sorry, anda perlu sekolah harian biasa...anda tak layak... sejak dulu lagi menda ni dah dilaksanakan dan sekarang menjadi budaya di semua SBP di Malaysia.
Ini satu dasar. Dasar apatheid, dasar kasta....dasar yang membeza bezakan...semua pendidik tahu dasar ini bertentangan dengan dasar pendidikan negara dalam KBSR dan KBSM. Mereka mengadakan pelbagai kajian bahawa streaming class tak elok untuk murid, mereka kata, murid murid jangan di bahagikan kepada pelbagai kumpulan mengikut pencapaian. Namun Pelaksana tidak melaksanakan hal ini. Bukan sekarang...tapi sejak dulu lagi. KPM kata jangan buat begitu dalam KBSM namun SBP masih meneruskan dasar 'menyahmurid' yang tidak berapa 'menjadi'. Adakah dasar ini wajar? Perlu diteruskan? Kenapa bertentangan?
Tidak mereka terpikir kesan psikologi yang bakal dialami oleh mereka yang malang itu. Perlaksana dasar di Malaysia akan garang dengan anak orang lain, kalau kena anak sendiri, lain pulak ceritanya...Persoalannnya kenapa murid yang asalnya begitu cemerlang bila masuk ke Sekolah Sains [ contoh ..] tidak berapa menjadi? Kenapa intan berkilauan yang diberikan kepada kamu, kamu pudarkan cahayanya?
Umum mengetahui faktor kemerosotan murid ialah
1. Faktor murid itu sendiri...malas, tidak berusaha, genetik, lupa diri, tiada disiplin dll
4. Faktor Pentadbir itu sendiri yang bukan pakar dalam kepimpinan pengajaran, meletakkan hal lain lebih utama dari pencapaian akademik murid , jadi Pengetua sibuk nak kejar nama dll.
Kenapa hanya murid itu saja yang mengambil risiko kena buang sekolah, jika pencapaiannya merosot. Entah sudah berapa ribu murid yang disingkir oleh dasar SBP ini. Dan dasar ini masih berterusan hingga hari ini. Kalau aku jadi menteri pelajaran, pelajar cerdik ni gagal atau tak capai tahap tertentu, cikgu yang ngajar subjek lemah itu, GPK 1 dan Pengetua nya aku tukarkan ke sekolah harian biasa, bukan pelajar miskin yang lemah dan tak berdaya itu. Sebab? Mereka gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Budak yang lemah itu aku bagi peluang untuk kali ke dua. Kalau gagal jugak memang nak kenalah...
Kali ini kita lihat tentang dasar SBP [ Sekolah Berasrama Penuh ] Atas nama Sekolah Berasrama Penuh. Muridnya adalah murid pilihan. yang cerdik sahaja layak disini. Muridnya mesti 'menjadi'...jika tidak, sorry, anda perlu sekolah harian biasa...anda tak layak... sejak dulu lagi menda ni dah dilaksanakan dan sekarang menjadi budaya di semua SBP di Malaysia.
Ini satu dasar. Dasar apatheid, dasar kasta....dasar yang membeza bezakan...semua pendidik tahu dasar ini bertentangan dengan dasar pendidikan negara dalam KBSR dan KBSM. Mereka mengadakan pelbagai kajian bahawa streaming class tak elok untuk murid, mereka kata, murid murid jangan di bahagikan kepada pelbagai kumpulan mengikut pencapaian. Namun Pelaksana tidak melaksanakan hal ini. Bukan sekarang...tapi sejak dulu lagi. KPM kata jangan buat begitu dalam KBSM namun SBP masih meneruskan dasar 'menyahmurid' yang tidak berapa 'menjadi'. Adakah dasar ini wajar? Perlu diteruskan? Kenapa bertentangan?
Tidak mereka terpikir kesan psikologi yang bakal dialami oleh mereka yang malang itu. Perlaksana dasar di Malaysia akan garang dengan anak orang lain, kalau kena anak sendiri, lain pulak ceritanya...Persoalannnya kenapa murid yang asalnya begitu cemerlang bila masuk ke Sekolah Sains [ contoh ..] tidak berapa menjadi? Kenapa intan berkilauan yang diberikan kepada kamu, kamu pudarkan cahayanya?
Umum mengetahui faktor kemerosotan murid ialah
1. Faktor murid itu sendiri...malas, tidak berusaha, genetik, lupa diri, tiada disiplin dll
2. Faktor Guru yang mengajar....tidak minat, tidak sayang murid, tiada ilmu pedagogi yang mantap berhadapan dengan pelajar cerdik dan kurang content khowledgenya
3. Faktor Persekitaran mereka....terlalu banyak upacara, persiapan, perayaan, dasar dasar pelik di sekolah, atau budaya di asrama...warden hanya tahu cari salah bukan meyelami masalah.4. Faktor Pentadbir itu sendiri yang bukan pakar dalam kepimpinan pengajaran, meletakkan hal lain lebih utama dari pencapaian akademik murid , jadi Pengetua sibuk nak kejar nama dll.
Kenapa hanya murid itu saja yang mengambil risiko kena buang sekolah, jika pencapaiannya merosot. Entah sudah berapa ribu murid yang disingkir oleh dasar SBP ini. Dan dasar ini masih berterusan hingga hari ini. Kalau aku jadi menteri pelajaran, pelajar cerdik ni gagal atau tak capai tahap tertentu, cikgu yang ngajar subjek lemah itu, GPK 1 dan Pengetua nya aku tukarkan ke sekolah harian biasa, bukan pelajar miskin yang lemah dan tak berdaya itu. Sebab? Mereka gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Budak yang lemah itu aku bagi peluang untuk kali ke dua. Kalau gagal jugak memang nak kenalah...
Ulasan
kau jumpa tak aruah Zaid Jais?...Apa yang berlaku ialah memang ada pro and cont nya , aku cuma ingin mencari satu landasan keadilan.
1. adakah ibubapa mereka yang jauh di kampung itu diberikan peluang mendengar keadaan anaknya?
2. Sejauh mana kaunselor skeolah memainkan peranannya di sekolah
3. Bagaimana dengan warden sekolah? adakah dia mmengetahui masalah anak didik yang dijaganya itu? atau hanya memerap dalam bilik, bila bising atau puas dalam bilik baru buat rondaaan dan cari salah..indikatornya budak senyap..baik dan tak ada masalah
4. cg kelas cg mp yang mengajar tu semuanya mengajar dgn baik dan ambik tau?
alimah
bagaimana mengharap budak kecik yang kurang pengalaman, pengetahuan, kematangan dan hala tuju, menjadi ....kita yang matang ni lah yang pelru membantu mereka sedapat boleh...kalau dah cuba sedaya upaya...masih gagal...maka pelajar tu wajarlah di singkir dari SBP tu...
alimah
terima kasih memberikan input tadi...aku bukan emosi cuma bicara interlek sahaja...maaf kalau tersinggung...aku tak pertikai mana mana pihak tetapi nampaknya memang ada pihak yang tidak berfungsi dan berkarat disana sini.