HAPPY BIRTHDAY, HAFIZAH
Salam semua. Sudah agak lama saya tidak menyumbangkan apa-apa entri untuk blog kita. Maaflah, bukan kerana tiada masa terluang atau atas sebab2 kesihatan... Saya semakin sihat walaupun tidaklah boleh sembuh 100%, namun ALLAH telah mengurniakan saya keupayaan untuk menjalani kehidupan seperti biasa. ALHAMDULILLAH.
Seperti yang tercatat dalam entri sebelum ini, hari ini adalah Hari Lahir Aliah (5E2) dan Hafizah (5E1). Walaupun kita belum dapat menerima apa-apa kabar berita tentang Aliah, saya juga mendoakan agar Aliah sentiasa diberikan perlindungan Allah, diberkati selalu dan sihat wal'afiat hendaknya, Ameen. Happy Birthday, Aliah.
Tahun 6A SK Tengku Mariam (1973)
Baris belakang -no. 2 dari kanan ialah Hafizah.
Baris tengah- dari kanan no. 5 ialah Azie dan no.15 ialah saya.
Mungkin ramai di antara rakan-rakan sekelian yang tidak mengetahui bahawa Hafizah adalah rakan sekelas saya sejak dari sekolah rendah lagi. Sek Keb. Tengku Mariam Batu Pahat merupakan tempat kami mula-mula mendapatkan ilmu pengetahuan sehinggalah di Tahun 6. Isteri Hj. Yahya Selamat (5E1), Azimah Ayub (Azie) juga adalah rakan sekelas kami pada ketika itu. Jangkamasa perkenalan yang panjang itu, akhirnya terputus sebentar selepas masing-masing meninggalkan SMSJ selepas SPM/MCE pada tahun 1978.Ketika kesihatan saya masih belum pulih dalam tahun 2009, Hafizah ada beberapa kali menelefon saya. Akhirnya, pada hari Sabtu, 16 Januari yang lalu, setelah membuat tempahan untuk bermalam di homestaynya, kami telah dapat bertemu semula. Rupa-rupanya pada hari itu keluarganya mengadakan Majlis Pertunangan anak perempuannya. Langkah kanan lah kiranya kami sekeluarga. Di antara juadah hidangannya, Laksa Johor dan Agar-agar Cendol telah membuka selera saya. Sebab ianya hasil air tangan Hafizah. Sedap dan sungguh lazat...
Walaupun kami sempat berbual-bual dan berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing serta rakan dan saudara-mara Ha, namun kami terpaksa akur dengan situasi ketika itu. Tuan rumah lah katakan, sibuk dia melayan tetamu-tetamunya. Tak mengapa Ha, saya pasti akan datang dan bermalam di homestay yang sungguh selesa itu. Selagi anak saya belum selesai pengajiannya di UiTM Shah Alam, selagi itulah kita akan dapat terus bertemu, Insyallah.
Bersama Hafizah di hadapan rumahnya.
Untuk Hafizah serta keluarganya, ribuan terima kasih untuk segala-galanya dari kami suami isteri serta anak-anak. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Akan tetapi untuk hari ini,kami sekeluarga mengucapkan HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAFIZAH...
Ulasan
Fati boleh bayangkan kesebokkan nya tu......
Ha...kita nak tolong awak apa ek....
Bulan Mei nanti ada makan nasi minyak free ........... seronoknya.
jom kita buat MG.
Pandai2 pulak aku ni.
Tuan rumah tak de jemput pun lagi.
Ha... happy birthday.... so sorry for the belated wish....