Jumaat, 10 April 2009

Jumpa Nasrudin

Tadi masa aku pergi ke SSP nak jemput anak aku balik over the weekend, aku sempat bertemu dengan Nasrudin. Anak aku form 3, anak dia form 4. Lepas kita orang beri nama anak masing-masing untuk dibuat annoucement, kita orangpun bersembanglah. Walaupun singkat tapi banyak jugalah yang sempat diceritakan.....

Bila jumpa dalam asrama, segeralah kita berdua teringat zaman sekolah dulu. Sebab masa kita jumpa tu anak dia tengah ada kelas add maths, maka pemula cerita pun pasal add maths jugalah. Jadi keluarlah nama-nama cikgu yang pernah ajar kita add maths macam Cikgu Nordin, Cikgu Husin Lazim dan Pn. Sim Gam Poh. Hmmm dalam waktu yang singkat tu, sempat juga soksek pasal YB Ahmad Maslan yang baru aje dilantik menjadi Timbalan Menteri. YB ni masuk form 1 kat SMSJ pada tahun 1980. Dia sama batch dengan Zainal Alam (Astro) dan Arab (pencipta lagu dan penyanyi lagu Bila Bulan Berwarna Biru). Pada yang tak ambil form 6, mungkin tak kenal dia orang. Tapi yang buat form 6 pun aku rasa ada yang tak kenal dia orang sebab almaklumlah.....

Lepas tu teringat bilik B13 (bilik paling atas kat blok B sebelah bilik basuh). Budak Nasrudin ni memang pengingat orangnya....

Tercerita juga masa dia dengan Bagio lawat aku kat Kuala angsar dulu. Masa tu dia kat Telok Intan dan Bagio (rasanya manager estet kat Air Tawar) datang melawat aku kat asrama Sekolah Menengah Raja Muda Musa sekitar tahun 1986 rasanya.


Bila anak aku sampai, sempat Nasrudin usik 'Kita orang dulu mana ada balik bapak jemput. Kita orang naik bas aje tau'. Akupun segera teringat Ekpres Bakti dari Kluang ke Johor Bahru. Haha manalah nak sama zaman sekarang dengan zaman dulu.....

3 ulasan:

fati berkata...

Min, kalau budak lelaki mmglah aku tak ingat ( walau pun aku yg uruskan minggu suai kenal untuk budak-budak tu)..tapi kalau dak perempuan insya Allah kot ....

Azida berkata...

Salam. Betul kata Fati tu... memang tak ingat langsung...

nasruddin mohd rawi berkata...

salam semua,
saya mmg tak terkenal masa di smsj(sekarang pun masih tak terkenal), maklumlah saya tiada sebarang kelebihan mcm org lain, saya hanya menumpang belajar di suatu sudut smsj je. cukup lah bagi saya dapat mengenali usop, mimbar, bagio, said, sukimin, yem babu (sekadar menyebut beberapa nama). wasallam