Ahad, 1 Ogos 2010

Mohd Fadzullah Hamid aka Maha

Malam semalam ( 31/07/2010 ) dapat berjumpa dengan Maha setelah sekian lama. Antara yang bersama-sama ialah Azman Rahman & Esa Kahar. Foto2 yang di bawah untuk tatapan sahabat2 yang sekian lama tidak bertemu dengan dia.


Pagi tadi sempat bersarapan dengan Maha, isteri & anak bongsunya berdekatan dengan hotel penginapannya kat KL.

8 ulasan:

kembara kelana berkata...

tahniah said, azman dan esa kahar...meraikan maha...aku akan jumpa jugak nanti, maha: sorry bro, lain kali ada masa kita jumpa...kau bacalah blog selalu buat mengisi masa lapang nanti...

Noorsham berkata...

Maha x berubah mcm masa kat skola dulu juga. Kalau jmpa kat mana2 walaupun dah 30 thn tak jmpa bole kenal lg insyaallah...

M Fadzlullah@Maha Muar berkata...

Salam Sop. Tak ada apa nak sorry Sop. Aku rasa aku patut minta sorry pada hang kerana tak cari hang. Insyaallah lain x kita jumpa. Macam aku beritahu pada Said, Azman & Esa, 10 tahun lepas aku dah cari kekawan kat rumah masing2 tapi sorang pun tak jumpa (kawasan Muo le) Ada rumah dah roboh, ada yang dah kena jual dan pelbagai lagi. Masa tu aku jumpa family Amiruddin Yahya (belakang rumah Naga) beritahu dia dah meninggal. Masa berlalu dan di isi pelbagai kesibukan.

Pada Noorsham, hati & perasaan aku terhadap kekawan tak akan berubah, cuma ada yang aku dah lupa. Yang berubah cuma kedut muka dan perut aku aje (tanda kejantanan). Please feel free mesej aku kalau kekawan lalu Ipoh. Kita minum kat Jusco (Kinta City). 0192634855 @ 05-2016425 (Rumah). Orang rumah saya orang Sungai Besar (Sabak Bernam). Kalau ke KL atau waktu Raya saya akan singgah rumah arwah Mertua. Kalau ada kekawan belah sana pun tolong maklumkan saya.

Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih pada Said Ahmad dan Sameha (isteri Said), Esa dan Azman Arab kerana melapangkan masa untuk jumpa saya. Allah sahaja membalasnya. Yang saya mampu belanja makan Nasi Beriyani dan Roti Naan saja. Saya harap kekawan teruskan ikhtiar mencari dan menyatukan kembali batch kita. Saya sendiri ingatkan diri saya yang kita ni first batch Sains Johor. Kita patut bangga. macamana bebudak Malay College bangga ngan MACOBA (Malay College Old Boys) dia orang. Masalah hidup ni biasalah kekawan. Selagi tak mati. Salah satu instrumen yang boleh membantu menyelesaikan masalah hidup kita ialah menyambungkan silatulrahim. Bukan sahaja peringkat kita malah Agama menyuruh anak-anak menghubungkan silatulrahim dengan kekawan ayah dia kalau ayah dia atau ibu dia telah meningaal.

Sekali lagi saya ucapkan jutaan terimakasih pada kekeawan khususnya Said, Esa & Azman. Pada Usop, teruskan berkarya dalam blog ini kerana aku rasa hang ada bakat terpendam untuk meniup kembali semangat & ingatan kita orang sebagai bekas Sains Johor batch 78. Mana tahu, banyak manafaat terhasil dari persahabatan kita. Aku memang tak larat nak buat kerana dah tua. Semoga perjumpaan 50 kita dinyatakan oleh Allah, ini tugas Usop & kekawan.

Dari yang jauh Maha, Ipoh.

nasruddin mohd rawi berkata...

syabas maha & azman tetap muka macam tu, tak ubah. jika jumpa tepi jln aku masih kenal kau lagi.

M Fadzlullah@Maha Muar berkata...

Salam Nasruddin. Hang duduk di mana sekarang ? Aku tetap ingatkan hang.

nasruddin mohd rawi berkata...

salam maha, aku pun ingat kau. aku ada di wangsa maju seksyen 6. kau pernah dtg usuli kat rmh aku di pt sulong 1986 dgn yem babu, masa aku kat utm kau kat itm.

M Fadzlullah@Maha Muar berkata...

Salam Nas, dulu aku biasa singgah rumah kawan baik aku masa ITM dulu, di Wangsa Maju (yang mana satu aku tak tahu). Ada surau tempat dia, sekarang kabonya dia jadi Pengerusi surau tu. Kalau pi KL sorang , aku lepak rumah dia. Rumah dua tingkat kecik, teres. Last aku pi tahun lepas.

Nas, hang cerita aku ngan Yem pi rumah hang kat Pt Sulong, aku memang lupa. Sekarang aku pun dah banyak duduk rumah aje. Balik kerja dah tak keluar rumah dah, kecuali penting aje. Kalau anak aku cuti (sekarang yang lelaki Medic Indon tu ada) aku dah tak keluar. Kadang-kadang belum sempat Isya' aku dah tidur dah.

Kalau aku tak silap hang ni yang kecik handsome tu kan. Sorry bang, sekarang tengah 'kutip' balik memory kekawan. Jangan marah and please keep in contact. Bye.

nasruddin mohd rawi berkata...

salam maha, dulu mungkin kecik, now dah sebaya dgn kau kot, hehehe. aku ada di wangsa maju sec 6 je. jika kau dtg kl, jengah2 lah aku yg slek ni.